Friday, December 31, 2010

New Year 2011



Good bye 2010!!! Welcome 2011... Putera sulungku akan memasuki alam persekolahan sebenar.. Blues je rasa.. tua dah wey..!! This year aku 32.. tak percaya? tak apa.. i tak kisah u.. i tau i memang awet muda.. walaupun tak jelita.. :( bluuweekkk!

Macam2 berlaku di tahun 2010. Nak kenang, malas.. benda dah lepas.. cuma aku mengharap aku akan lebih banyak berubah ke arah kebaikkan di tahun 2011. Mungkin pembukaan tahun 2011 ni aku akan bertukar karier dr hsewife ke bekerjaya.. company apa? tak tau lagi.. tengok la klu aku sudi aku akan share.. klu tak.. biarlah rahsia.. lg pun korg bukan pegawai incometax.. yg wajib aku bg tahu financial issues aku!

Esok orientasi Kael. Nanti akan aku update hari pertama dia di sekolah.. Aku percaya, hero sulung aku ni boleh berdikari. Macam ibu dia!! abah dia kata la.. bukan aku angkat bakul tau! hehehe

Cuma aku je yg rasa excited lebih sket. Suka belek buku-buku dia, belek beg Ben-10 dia.. jahit seluar sekolah dia. tu belum lg buku-buku tulis dia yg aku dah balut siap2.. mcm aku lak yg nak pegi sekolah.. Hmm.. big boss ada tanya "Ibu tak nak sambung degree yg dah tergendala ke?"
Aku tak tau la. Perasaan nak belajar tu memang ada. Aku nak sibukkan otak aku dengan benda-benda berfaedah. Fikir tentang assignment. Tentang exam.. Sebab sekarang ni aku duk menyibuk benda2 merepek.. fikir pasal rumahtangga org la.. fikir pasal mcm mana anak org pg sekolah.. benda2 yg tak sepatutnya aku fikir..

Aku tak boleh biar otak aku rileks.. mesti nak fikir.. tapi!! kalau sambung degree aku tu.. aku boleh ke kerja dlm bidang IT. Sebab aku sayg sgt kat pahlawan aku yg 3 org tu.. aku tak nak kerana nak kerja dlm bidang IT, aku jarang jumpa budak2 tu.. klu tak belajar aku boring.. aku pun tak tau apa aku nak buat.. nak buat business takde modal. takde idea nak buat apa..

tengok belum apa2 lg dah byk alasan.. takpe la.. memula ni kerja la dulu.. then pelan2 pk.. nak business apa.. nak buat kek ke? nak buat baju ke.. nak buat pertanian ke.. mcm2 la.. sbb business ni pelan jangka masa panjang.. & byk benda kena study.. so buat masa ni sabar dulu yea sayang.. kita buat mana yg boleh dulu...

ok la.. aku dah nak kena sign off... nak tengok boss buat apa.. hehehe

Sunday, December 19, 2010

enjoy continue..





ni sambungan gambar2 aktiviti di hari sabtu.. kasi dia jeles.. huhuhu...

Saturday, December 18, 2010

Bila komunikasi berkurangan

Setelah penat bermain.. rehat kejap sambil tengok tasik

Gelak sakan naik buai.. 1st time tuu....

Seronok bukan main budak ni jumpa kolam! Jgn la ada niat nak ajak dia balik confirm dia melalak satu alam

Baca tajuk aje dah mcm2 benda difikiran.. Jgn propa.. cuma nak bg cik abg tengok gambar aktiviti bebas anak bini dia tatkala dia tdo di Surabaya.. well... aku malas dah nak ulas byk2

Pagi sabtu 18 Dec 2010, aku bwk anak2 pg mandi kat kolam Putrajaya Presint 6.. tapi malangnya sampai dah kul 10.30am.. kolam tu tutup kul 11am utk 1st session... budak2 ni dah ready dr umah pakai baju swimming.. aku pun byr je la.. bg diorg mandi kejap.. seperti yg dah kujangka.. diorg protes sbb dpt mandi kejap je.. tp kejap2 pun tersungkur jugak blk umah.. OK.. ibu janji esok kita mandi kolam.. kita bangun awal.. OK?? nasib baik dgr kata.. hehehe

Ptg kul 3pm.. aku ajak anak2 semua pg Taman Tasik Titiwangsa.. ada gath member2 SEVOTA.. tak ramai mana pun tp still happening.. kenyang makan + gelak.. biasa la.. klu org loklak ngan org suka ketawa berjumpa.. duduk berborak sehari suntuk pun tak puas... anak2 aku sampai kepenatan... & tak penah terkecuali.. si angah selalu keliru antara nak kencing ngan nak berak.. aku pun heran.. nak kena bwk dia jumpa doktor la.. apasal dia jd mcm ni.. kelam kabut berlari cari tandas kata nak berak.. alih2 kencing je.. letih!!

anyway.. anak2 enjoy.. aku pun seronok.. so esok seperti yang dijanjikan.. aku kena bwk budak2 ni mandi kolam kat Putrajaya balik.. hehehe.. asalkan diorg seronok sudah.. nanti minggu depan aku nak bawak diorg gi I-city.. bila keadaan reda.. malas nak Q panjang2.. sebab srang ni org tengah ramai duk nak pg sana.. ok.. dear.. hope u enjoy la baca entry kali ni.. tengok anak2 u yg hensem2 & comey ni bergumbira...

Friday, December 17, 2010

New Hobby

Sejak dah beli baju swimming hari tu.. aku asyik menggedik nak mandi kolam.. hahaha
klu lelaki tersayang di offshore ni baca mesti geleng kepala.. i know u dear...

Aku kira beruntung sbb umah aku dekat ngan putrajaya.. Kat Putrajaya ada 5 kolam.. Presint 6, 5, 8, 9, 11 & 16. Aku dah pergi Presint 6, 5 ngan 9. Yang lain2 aku tak tau.. So aku story yg aku pernah pergi je la yea.. kang tak pasal2 aku sampaikan info salah..

Presint 6 best.. ada kolam saiz olimpik, kolam budak & ada kolam baby.. so nak bwk baby boleh la enjoy kat sini.. tempat dia pun luas.. klu org ramai pun takde la crowded sgt.. nnt klu aku amik gambar aku upload kat sini ok.. tp korg leh tengok kat blog ni.. dia ada gambar...

Paling aku suka kolam presint 5.. Pusat Maritim.. aku suka sbb berbumbung.. lps tu kolam dia besar & tak dalam.. hahaha biasa la aku ni kan baru tahu berenang.. so tak confident lg nak terjun dlm kolam olimpik size.. hahaha belajar pun ikut internet beb! tak de budget nak pg kelas swimming ni.. Aku suka pg kolam presint 5 ni time semayg jumaat.. confirm semua pompuan.. so peace full sket..

