Thursday, July 22, 2010

Bila cinta kembali menyepi...



Comey tak katak atas kepala saya ni??

Bila sampai masa line kat kapal dia takde.. aku mula sakit hati+marah+menyampah. Ni yang kekadang angin nak shopping datang. tapi bila memikirkan Kael nak sekolah tahun depan.. cancel je la.. kang sampai je aku kat shopping complex aku terus jd meroyan..

Tadi ni pun aku on the way balik dr service kereta aku singgah Tesco Ampang. Konon nak beli brg sikit.. tapi cecah seratus jugak.. nasib baik iman aku kuat lg, nampak baju kurung cantik aku boleh buat bodoh je.. huhuhu klu ikut nafsu mahu aku rembat 2 pasang... Alhamdulillah iman aku masih kuat.

Aku beli sotong, udang, gel utk membakar arang (apasal aku beli benda ni?) pampers Fuzael, lampu meja tulis (murah je RM17, kalau kat kedai lampu paling murah RM60), air vitagen utk budak2. Tu je. tapi cecah seratus.. Kos hidup zaman sekarang... lps tu aku layak claim sesi fotografi baby percuma. Kira aku leh masuk contest baby comey la.. Menang ke kalah ke aku tak kisah... janji aku dapat gambar adik paling comey... nnt aku nak pos kat chek.. dia mesti rindu kat budak manja sorg nih!

Cuma sekarang ni aku duk tertunggu-tunggu panggilan telefon atau dia boleh online ke tak.. aku jamin pagi esok la baru aku dpt call dr dia.. sure punya sbb dia takkan berjaga mlm demi nak tunggu line ada utk call aku.. GERENTI!!

tido la esok budak2 ni nak kena bangun awal.. esok kul 7 dah kena gi sekolah. Ada lawatan ke kilang Beryl's... bye bye

No comments:

Post a Comment