Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Sedihnya tak terkata...



Credit to http://ondscene.my/

Seorg mayat bayi lelaki di jumpai terapung di sungai di belakang rumah PKNS AU3. 'Ketika mayat bayi ini dijumpai ia dalam keadaan terlungkup dan tangannya seperti berpaut di dahan kayu'.

Seolah2 dia cuba 'berjuang' untuk hidup tapi di nafikan haknya oleh ibunya sendiri... Betapa kejam. Setelah 9 bulan Allah letakkan dia 'tempat duduk' paling terbaik di dunia. Apabila sampai masanya dia di campakkan di tempat yg menjadi kubur untuk dirinya yg begitu lemah dan tak mampu untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Aku benci pada manusia ini.

Anak-anakku sayang.. ibu berjanji akan jd ibu yg terbaik buat kalian...


Monday, September 20, 2010

Rafael & dyslexia


Last year aku ada buat entry pasal dyslexia & movie Taare Zameen Par. Kali ni aku dah mula nampak symptoms kat Rafael. Malam semalam aku suruh dia buat homework tulis jawi huruf 'ba' dia byk kali cakap dia tak boleh tulis. asyik suruh aku pegang pensil utk dia. Guide dia tulis huruf simple. dia hanya akan menulis kalau aku buat titik-titik so dia just ikut. bila aku suruh dia buat sendiri dia akan tulis huruf 'ba' terbalik ke bawah or mengadap ke tepi.
Macam tu jugak kalau aku suruh dia tulis huruf E. Dia akan buat kotak. Menangis-nangis dia tak nak tulis. dia tak tahu.

Dia tak kan bertahan lama di depan tv. Tapi memory visual dia excellent. Kalau bab ingat jalan nak pergi rumah opah or shopping complex dia memang pandai. Tu belum lagi imaginasi. Kalau dia main satu barang rumah kita sendiri tak leh bayangkan imaginasi dia. Macam 2 hari lepas aku pergi beraya umah Pak Lang dia (dia panggil Pak Yang). Kat rumah adik aku tu ada tempat duduk ala2 tong sampah. Dia main benda tu dgn menggunakan imaginasi dia.. dia jadikan tong tu kuda. Dia tunggang 'kuda' serata rumah... Cuma aku tak gi check buat confirmation lagi. Aku still nak observe dia dulu. So hari ni aku akan discuss ngan teacher kat sekolah dia. Minta teacher dia tengok keadaan dia kat sekolah macam mana..

Bagi aku dia bukan masalah... sama macam Fuzael. Ini satu anugerah. Supaya aku lebih akrab dengan dia. Dia lebih bijak dari abg dia dr sisi yg berbeza. Dia takkan bertanya benda-benda merepek. Kekadang dia yg jawab soalan merapu abg dia. Dia akan belajar dr sudut visual dia. Tapi bukan dari teks. Dia masih tak pandai ABC. Ini cabaran baru untuk aku. So perancangan utk tambah anak perlu dia fikirkan kembali. hahaha... so production tutup buat masa ini..

Sunday, August 29, 2010

Huray!!!

Semalam 29 Aug 2010, Fuzael dah berani berjalan.. gigih berlatih menepis bantuan. Ewah!

Tapi dia memilih tempat nak berjalan. Atas carpet, or atas tilam. atas lantai dia tak berani. Mungkin dia tahu surface keras. Kalau jatuh sakit, adeh!

Bagus adik.. teruskan berlatih. Hari ini ibu akan beli kasut raya untuk adik. sebagai hadiah & pembakar semangat adik utk terus berlatih bertatih...

Lepas ni kena standby langkah seribu la aku.. nak mengejar budak baru dapat kaki....

Thursday, August 12, 2010

rahmat di bulan ramadhan



My little Fuzael dah boleh panggil aku mama... syoknya..

abah.. nnt ibu ajar dia sebut papa or dada ya... dont worry.. ada sebulan lg masa kita ni...

Sunday, July 11, 2010

5 minit yang menyeksakan!!


5 minit saja... tak lebih dari itu. Tapi ianya sungguh menyiksakan dan menyakitkan hati. Nasib baik ianya berlaku bukan peak hours...