Ada perubahan la sejak aku suka berenang ni.. berat bdn aku 48kg.. so maintain lg ler.. kata cik abg sayg sure body cantik nnt.. tp aku tengok ramai je pompuan yg bersaiz besar ni berenang.. tak tau la kot2 diorg dulu lbh besar dr tu.. tunggu tengok je la..

Anyway.. akan aku jdkan hobi baru aku ni bertahan lama.. Esok nak gi kolam lagi.. boys.. lets go! yihaaa...

Tuesday, December 14, 2010

Mambo no. 5ive!!!


Sikit2 lama2 jadi bukit..! Kini sudah ada 5 follower.. well.. ehem.. ehem...
aku akan jd lebih berhemah... ooo yaa!!! baru aku teringat..

ok dengan ini aku nak pasang azam utk tahun 2011.. Aku akan cuba meroyan dlm blog or FB dengan lebih baik dari tahun 2010... muahahaha... aku akan cuba jd diri sendiri yg kekadang org tak kenal sapa aku.. aku tak kisah klu org suka ke tak.. sbb yg tak suka takkan bukak blog aku ni.. org yg suka je akan baca apa yg aku meroyan.. kan!!

to my dear.. this year punya ucapan birthday yg paling diingati.. next year kita dah 7 tahun bersama.. so sama2 lah kita berdoa semoga kita kan terus bahagia.. tak mau gaduh besar2.. gaduh kecik takpe.. hahaha tambah kuat kita punya cinta! yek!

Wednesday, December 8, 2010

End of the year

Reaching 31st Dec 2010...

Takde azam.. so aku takleh nak congak azam aku terlaksana ke tak.. malas dah nak buat azam sbb selalunya azam tu hangat2 tahi ayam.. susah nak capai.. aku ni byk sgt alasan, dalih itu dalih ini.. last2 berkubur terus azam aku ni pertengahan Januari lagi.. lupakaaannn...

Banyak peristiwa, kedukaan, tekanan dan kegembiraan.. Aku menghadapi pembedahan Fuzael seorang diri.. hanya sorg saja yg dtg melawat.. eli.. yg lain2, ada yg nak dtg tp aku tak bg sebab jauh.. & masa tu ada gelombang H1N1.. better tak payah.. aku mls nak menyusahkan org... susah senang aku hadapi sendiri.. bukan sombong tapi aku MALAS! Cuma ada byk isu yg aku susah nak lupakan.. Aku selalu meroyan tak tentu hala. Kejap sawan kejap ok... ptg ceria mlm mengamuk tak tentu pasal. Aku sendiri tak tahu kenapa aku jd mcm tu.. padahal dulu aku happy go lucky.. tak kisah apa jadi aku mls nak amik hati.. entah la.. teruk sangat ke tekanan aku? Jd suri rumah ni bukan susah sgt pun.. jaga anak2 sendiri bukan anak orang lain.. aku sendiri tak ada jawapannya.. apa yang pasti bila aku stress aku selalu dengar suara halus suruh aku buat macam-macam.. Ah!! lantak la..

Sekarang ni bibik Suyatni dah ada.. ringan sikit keja aku.. So sekarang ni aku sibuk mencari kerja.. hantar resume, pg interview.. malasnya.. kalau la boleh kerja dari rumah.. nak buat business tak tau nak buat apa.. modal pun tarak! keja la dulu sampai modal cukup.. insyaAllah.. ada rezeki ada la.. aku tak kisah.. rileks.... hahaha

anak2 aku ni.. asal aku nak berblogging ada je yg merengek.. si adik merengek nak main keyboard.. angah nak pisang! nasib baik kael rilek je tengok tv.. klu tak aku jentik jugak burung dia nnt.. sabar ibu.. sabar... anak2 mmg mcm tu... hahaha

Monday, December 6, 2010

Salam Muharam 1432 hijrah


Tahun baru, Kael pun akan berhijrah.. bukan berhijrah rumah or sekolah.. tp berhijrah ke alam dewasa.. InsyaAllah tak ada masalah hendaknya... Makin membesar dah anak aku ni... Nanti masuk sekolah plak.. lps tu klu dia pandai masuk asrama.. lagi pandai lagi masuk Universiti.. (InsyaAllah, amin).. dah mula berjauhan aku dengan anak sulung aku ni...

Kael baik.. dengar kata. Tapi kekadang lupa diri bila bermain sampai boleh hilang. Dia saygkan adik2nya... tak suka adik perempuan (Dont know why) Sekarang dia dah tak nak adik dah sebab takut bilik sempit.. hahaha klu dpt adik lelaki lg satu bilik 2 org la sayang oooiii... Dia pantang disuruh cepat je dia nak buat. Dia suka di beri perhatian bila bercakap. ha.. dia mmg suka bercakap, suka bertanya dan suka buat aku sesak dada dgn soalan yg remeh.. ikut perangai aku la kot.. hahahaha

Tak apa la.. janji dia anak yg soleh. Rajin solat, rajin mengaji.. kekadang dia ajar angah mengaji.. tp mcm biasa.. angah ni bertahan tak sampai 5 min.. lps tu malas mengaji.. sian abg dia.. hahaha

Tuesday, November 23, 2010

Monolog

Aku berdiri seorang diri
hanyut di bawa ombak berlari
Tanganku mengapai dikau
dgn kasih yg tak terjangka

Apa saja kulakukan adalah untukmu sayang
Sedikitpun takkan ku lepaskan
kasih syg ini..
Berjanji menempuh
badai derita

Daku menjejaki pantai rindu
ku kutip kasih sayang
yg terdampar di tepi pantai
kujadikan rantai kasih
lalu kalungkan bagai azimat cinta

Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Ombak bawalah resah ini pergi
Jauh dari bayangan
agar dapatku merasai nikmat kasih ini
untuk kita berdua...

Wednesday, November 17, 2010

Sedihnya tak terkata...



Credit to http://ondscene.my/

Seorg mayat bayi lelaki di jumpai terapung di sungai di belakang rumah PKNS AU3. 'Ketika mayat bayi ini dijumpai ia dalam keadaan terlungkup dan tangannya seperti berpaut di dahan kayu'.

Seolah2 dia cuba 'berjuang' untuk hidup tapi di nafikan haknya oleh ibunya sendiri... Betapa kejam. Setelah 9 bulan Allah letakkan dia 'tempat duduk' paling terbaik di dunia. Apabila sampai masanya dia di campakkan di tempat yg menjadi kubur untuk dirinya yg begitu lemah dan tak mampu untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Aku benci pada manusia ini.

Anak-anakku sayang.. ibu berjanji akan jd ibu yg terbaik buat kalian...


