Friday, December 31, 2010

New Year 2011



Good bye 2010!!! Welcome 2011... Putera sulungku akan memasuki alam persekolahan sebenar.. Blues je rasa.. tua dah wey..!! This year aku 32.. tak percaya? tak apa.. i tak kisah u.. i tau i memang awet muda.. walaupun tak jelita.. :( bluuweekkk!

Macam2 berlaku di tahun 2010. Nak kenang, malas.. benda dah lepas.. cuma aku mengharap aku akan lebih banyak berubah ke arah kebaikkan di tahun 2011. Mungkin pembukaan tahun 2011 ni aku akan bertukar karier dr hsewife ke bekerjaya.. company apa? tak tau lagi.. tengok la klu aku sudi aku akan share.. klu tak.. biarlah rahsia.. lg pun korg bukan pegawai incometax.. yg wajib aku bg tahu financial issues aku!

Esok orientasi Kael. Nanti akan aku update hari pertama dia di sekolah.. Aku percaya, hero sulung aku ni boleh berdikari. Macam ibu dia!! abah dia kata la.. bukan aku angkat bakul tau! hehehe

Cuma aku je yg rasa excited lebih sket. Suka belek buku-buku dia, belek beg Ben-10 dia.. jahit seluar sekolah dia. tu belum lg buku-buku tulis dia yg aku dah balut siap2.. mcm aku lak yg nak pegi sekolah.. Hmm.. big boss ada tanya "Ibu tak nak sambung degree yg dah tergendala ke?"
Aku tak tau la. Perasaan nak belajar tu memang ada. Aku nak sibukkan otak aku dengan benda-benda berfaedah. Fikir tentang assignment. Tentang exam.. Sebab sekarang ni aku duk menyibuk benda2 merepek.. fikir pasal rumahtangga org la.. fikir pasal mcm mana anak org pg sekolah.. benda2 yg tak sepatutnya aku fikir..

Aku tak boleh biar otak aku rileks.. mesti nak fikir.. tapi!! kalau sambung degree aku tu.. aku boleh ke kerja dlm bidang IT. Sebab aku sayg sgt kat pahlawan aku yg 3 org tu.. aku tak nak kerana nak kerja dlm bidang IT, aku jarang jumpa budak2 tu.. klu tak belajar aku boring.. aku pun tak tau apa aku nak buat.. nak buat business takde modal. takde idea nak buat apa..

tengok belum apa2 lg dah byk alasan.. takpe la.. memula ni kerja la dulu.. then pelan2 pk.. nak business apa.. nak buat kek ke? nak buat baju ke.. nak buat pertanian ke.. mcm2 la.. sbb business ni pelan jangka masa panjang.. & byk benda kena study.. so buat masa ni sabar dulu yea sayang.. kita buat mana yg boleh dulu...

ok la.. aku dah nak kena sign off... nak tengok boss buat apa.. hehehe

No comments:

Post a Comment