Muhammad Miqhail & Muhammad Rafael HILANG!!! cuma aku takde la rasa takut sangat sebab diorg hilang kat tempat yang mmg selalu diorg pergi.. Giant Bdr Kinrara. And masa tu orang pun tak ramai lagi. So aku mmg boleh dengar suara tangis si Rafael. cuma aku tak nampak batang hidung dia kat mana masa tu.. then aku berlari sambil dukung Fuzael mencari susuk tubuh dua beradik itu. Aku masa tu berdoa harap mereka berdua tak hilang berasingan. Kiranya hilang together2... Tempat yg ada dlm kepala otak aku yg harus aku tujui... Information Counter... belum sempat aku sampai, aku dengar announcement jumpa 2 org budak lelaki melayu! takde org lain dah tentu anak aku.. syukur diorg masih bersama.. then apa lagi tak cukup tanah aku berlari menuju ke Information Counter... Dalam counter tu.. baek je dua2 beradik ni duduk. Dua2 dah berjurai air mata...

Masa tu hati aku macam2 perasaan ada... sakit hati, marah, lega dan geli hati...
Sakit hati sebab masing2 tak dengar kata. Mentang2 tempat tu dah diorg dah biasa selok beloknya, asyik nak berlari tak ingat dunia.. last2.. tak jumpa aku menangis la jawabnya!
Marah sebab buat aku tercungap2 berlari sambil dukung adik dia. Si Fuzael seronok je sbb aku dah mcm terlompat2 sambil dukung dia.. adeh.. penat!
Lega bila dah nampak muka dua2 budak nih
Geli hati sebab tengok innocent je dua2 beradik ni duduk kat kerusi dlm counter. hahaha budget baik je masing2...

Nampak je muka aku.. si Rafael terus peluk & mcm biasa taubat nasuha.. kejap je dia taubat.. lps tu TauBuat... byk kali dia ckp tak nak lari dah ibu.. angah tak nak lari dah.. 15 min lps kejadian bukan main erat dia pegang seluar aku.. sampai nak londeh jdnya.. Terus ketiga-tiga anak aku duduk diam dlm trolley... tapi... mcm aku ckp td kejap je.. lps tu buat perangai balik..

Banyak pengajaran... aku bersalah! ya aku mengaku... ianya hanya ambil masa 5 minit saja.. tapi ianya sungguh menakutkan.. Aku akan berusaha memastikan perkara seperti ini takkan berlaku, Yes! i have too.. kerna... aku takut tak diberi peluang melihat mereka lagi... For Kael ini kali kedua.. Rafael 1st time.. sooooo careless!!!! ayoooo....

Dah la comey & hensomeburger anak2 aku tu....


Sunday, April 25, 2010

Diari hari ini - 250410

Kesan dari grommet tu, telinga Fuzael kerap keluar cecair warna coklat. Lps tu area telinga kiri dia takleh sentuh. dia akan menjerit sakit. Isnin nnt ada appointment dengan doktor ENT. So aku bg dia makan ubat demam & gripe water bg dia jangan rasa sakit. kesian dia, nak tido pun sakit.

Kata doktor emergency Pantai, tu normal sebab mmg fungsi grommet keluarkan lendir dlm telinga dia and then dia baru terasa ada benda dalam telinga thats why dia tak selesa. So kita tengok isnin nnt mcm mana yek...

Ok lepas tu aku ada ternampak 2 ekor cacing panjang halus kat dlm jamban. Aku syak si Rafael punya, so hari ni aku isytihar perang ke atas cacing2 sedunia!! hahaha... dua2 adik beradik dah makan ubat cacing sebotol. amik kau! masuk dalam badan anak aku kenapa?

Hmm... aku rasa tu je kot utk hari ini. takde citer gempak lg hari ini. Tapi yg nyata aku dah malas nak kira hari. Nanti lg sakit rindu aku jdnya... bye

Sunday, February 28, 2010

Syafiah Humaira Sahari


Dasar binatang! sekarang manusia dah tak punya hati perut. Patut di hukum sebat sampai mati. biar dia rasa sakitnya Syafiah di sepak terajang dan di pijak.
Kanak-kanak naif ini menjadi mangsa kesilapan ibunya memilih teman hidup. Sebelum ini suaminya yang sah seorg penjenayah. Dan kini teman lelaki jugak panas baran, tapi masih tidak serik-serik untuk terus bersama hingga mengandung anak luar nikah!

Baru kini dia nak menyesal. tak guna dah... malam semalam aku nampak dia pengsan kat tepi jenazah anak dia. kalau aku jadi org keliling dia tu, aku angkat campak dia keluar. Tak tahu la dengan manusia sekarang ni. Dah tak takut dengan hukum Allah agaknya. Sesuka hati buat hukuman sendiri. Bila dah ada yang mati baru nak menyesal.. adoyaii!!!