Friday, November 12, 2010

Application maid for dummies

Hari ini byk urusan yg dah settle. Pertama medical card PMCare dah complete. Lepas tu urusan imigresen utk bibik dah settle. Syukur segalanya dipermudahkan dgn cepatnya... Org lain selalu kata susah nak berurusan dgn imigresen ni.. tp bg aku yg dah 2 kali buat permit bibik aku ni sgt senang sebenarnya... itu pun klu isi borg complete & betul.. sbb pd pandangan aku ler.. staff imigresen ni pun klu boleh nak settle cepat.. so klu diorg ni permudahkan urusan, kita pun senang tak payah nak dtg byk2 kali...

Ni aku nak story la mcm mana nak berurusan sendiri utk buat permit maid ni..

Memula aku deal dengan agent maid aku dr Indonesia. Dia akan buat passport & Medical Check-up maid. Lps tu dia hantar kat aku sekali dgn 2 keping gambar. Bila aku dah dpt copy passport & Medical Check-up result tu aku pun mula isi borang2 application work permit. korg download borg2 tu dr immigration punya website. Print semua borang yg ada kat web tu. Siap ada checklist lg. Dlm checklist tu ada 2 borg yg tak payah amik tau. Borang IM.12 ngan IM 38. Jangan tanya aku kenapa sbb aku tak penah tanya & amik tau... hahaha...

Ni aku bg list borang/document yg kena submit kat Immigration.

1) Borang Permohonan baru (PRA1) Kalau yg dah pernah apply maid dulu guna borg (PRA2)
2) Personal Bond
3) Perjanjian Pekerjaan. (Isi satu, lps tu buat 3 copy. So akan jd 4 sets contract)
4) Salinan IC husband & wife
5) Copy passport maid
6) Laporan Medical Check-up (Original)
7) Borang pengakuan pengambilan maid Islam (Lampiran A)
8) Borang perakuan maid Islam (Lampiran B)
9) Borang Perakuan kita apply maid sendiri. (Lampiran C) maknanya kita tak guna agensi.
10) Surat pengesahan kerja (Confirmation letter. Pastikan ianya date yg latest (dlm masa 6 bulan). Jgn guna yg lama nnt kena reject)
11) Payslip latest
12) Surat beranak anak2
13) Copy Sijil nikah (1st time apply)

Lepas dah isi semua borang2, korang pg LHDN matikan setem hasil. Tak payah beli setem kat Pej pos. Terus je pg LHDN ckp tak beli setem lagi. Nanti staff LHDN akan bg borang isi. Prepare RM50.

Borang yg nak kena matikan setem

1) Personal Bond - RM10
2) Perjanjian pekerjaan (4 sets) - RM10 each

Bila dah settle urusan di LHDN, boleh dah submit application ke Immigration. Aku selalu berurusan kat Putrajaya. Memang la ramai orang tp untuk kaunter Majikan selalunya tak ramai. Yg ramai2 tu semuanya agensi..

Pertama kali dulu aku ada kawan dlm Jabatan Imigresen ni.. so dia tolong aku settlekan tak sampai sejam. Dia tolong jd runner dlm dept bwk borang aku turun naik. Lagi pun kebetulan pengarah ada.. so dia approved on the spot.. tu pun bergantung pada kelayakkan kita & record maid tu. Kalau maid tu ada bad history record mcm pernah kena hantar balik psl ada problem ke, pernah lari dulu ke.. semua tu tak boleh buat la.. bak kata kawan aku tu ler.. So 2 tahun lepas punya urusan settle dlm sehari je..

Tahun ni punya urusan, makan masa lama sket sbb kawan aku tu dah transfer department.. & aku lak tak dpt contact dia.. So takpe aku cuba jugak buat sendiri mana la tau boleh settle cepat.. tp hehehe biasa la.. jarum tak tajam.. kena tunggu 3 hari jugak la kata staff kaunter tu..
Aku submit 10hb Nov, hari ni 12hb Nov aku call Immigration tanya status application aku, diorg jwb application aku kena reject sbb ada prob so aku kena gi Immigration check apa benda yg tertinggal. Rupanya2 aku terlupa sign bahagian saksi kat borang Perjanjian.. masa tu aku tercari2 gak la sapa la leh jd pak sanggup nak sign borang aku tu.. tp pegawai imigresen tu kata takpe la.. sign aje nama sapa2.. aku terus sign je depan dia pakai nama adik aku. hahaha.. dia pun nak mudahkan urusan gak.. lps tu aku merayu dgn dia mintak dia issue Calling Visa hari tu jugak. Dia kesian kat aku agaknya sbb tengok aku pegang botol susu, Fuzael nangis2 nak tido. Lepas tu si Kael ngan Rafael bergaduh depan kaunter buat drama melayu. So dia plak jd runner, bawak borang aku jumpa pengarah mintak approval. Alhamdulillah settle... huhuhu... Aku berterima kasih sgt la kat dia.. sbb dia sanggup settlekan permohonan aku.. Takde la aku byk kali dtg pejabat imigresen ni... Syukur Alhamdulillah...

So nnt pegawai imigresen tu akan issue Calling Visa (Surat Permohonan Pas Lawatan Sementara) 2 keping. Sebelum tu kita kena confirmkan ngan agent kita kat indon maid kita tu nak kuar ikut pintu mana. Macam aku ikut Pekan Baru, Riau. So kat Calling Visa tu nanti, akan ada alamat Kedutaan Malaysia - Pekan Baru. Kalau salah, susah maid nak kuar nnt kena ikut jln jauh. Penting ni tau.

Lepas aje dpt Calling Visa tu kena pg byr kat kaunter juruwang. Kalau majikan boleh byr cash. Kat Calling Visa tu ada tulis berapa amount kita kena byr. Selalunya RM430. Lps tu kita kena hantar 1 Calling Visa original dgn Resit pembayaran yg original kpd maid kita di Indonesia. Bila dia nak keluar dari Indonesia nnt dia kena bg dua2 document ni. Kalau tak dia takleh masuk. So kat kita ada satu keping Calling Visa.

Masa 1st time ari tu aku amik sendiri maid aku kat Port Klang. Nanti Calling Visa yg kita ada tu, bg kat Pegawai Imigresen yg ada kat Port Klang. So nnt ada la jejak kasihan kat Port Klang tu. Mcm srang ni agent aku yg akan amikkan. So aku amik kat umah agent aku tu je.. letih dah aku pg Port Klang tu. Dulu nasib baik En. Husband aku ada.. so dia leh jaga anak2.. aku pg berurusan dgn Immigration. Ni En. Husband dah gi kerja.. so aku kena berurusan sendiri...

Allah permudahkan urusan aku.. Alhamdulillah..

So ini je la yg dpt aku tolong story. Harap2 info ni dpt membantulah.. InsyaAllah...


Friday, October 15, 2010

Nothing much...

Tragedi Oktober.. tu je la yg berlaku lately ni..
Org kawin besar-besaran.. pembaziran!
Kemalangan pun besar-besaran.. Innalillah..
Mak aku nak pg haji .. InsyaAllah selamat

Amazing Race dah start.. yihhhaaa.. i luv monday!

Tu je la kot.. & seperti biasa Fuzael makin comel & mengada.. dia suka makan..
Mikael dah pandai membaca..
Rafael .. hmm mcm tu ler.. suka nangis je.. suka buat aku geram! budak sorg ni ade je perangai molek dia nak buat.. betul2 menguji kesabaran... tp selalu meluahkan rasa syg dia kat aku.. kejap2 nak cium.. kejap2 nak peluk.. dah ada adik pun mcm ni gak perangai dia.. takpela.. cium aje.. dpt pahala!! ye tak.. hehehe.. i luv my kids..

Sunday, October 3, 2010

Bad mood!!

Aku tengah marah.. jgn cari pasal!!!

Kang aku leh jd mcm ni.. susah nak pakai tudung rambut cacak2 tinggi


Aku takde mood... so apa lagi nak gi shopping.. boss nak marah?? ignore aje.. dia mana leh marah kat tempat dia berladang... ;p

Monday, September 27, 2010

1st year blogging!!


And still counting.... 1 year Fuzael, 1 year being a housewife & 1 year blogging... hmm... what a life. Sometime i happy & there are moment that i need a shoulder to cry on.. i'm not lying, being a housewife is such a huge sacrifice i have to do.. Housewife is the most challenging job in the world... Thank you guys...

Aku cuba buat post yg menarik.. hehehe

Saturday, September 25, 2010

Bila hero-hero aku beraksi


Amacam? cute tak? hehehe.. mcm mak dia ler...

Friday, September 24, 2010

Loneliness & emptiness

This feeling won't leave.. its like forever!
It's stay here until u come back to me

Ya Allah kuatkanlah hatiku
untuk menempuh perjalanan sunyi
sendiri...

mulalah aku merapu..

Thursday, September 23, 2010

I have 4!!!


Yay!! dah ada 4 follower... shukran.. shukran.. dah nak masuk setahun blogging.. cerita merepek2 lak tu.. kena time angau, aku meroyan.. heheh peduli apa! korg laki bini mana ada bercinta mcm aku.. aku je dpt chance rindu merindu.. golek atas katil sorg2 angau... peluk bantal cari bau masam nak hilangkan rindu.. dengar lagu feeling sesorg depan pc... korg ada semua tu?? takde.. aku je yg duk buat perangai buruk ni.. lantak!! janji aku tak kacau org.. huhuhu... pecah rahsia.. Thanks Malissa...

Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri yang penuh cerita

Sorry.. aku bukak entry cerita basi.. tapi peduli apa.. aku nak cerita jugak!!

Last minit dapat call dari lelaki tercinta di offshore, dia boleh balik... yay!!! tu pasal blog aku suddenly sunyi sepi.. klu tak mesti aku meroyan kat sini..

Dah 2 tahun beb.. 2 tahun aku beraya tak serupa beraya. Nak kata tak enjoy, ada gak rasa seronok beraya. Mahunya tak enjoy, kat tv mcm2 cerita best ada.. cerita lawak melambak.. lepas satu drama ke satu drama.. cerita sedih, lawak, muzikal.. & mcm2 ada...

Cuma feeling raya tu kureng la.. Suami jauh.. nak call ajak gayut pun takleh.. so buat2 enjoy je la.. huhuhu...

TAPIII!!! tahun ni... tahun 2010.. akhirnya aku dapat raya... masa abg call kata dia boleh balik.. aku terus suruh dia beli baju raya warna coklat.. MESTI sedondon ngan aku & the boys.. hehehe.. 3 tahun sekali baru dapat beraya.. aku tak peduli mesti raya sakan!! seronoknya usah dikenang la.. dah mcm budak2 jdnya.. aku dah tak sabar nak raya..

Ramadhan ke 29 kitorg bertolak balik ke Pulai Chondong... Bertolak dari rumah kul 10.30 pg.. tapi punya la azabnya Tuhan aje yang tahu... nak dekat 10 jam masa perjalanan.. Jalan jem giler! start dari Raub membawa ke Gua Musang.. bila dah sampai Gua musang dah masuk waktu berbuka.. kitorg tak berhenti utk berbuka.. just makan roti & air kotak je.. kalau berhenti nnt mesti jalam jem lg.. sementara jalan tengah clear abg terus drive... sampai rumah chek dah kul 9 mlm... lega ya amat!... En. Elias sendiri pun naik fed up drive.. sampai tertido sebab kereta hanya boleh merangkak... tak tau apa puncanya..

Seperti biasa, rumah chek meriah.. ramai yang dah balik.. rumah chek pun dah byk renovate. Kipas dah banyak.. atap pun dah tak bocor. hehehe yg pasti tidur akan lebih lena. huhuhu

so cerita-cerita raya... next post.. tu pun kalau aku ingat ler...

Monday, September 20, 2010

Rafael & dyslexia


Last year aku ada buat entry pasal dyslexia & movie Taare Zameen Par. Kali ni aku dah mula nampak symptoms kat Rafael. Malam semalam aku suruh dia buat homework tulis jawi huruf 'ba' dia byk kali cakap dia tak boleh tulis. asyik suruh aku pegang pensil utk dia. Guide dia tulis huruf simple. dia hanya akan menulis kalau aku buat titik-titik so dia just ikut. bila aku suruh dia buat sendiri dia akan tulis huruf 'ba' terbalik ke bawah or mengadap ke tepi.
Macam tu jugak kalau aku suruh dia tulis huruf E. Dia akan buat kotak. Menangis-nangis dia tak nak tulis. dia tak tahu.

Dia tak kan bertahan lama di depan tv. Tapi memory visual dia excellent. Kalau bab ingat jalan nak pergi rumah opah or shopping complex dia memang pandai. Tu belum lagi imaginasi. Kalau dia main satu barang rumah kita sendiri tak leh bayangkan imaginasi dia. Macam 2 hari lepas aku pergi beraya umah Pak Lang dia (dia panggil Pak Yang). Kat rumah adik aku tu ada tempat duduk ala2 tong sampah. Dia main benda tu dgn menggunakan imaginasi dia.. dia jadikan tong tu kuda. Dia tunggang 'kuda' serata rumah... Cuma aku tak gi check buat confirmation lagi. Aku still nak observe dia dulu. So hari ni aku akan discuss ngan teacher kat sekolah dia. Minta teacher dia tengok keadaan dia kat sekolah macam mana..