Wednesday, September 30, 2009

Disleksia

Malam semalam aku melayan cerita hindustan. Aku bukan jenis yang minat giler ngan hindustan. Tapi ada satu movie ni memang buat aku tak berganjak dari depan tv. And aku tak malu nak mengaku aku menangis teresak-esak tengok movie ni. Tajuk dia Taare Zameen Par. Lakonan Amir Khan dan Darsheel Safary. Aku tak henti-henti membayangkan Darsheel Safary ni macam Mikael. Raut wajah Darsheel Safary serupa macam bentuk muka Mikael.

Cerita ni mengisahkan Ishann (Darsheel Safary) kanak-kanak berusia 8 tahun yang dunianya penuh dengan imaginasi. Taksub pada sesuatu yang orang lain tak hargai. Dia begitu gemar melukis hinggakan dia boleh melukis lukisan yang begitu luarbiasa. Imaginasinya di luar kemampuan kanak-kanak seusianya. Namun kebolehannya ini tidak dianggap penting oleh ibu dan ayahnya. yang mana mereka lebih mementingkan pembelajaran. Ishann mempunyai masalah penerimaan pembelajaran. Dia sukar membaca, menulis dan mengira dengan betul. Oleh kerana itu, Ishann selalu memberontak. Ayahnya bertindak menghantarnya ke sekolah berasrama yang penuh displin. Ini membuatkan Ishann lebih tertekan. Semua guru-guru di sekolahnya tak putus-putus menghukumnya dan digelar pemalas dan bodoh. Akhirnya dia sudah jauh dari dunia realiti. Dia sentiasa ketakutan, murung dan tersisih Hinggakan dia sudah tidak mahu melukis, sesuatu yang paling digemarinya.

Satu hari datang seorang guru ganti lukisan, Ram Shankar Nikumbh (Amir Khan) yang lebih gemar murid-muridnya meluahkan imaginasi melalui lukisan. membiarkan kanak-kanak ini belajar dengan riang. Ram mendapati Ishann sentiasa murung dan dia berusaha membantu Ishann dari terus lemas.

Penyakit Ishann ni di panggil Disleksia. Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar. Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak. Penyakit ini masih boleh di atasi dengan membantu kanak-kanak ini secara khusus dan beransur-ansur. Pendekatan melalui deria sentuhan dan pendengaran. Pengulangan semasa mengajar atau belajar secara berlebihan juga boleh membantu. Namun harus jangan terlalu mendesak kanak-kanak ini.

Selalunya kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding kanak-kanak perempuan. Antara orang-orang yang mengalami Disleksia tapi masih boleh berjaya malah di gelar genius adalah, Leonardo da Vinci, Elbert Einstein dan Whoopi Goldberg.

Aku suka sangat cerita ni. Ending dia membuat aku lebih sebak bila scene Ishann tengok lukisan Ram. Dia jadi sungguh terharu bila lukisan tersebut adalah wajah riangnya. Lantas dia memeluk guru itu, satu-satu guru yang berjaya membuat dia mengenali dirinya sendiri. Mikael pun suka tengok movie ni. Tapi seperti biasa dia mmg banyak tanya. Sampai buat aku takleh concentrate.

Antara lukisan-lukisan dalam movie tu. Aku akan cari DVD dia buat koleksi. Pasti! Lepas je aku tengok movie tu. Aku borak-borak dengan Kael. Terasa aku ni garang sangat dengan dia. Dah la abah dia jarang-jarang balik. Ibu dia pulak garang, asyik marah aje. Kesian lak aku tengok dia. kang kurang kasih sayang pulak. Balik ni aku nak peluk cium dia. Hmm... rindunya kat budak budak...

Antara perbualan malam tadi yg buat aku rasa sayu...

Aku : Abang sayang ibu tak?

Kael : Sayang

Aku : Ibu garang tak?

Kael : Takde lah

Aku : ye ke? kan ibu selalu tarik telinga abang?

Kael : Mana ada lah ibu. Kita tak ingat pun

Aku terdiam. Padahal petang td aku tarik telinga dia sebab lari kat luar umah tak tengok kiri kanan. Aku takut ada kereta tetiba keluar simpang.

Dan untuk menebus dosa aku tidur sambil peluk dia. Dia suka sangat!