Bagi aku dia bukan masalah... sama macam Fuzael. Ini satu anugerah. Supaya aku lebih akrab dengan dia. Dia lebih bijak dari abg dia dr sisi yg berbeza. Dia takkan bertanya benda-benda merepek. Kekadang dia yg jawab soalan merapu abg dia. Dia akan belajar dr sudut visual dia. Tapi bukan dari teks. Dia masih tak pandai ABC. Ini cabaran baru untuk aku. So perancangan utk tambah anak perlu dia fikirkan kembali. hahaha... so production tutup buat masa ini..

Sunday, August 29, 2010

Dah ada 3!

THANK YOU SO MUCH!!!


Bukan 3 anak.. tapi 3 follower... 1st person no need to mention la.. dia mmg pembaca setia..

Yang ke 2.. Hmm.. memula aku tak sure sapa.. sebab gambar dia mcm malu2 ayu je.. lama2 baru aku perasan.. Maya.. hahaha... thanks.. blog ko selalu aku bukak nnt aku jd follower...

3rd person.. KOIM!!! yay... tp blog ko sikit je entry.. nnt buat byk2 sket entry tau koim.. aku nak baca... hehehe..

Terima kasih.. yg pembaca di balik tabir terima kasih jugak.. i know who u are... ;D

Huray!!!

Semalam 29 Aug 2010, Fuzael dah berani berjalan.. gigih berlatih menepis bantuan. Ewah!

Tapi dia memilih tempat nak berjalan. Atas carpet, or atas tilam. atas lantai dia tak berani. Mungkin dia tahu surface keras. Kalau jatuh sakit, adeh!

Bagus adik.. teruskan berlatih. Hari ini ibu akan beli kasut raya untuk adik. sebagai hadiah & pembakar semangat adik utk terus berlatih bertatih...

Lepas ni kena standby langkah seribu la aku.. nak mengejar budak baru dapat kaki....

Sunday, August 22, 2010

I have to do by myself..

Aku tercari-cari arah. Kekadang tenggelam. Adakala aku kukuh berdiri hinggakan menjadi kegaguman. Namun siapa tahu realiti dalam diri aku. Biarpun aku redha, tapi belum tentu aku utuh menerima badai. Yang pasti aku pernah jua terkulai layu merintih sendiri. Biarpun ada yg cuba mengapai namun terlalu jauh untuk di sambut.

Ya Tuhan, Ya Karim... cukup kuatkan aku? Masih jauhkah dugaan yg akan Kau bentangkan untuk ku hadapi sendiri? aku pasti Kau Maha Mengetahui. Kau tahu perkara2 yg tersembunyi. Aku yakin pada Mu Ya Allah. Kau kurniakanlah kesabaran yang tak terhingga untuk aku mengharunginya sendiri. Jadikanlah aku seorang isteri yg terbaik buat suamiku. Kau kurnikanlah kepadaku sifat kasih sayang yang tak terhingga untuk aku curahkan kepada amanah Mu, anak-anakku. Mereka amat memerlukan aku. Oleh itu, Ya Allah... Kau jadikanlah aku ibu yg tabah dalam membesarkan mereka dgn penuh kasih sayg dah keimanan pada Mu Ya Tuhanku... Aku yakin pada Mu Ya Allah, jika ini terbaik untuk ku dan keluargaku..

Aku harus hadapinya sendiri. Hilangkanlah rasa amarah ini. Hapuskanlah rasa gusar ini. Hadapinya dengan penuh ketakwaan.. insyaAllah... anak-anakku perlukan aku.. Aku tak harus tunduk pada kelemahan. Jika Allah uji aku, ini bermakna aku seorg yg tabah. InsyaAllah...

Thursday, August 12, 2010

rahmat di bulan ramadhan



My little Fuzael dah boleh panggil aku mama... syoknya..

abah.. nnt ibu ajar dia sebut papa or dada ya... dont worry.. ada sebulan lg masa kita ni...

Wednesday, August 11, 2010

mari berkebun

Ni aku tak sure pokok cili merah ka rumput.. cepat benar dia naik

Yang seciput ni, pokok tomato.. dia tumbuh kat corner tu sbb dia nak umah corner lot
hahaha

dan yg meriah ni pokok kailan.. suka mak tengok!!

haha.. ibu-ibu sekalian.. seperti yg dijanjikan.. ni la kebun mak yg tak seberapa.. ewah.. baru nak mencuba.. tak jd takpe.. kita cuba lagi...

klu betul pokok2 ni menjadi.. nnt aku akan buat entry mcm mana nak tanam pokok for dummies.. ye la org pure KL mcm aku mana reti tanam2 pokok ni.. sampai beli pasir pun salah!.. hahaha. so nnt aku buat entry khas utk org yg baru nak belajar menanam pokok.. muhhahaha


Wednesday, August 4, 2010

Blog nan sepi

aku bukan takde idea.. tapi aku takde mood.. & tambah bz bila aku ada hobi baru.. berkebun.. hari2 aku sibuk berkebun..
aku ada byk idea pasal anak2 aku yg beribu cerita yg nak diluahkan... aku peduli apa org suka baca ke tak.. intention aku utk meluahkan rasa.. dah nama diari aku.. so ni cerita aku & anak2 aku..
klu tak nak baca.. just click 'x' kat atas nuu...

tapi aku tahu ada seorg hamba Allah takkan click 'x' tu. dia selalu bukak blog aku ni nak ngintai cerita2 aku.. hahaha.. i know who u are...

aku mmg nak buat dia terasa...

saja je.. buat cerita geli-geli.. xpe lain kali aku buat cerita best2 sket.. tp no gossiping yea... mak tak suka!!

Tuesday, July 27, 2010

For the rest of my life... i will love u





For the Rest of My Life Lyrics

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Thursday, July 22, 2010

Bila cinta kembali menyepi...



Comey tak katak atas kepala saya ni??

Bila sampai masa line kat kapal dia takde.. aku mula sakit hati+marah+menyampah. Ni yang kekadang angin nak shopping datang. tapi bila memikirkan Kael nak sekolah tahun depan.. cancel je la.. kang sampai je aku kat shopping complex aku terus jd meroyan..

Tadi ni pun aku on the way balik dr service kereta aku singgah Tesco Ampang. Konon nak beli brg sikit.. tapi cecah seratus jugak.. nasib baik iman aku kuat lg, nampak baju kurung cantik aku boleh buat bodoh je.. huhuhu klu ikut nafsu mahu aku rembat 2 pasang... Alhamdulillah iman aku masih kuat.

Aku beli sotong, udang, gel utk membakar arang (apasal aku beli benda ni?) pampers Fuzael, lampu meja tulis (murah je RM17, kalau kat kedai lampu paling murah RM60), air vitagen utk budak2. Tu je. tapi cecah seratus.. Kos hidup zaman sekarang... lps tu aku layak claim sesi fotografi baby percuma. Kira aku leh masuk contest baby comey la.. Menang ke kalah ke aku tak kisah... janji aku dapat gambar adik paling comey... nnt aku nak pos kat chek.. dia mesti rindu kat budak manja sorg nih!

Cuma sekarang ni aku duk tertunggu-tunggu panggilan telefon atau dia boleh online ke tak.. aku jamin pagi esok la baru aku dpt call dr dia.. sure punya sbb dia takkan berjaga mlm demi nak tunggu line ada utk call aku.. GERENTI!!

tido la esok budak2 ni nak kena bangun awal.. esok kul 7 dah kena gi sekolah. Ada lawatan ke kilang Beryl's... bye bye

Tuesday, July 20, 2010

Muhammad Fuzael's 1st year anniversary..





Wajah2 Fuzael

Wah!! dah setahun anak manja aku ni... belum boleh berjalan lagi.. cuma dah berani berdiri.. klu pegang tangan sebelah boleh dia bertatih.. InsyaAllah raya nnt boleh la berjalan.. byk lagi dugaan dan cabaran bakal dihadapi.. Ibu akan sentiasa bersama adik.. semoga adik tabah yea..

Ibu doakan adik sihat, cergas, soleh dan mendengar kata ibu dan abah.. insyaAllah.. amin...

Cont.: TRAVELOGUE DI CHERATING

Friday 16 July 2010

Hari ni abang takde training.. so hari ni dia ada sepanjang hari.. we all enjoy mandi kolam bersama-sama.. jarang sekali dapat peluang macam ni.. anak2 la yg paling enjoy..

lps mandi we all keluar gi makan.. petang jalan2 di tepi pantai sambil makan keropok rebus... the boys main tepi pantai.. seronok bukan main.. bila malam makan lagi..

takde apa yg menarik.. aku pun lupa pulak nak amik gambar.. so itu je la kot..

Sabtu 17 July 2010

Pagi-pagi lagi we all dah check-out. sebab nak kena deliver brg. check out kul 8.30am sampai KL kul 10.30.. wah!! 2 jam je.. speed 110km/j.. klu keta aku yg speed mcm tu leh sampai 2 jam.. mcm mana lak keta myvi yg speed dia lebih laju dr keta aku? gila laju keta kecik tu! cancel la beli BMW.. beli myvi jerk!! huhuhu

Thursday, July 15, 2010

Travelogue di Cherating


Wednesday 14 July 2010

Last minute abg dapat call kena gi Kuantan Port. Aku & anak2 boleh ikut... Yihaaa.. Lepak di Cherating...

Selepas berhempas pulas aku packing baju & barang2, dengan feel xcited tak hengat punya kitorg bertolak gi Cherating dalam kul 4 ptg. 1st time aku gi sini. Perjalanan smooth jer.. agak membosankan sebab takde view cantek kat tepi2 highway pantai timur tu.. tapi sangkaan meleset sama sekali doow... Residence Inn jerr... tapi aku tak kisah asalkan F.R.E.E.. huhuh bukan senang nak dapat.. bila dah sampai Cherating dalam kul 8, mula la mencari signboard hotel.. punya la kecik.. kalau drive laju mmg tak nampak. so terpaksalah tukar image jd kura2..

Abg check-inn... dapat bilik bawah sekali. Depan kolam lak tu! anak2 aku syok giler la.. lompat aje corridor terjun kolam.. huhuhu. apa lagi aku ngan anak2 aku enjoy ler..

Dah la takde orang kat hotel ni.. hanya family aku ngan family omputih ni.. syoknye..

Wajah-wajah baru bangun tido, tapi fresh bila nampak kolam depan mata.. uhuhuh

view bilik.. sungguh selesa...


view dari corridor bilik.. hahah terjun teruss


Muka tak puas ati sebab tak dapat terjun kolam lagi... hati mendidih je tengok kolam depan mata

Friday 15 July 2010

Pagi ni abg kena gi buat training.. so aku ngan anak2 je la.. apa lagi terjun kolam la aktiviti kitorng hari ni...Kolam besar, ngan jakuzi.. aku buat ibarat aku yg punya!! hahaha... kejap lompat kolam sini.. kejap kolam sana.. boring aku terjun dlm jakuzi.. sauna je aku tak try lg.. Pagi kitorg terjun kolam. Tengahari aku kena gi Kemaman. Cari baju Fuzael sebab mlm smlm dia pakai baju sampai 2 helai.. tinggal sepasang je baju.. ada 2 mlm lagi nak duk sini..
Ok la.. bandar Kemaman ni.. cuma aku pening ngan parking system dia.. nak byr tu aku tak reti.. takde instruction.. terhegeh2 aku meraba tak tau nak byr mcm mana.. last2.. ada tukang sapu sampah ajar aku.. huhu malu!

Seronok dapat mandi kolam!!
Sengih jer... tak tahan aku tengok
1st time memegang pasir pantai...

Petang kul 4 aku bwk anak2 aku gi pantai.. bukan main seronok budak2 ni... main pasir. Selalu bwk gi bercuti tapi tak pernah gi pantai.. hahaha Kael heran pasir dia lembut sgt.. hahaha.. korang explore la puas2 boyss... Rafael bukan main seronok lagi.. lepas seronok main pasir aku ajak anak2 aku mandi kolam lagi.. hahah tak payah citer la betapa seronoknya budak2 ni.. termasuk si Fuzael.. mandi kolam... dah la eksen tak nak pakai pelampung.. nak mandi sorg lak tu.. tenggelam karang baru tau.. aku takleh lepaskan dia.. sebab telinga dia ada grommet.. kena jaga takut masuk air..

so.. aku dah abih story utk dua hari.. nnt aku story lagi yek.. tu pun kalau korg tak boring la nak baca.. ye la.. aku je yg seronok korg mana enjoy!! yihhaa... syoknya bercuti time org keja..

Sunday, July 11, 2010

5 minit yang menyeksakan!!


5 minit saja... tak lebih dari itu. Tapi ianya sungguh menyiksakan dan menyakitkan hati. Nasib baik ianya berlaku bukan peak hours...

Muhammad Miqhail & Muhammad Rafael HILANG!!! cuma aku takde la rasa takut sangat sebab diorg hilang kat tempat yang mmg selalu diorg pergi.. Giant Bdr Kinrara. And masa tu orang pun tak ramai lagi. So aku mmg boleh dengar suara tangis si Rafael. cuma aku tak nampak batang hidung dia kat mana masa tu.. then aku berlari sambil dukung Fuzael mencari susuk tubuh dua beradik itu. Aku masa tu berdoa harap mereka berdua tak hilang berasingan. Kiranya hilang together2... Tempat yg ada dlm kepala otak aku yg harus aku tujui... Information Counter... belum sempat aku sampai, aku dengar announcement jumpa 2 org budak lelaki melayu! takde org lain dah tentu anak aku.. syukur diorg masih bersama.. then apa lagi tak cukup tanah aku berlari menuju ke Information Counter... Dalam counter tu.. baek je dua2 beradik ni duduk. Dua2 dah berjurai air mata...

Masa tu hati aku macam2 perasaan ada... sakit hati, marah, lega dan geli hati...
Sakit hati sebab masing2 tak dengar kata. Mentang2 tempat tu dah diorg dah biasa selok beloknya, asyik nak berlari tak ingat dunia.. last2.. tak jumpa aku menangis la jawabnya!
Marah sebab buat aku tercungap2 berlari sambil dukung adik dia. Si Fuzael seronok je sbb aku dah mcm terlompat2 sambil dukung dia.. adeh.. penat!
Lega bila dah nampak muka dua2 budak nih
Geli hati sebab tengok innocent je dua2 beradik ni duduk kat kerusi dlm counter. hahaha budget baik je masing2...

Nampak je muka aku.. si Rafael terus peluk & mcm biasa taubat nasuha.. kejap je dia taubat.. lps tu TauBuat... byk kali dia ckp tak nak lari dah ibu.. angah tak nak lari dah.. 15 min lps kejadian bukan main erat dia pegang seluar aku.. sampai nak londeh jdnya.. Terus ketiga-tiga anak aku duduk diam dlm trolley... tapi... mcm aku ckp td kejap je.. lps tu buat perangai balik..

Banyak pengajaran... aku bersalah! ya aku mengaku... ianya hanya ambil masa 5 minit saja.. tapi ianya sungguh menakutkan.. Aku akan berusaha memastikan perkara seperti ini takkan berlaku, Yes! i have too.. kerna... aku takut tak diberi peluang melihat mereka lagi... For Kael ini kali kedua.. Rafael 1st time.. sooooo careless!!!! ayoooo....

Dah la comey & hensomeburger anak2 aku tu....


Thursday, July 8, 2010

Fuzael reaching 1 wonderful year...

21st July ni Fuzael satu tahun. Yay!

Dah lama aku tak update pasal perkembangan cleft dia. Lupa sey... ni wajah latest anak manja aku ni.. jiran2 mak aku gelarkan beg tangan aku.. sbb takleh kena tinggal.. sure nangis! padahal beg tangan pun kekadang aku tinggal kat umah bila kuar gi shopping ngan lelaki tercintaku.. wah!! sure dia gelak baca statement ni... ahaks...


parut jahit di atas bibirnya nampak jugak la.. lps tu lelangit dia 90% tutup. hanya tinggal part gusi sahaja. According his plastic surgeon, gusi dia hanya boleh buat dia berumur 7/8 tahun. Aku tak sure dia buat mcm mana tapi takpe.. nnt akan aku update for ur info ok.. i promise!

2 bulan masa berlalu, now dia dah boleh makan.. ikutkan nafsu dia macam2 benda dia nak makan. Dia paling suka buah2an.. tak kisah la buah apa pun.. janji buah... tapi still setiap kali makan sure akan keluar kat hidung dia... takpe, as long dia srang dah mula chubby.. makan, tido lps tu main.. tu je la keja dia.. hehehe...

then aku ada jugak pg jumpa ENT, check hearing condition dia. Alhamdulillah, telinga dia takde cecair. Maybe sbb aku dah pasang grommet tu.. but ye la satu dah tercabut. satu je yg ada.. Doctor ENT advice jgn bg dia mandi kolam. Jgn bg dia selalu demam selsema. Sebab kalau dia selsema telinga dia akan ada air... klu dah nampak sintom nak selsema terus bg ubat selsema. Nanti telinga dia akan bernanah & affect pendengaran dia.

Second thing test pendengaran dia hari tu tak berapa sure result dia sbb doktor tu kata ada response but mcm ikut mood, or dia sendiri tak faham apa kena buat bila dgr bunyi. sebab masa 1st time test dia terus alert pada bunyi but then dia dah mcm malas.. dia response but lambat. So kena buat sekali lg bulan August nnt... I hope dia takde masalah pendengaran.. InsyaAllah...

And Fuzael's Plastic Surgeon kata hidung dia boleh di perbetulkan sebelum dia sekolah. That mean masa dia umur 6 tahun nnt. Now just concentrate on his speach.. gigi dah tumbuh 3 batang.. 2 bawah 1 atas.. hehehe.. sampai masa nnt siap la.. sure aku kena gigit nnt.. hehehe

Tuesday, June 29, 2010

Cont .: Diary-all-in one

Meh sini aku sambung lg. itu pun klu aku ingat la detail activity aku tuh! hahaha lantak!

Sepanjang 3 hari duk kat kg takde apa yg menarik. aku pun tak shopping kat mana2 pun sbb aku dah planning nak shopping kat Cameron Highlands... aku nak borong bunga!! Cuma kali ni aku yg memasak. Sebab tangan Chek berbalut. So chek sila duk tepi. Biar menantu dia yg memasak. Tapi masih lg di tahap tak berapa nak excellent sbb tomyam tak berapa kick! Chek kena turun padang kasi adjust rasa. Baru terasa tomyam dia...

21st June 2010 - Monday

Aku bertolak balik ke KL dlm kul 9am. Seperti yang dijanjikan kami singgah sebentar di Cameron Highlands. Aku borong bunga ros 4 jambak. Satu pasu bunga ros hidup saiz besar. Sayur2.. lps makan tengahari terus bertolak balik. Ikut jalan ke Tapah. Berliku2.. kiri kanan... jln Simpang Pulai elok sikit... Sampai rumah dah petang. penat giler! tapi mmg best. Alangkah indahnya hidup bila dapat spent masa dgn anak2 & lelaki tercinta.. urgh!!!

now... 3rd July.. byk hari aku tertinggal blog aku ni. Bz... memasak, membeli dan menjaga Fuzael. hmm... bila nak pegang pc je abg dah menjeling.. aduh.. geram je rasa hati bila dia tanya tak update ke blog? lagi mau tanya! malas la nak cari pasal. rugi je merajuk2 nih. Dah la cuti tak lama.. Planning nak gi i-City tak penah jadi.. asyik hujan je.. bila abg dah naik kapal tak hujan lak! macam dah kawtim ngan bomoh hujan je laki aku nih!! mesti sengih2 je dia baca post nih..

ni aku nak upload gambar2 yg bg aku dah cun abih la... hehehe

Bunga ros yg aku borong kat Cameron Highlands..

Mamai di depan pintu rumah.. apa la..

Kasi geram sket...



Monday, June 21, 2010

Diari all-in-one

11 June 2010 - Friday

Lelaki tercinta di offshore call esok, flight pagi kul 6 lebih. So touchdown KLIA dlm jam 8 lebih am. Nak kena kejut hero2 jawabnya. Lps tu aku kena bersolek awal! Nasib baik esok. Sebab esok last day period aku... Korang fikir la sendiri. Malas aku nak taip cerita buang masa tu. Siang tu bukan main lagi aku mencari bulu mata palsu. Tapi yg nyatanya aku tak reti pakai! Macam mana tu?

Malam tu aku practice pakai make up. aku buat video call ngan abg nak bg tau bersemangat aku nak fetch dia kat KLIA esok! Sampai aku tido pun nak pakai make up! takut esok pg aku terbangun lewat tak sempat aku nak make up2.. almaklumlah amatur...

12 June 2010 - Saturday

Abg dah sampai. Fuzael tak kenal. dia takut dengan abah dia sendiri. Mula-mula macam tu la. Dah lama-lama esok... Hari ni takde apa-apa yang menarik. Just lepak2 kat rumah... huhuhu malas la aku nak layan korang... Abg bawak balik camera sempoi punya & ipod nano... aku suker!! cuma ipod ni aku tak suka sbb nak kena beli lagu.. ceh! betul2 buat duit!

13 June 2010 - Sunday

Attend kenduri kesyukuran rumah adik ipar aku di Sg Buloh. Makan kambing. Tapi aku tak makan. Aku sayg kambing. Takde apa yg menarik melainkan semua adik beradik aku & mak datang. Semua adik-adik aku dan bini-bini diorg datang. Bukan senang nak dapat keadaan mcm ni. Aku suker!! Tapi mak aku suka buat spoil!! aku nak amik gambar dia tak nak. Malu katanya.. kekadang aku bosan jugak dgn sikap mak aku ni.. tapi nak buat mcm mana.. takpe nnt family day aku akan make sure semua kena ada... yihaa!!!

14 - 17 June 2010

Takde apa yang menarik. Cuma abg janji nak tukar sofa baru! huhuhuh

18 June 2010 - Friday

Kul 10 am Bertolak balik PC. Fuzael tak berapa nak tido. Rafael tak sabar2 nak sampai umah Tok Chek dia.. asyik tanya bila nak sampai.. adeh.. Yg Kael... mcm biasa asyik nak tengok video... Perjalanan siang ni betul2 memenatkan berbanding malam. Cuma malam ni mengantuk. Siang ni macam2 hal. Nak kencing la nak berak la.. lapar la.. tak ketinggalan panas.. almaklumlah.. tinted city tu dah 4 tahun usia dia.. dah ada yg mengelupas! nak kena tinted baru. bila tu agaknya. Kalau dengan Mohd Elias tu byk kali postponed! Kul 4 pm sampai Pulai Chondong. Nampaknya kedai2 yg terbakar tu ada yg dah mula nak naik semula. Aku lupa pulak nak amik gambar..
Rafael & Kael jejak je kaki ke tanah kelantan... terus berlari mengejar ayam dan kucing! Kat KL takde. Kat kg je la boleh jumpa... lantak korang la.. janji jangan lari jauh2.. Tu la kat kg ni anak2 aku seronok sgt. bebas pergi ke mana saja asalkan di sekitar rumah. nak pulak jiran Chek (aku tak ingat nama) ada anak kecik jugak. So boleh buat kawan la..

Yg paling best kat kg ni.. tido waktu malam.. syok sgt! tak payah pakai aircond. Sedap tido sampaikan si Fuzael tak sedar langsung! tido nyenyak sampai ke pagi! aku pulak asyik2 terjaga sebab dah biasa. dgn suhu sejuk kipas atas kepala, tilam sejuk + empuk! aku sengaja tak nak pakai kelambu sbb kelambu ni block angin sejuk. Aku just sapu cream anti nyamuk kat seluruh tubuh budak2 tu.. InsyaAllah takde gigitan nyamuk.

Sedapnya tido. Ayam berkokok pun tak sedar2

Si adik nak kejutkan abg dia yg liat nak bangun

Bangun je tido terus nak keluar umah bermain. apa nak jadi la..



Ada lagi cerita tapi aku nak buat kerja dulu.. nnt aku sambung lagi.. tata..




Back after long leave...

Biasa la.. bila bos balik aku dah mls nak online sgt... byk keja beb! memasak, mengadap dia, berjalan2 menghabiskan duit dia & bercuti serta menghabiskan duit dia.. hahaha.. mmg kerja aku menghabiskan duit dia.. kalau gaji dia masuk, dia tak sempat fikir aku dah buat planning utk dia apa nak buat... otak aku dicipta untuk itu.. so aku takkan mengalami sindrom jem otak bila memikirkan apa nak buat dgn duit dia.. ahaks.. tak berguna langsung punya bini!

nnt aku akan cerita percutian aku kali ini... byk gambar2 utk di uploadkan.. tunggu....

Monday, June 7, 2010

Tikam kawan sampai mati!

Kambing pun dah takde keja dah...


Yes! kalau itu terjadi aku dah mati 7 or 8 tahun yg dulu. Aku di tikam, maruah aku di jaja. Macam-macam cerita aku di sebarkan. Oleh kawan baik yg berkongsi satu cawan teh. Share makan sama-sama. Malam hari bercerita hingga lena. Tapi, hilang saja kelibat aku, mulutnya lancang bercerita tentang keburukkan aku. & aku tidak sekali-kali membalas. Aku malas menjadi sehina dia. Aku ambil keputusan mengundurkan diri tanpa sebarang perdebatan. Kerana semua org tahu lagak laku aku. Aku tak perlu mempertahankan cerita bg pihak aku. Even all her stories is true, org cuma akan nampak who is she and what i am.

Kerana... orang yg menjadi pendengar setianya sendiri membuka kisah dia menikam aku. Org itu sudah nampak siapa benar siapa yg jahat! Aku tak payah berusaha untuk membela.. I dont want to be just like her.. Kalau org nak percaya apa yg dia mengarut biarkan labu.. aku no heart feeling.. aku dah takde kat situ dah. bukan nak lari tapi aku malas nak memperbodohkan diri aku. sampai masa dia sendiri akan sedar... hingga kini aku tahu dia masih rasa bersalah...

So kalau kau di tikam, jangan sekali-kali ikut gerak laku dia. nampak lebih buruk kerana wajah kau lebih ketara dendam darinya. Just do you best to show whats the true is... believe me people will see it. waktu itu org akan nampak wajah dia yg sebenarnya... bukan lawa pun! hahaha