Friday, March 30, 2012

Dairy 30 Mar 2012

As salam...

Kisah aku hari ni amatlah memenatkan hingga kaki aku melecet! aduh.. Ah! tak kisah la korg sanggup baca ke tak..

Hari ini Fuzael ada appointment dgn pakar ENT kat PPUKM. Pagi2 lagi aku dah kejut semua tentera2 aku. Cuma pg ni Fuzael liat plak bangun. tu la sapa suruh bangun kul 5 pg td... kan dah susah nak bangun.. tak pasal-pasal ibu kena dukung masuk bilik air..

Ok proceed citer.. pagi ni hujan renyai-renyai.. Klang banjir.. simpati aku.. so aku sangkakan traffic pasti sesak.. tapi Alhamdulillah jalan lancar. Parking pun senang cari.. Ajaibnya surah Al-kauthar. Sebab aku duk fikir gak macam mana la aku nak bawa anak2 aku time hujan gini.. payung ada satu je.. Ya Allah... berkat ayat Al-Kauthar Mu, Kau permudahkan urusan aku.. aku dapat parking pun tak jauh sangat dgn pintu masuk.. So kawan2, percayalah pada surah Al-Kauthar..

Habis citer pasal parking berakhirnya isu kegembiraan, kita teruskan pada urusan rawatan, isu kesengsaraan.. aku sampai je kat level 7, aku dropkan budak2 tu kat area permainan & aku terus check in. Tengah2 check in angah menjerit bg tau adik terkencing depan pintu.. Alamak!! dah la dia hensem pg ni.. aduh.. aku pun tak pakaikan pampers. sebab ingatkan dia dah cemerlang dalam urusan kencing mengencing ni.. rupanya tidak.. nasib baik ibu bwk pampers sekeping. So hari ni dia hanya memakai kemeja basah dan pampers.. hmm kesian dia.. kesian kat aku gak.. seksa aku belum habis lagi tau..

tak lama lepas tu, nurse ajak aku gi pergi buat audio test. ha! part yang paling seksa! aku dah sogok si mikael ngan rafael semua gadget yang aku ada.. aku siap bagi HP aku utk rafael tengok youtube. Mikael main laptop aku.. so Fuzael boleh buat audio test dengan aman.. TAPIII.. smpi je kat bilik audio tu rafael nak gi toilet plak!! so aku letak fuzael yang dah start merengek kat tangan mikael dan mengheret rafael berlari mencari toilet. macam lipas kudung aku berlari dengan harapan Fuzael tak menangis teruk & mikael mampu menjaga adiknya.. Ya Allah.. Tuhan aje yg tahu apa perasaan aku masa tu. Dah tak peduli pakai baju kurung berlari lintang pukang kat spital tu heret Rafael cari toilet.

Bila dah settle tu aku kembali ke bilik audio.. Alhamdulillah, Fuzael duduk diam2 kat tepi abg dia. syukur Ya Allah.. tempoh  menunggu tak lama, tapi mood Fuzael dah mula mendung. Dia dah start merengek. Kacau la.. So bila nurse nak masukkan earplug kat telinga dia.. dia start menangis! So banyak result dia yg problem. Flat! dia tak nak respond semua test! Tambah sakit hatinya bila Rafael masuk bilik audio tu merengek dia lapar & kacau adik dia.. Ya Allah ... tabahkan hati aku ni..Fuzael pg ni mmg tak nak buat test langsung! & they suspect ada air dalam gegendang telinga dia...

So bila dah habis buat audio test, Kitorg kena bergerak ke level 7 balik then jumpa Prof Goh. Pakar ENT. Lepas borak-borak & temubual, Prof Goh dapat detect ada air dalam gegendang telinga dia.. aduh.. sakit dada aku ni.. patutlah lately ni dia mcm tak dengar bila aku panggil dia.. Prof Goh kata ini sebab effect dari selsema dia dulu.. ari tu dia kena selsema lama sangat.. hmm.. now dia kena terus spray hidung utk keringkan air di telinga dia.. so next appointment 27 Apr nnt buat lg audio test.. klu result dia flat dia kena buat minor operation utk masukkan grommet dlm telinga dia... Kalau confirm dia kena buat operation tu, that mean this is 2nd time telinga dia kena masuk grommet.. sian anak ibu.. yang pasti kat mana aku nak letak mikael & rafael??

bila balik je rumah aku ngan fuzael terus tumbang atas sofa.. lena selena-lenanya.. Aku tak tau kena aku penat giler hari ni.. mmm itu je la kot.. takde citer dah buat masa ni.. So moral of the story, sebelum buat audio test, make sure mood anak anda kena terbaek! ok.. kalau tak effect result nnt.. tak pasal2 kena buat operation plak nanti.. huhuhu


Thursday, March 22, 2012

Bila Fuzael demam..


Actually citer ni dah 2 minggu berlalu.. tp aku update je la ye.. hehehe nampak sgt aku terdesak takde citer

Dah lama benar budak manja ni demam.. sudah berbulan2 lamanya.. syukur kerana Allah melindungi aku & anak2.. Tapi tetiba dia demam smpi aku kena bwk dia gi klinik kul 12 mlm... tp dia tak merengek langsung.. senang mkn ubat.. Alhamdulillah.. baik anak ibu ni.. tak mcm ibu kecik2 dulu.. huhuhu insaf aku!

tengok la berapa byk botol ubat dia kena telan.. huhuhu

syringe ni tak termasuk ubat demam.. sbb td doktor dah masukkan ubat punggung.. so ni ubat batuk, selsema, sakit tekak & antibiotik.. doktor kata klu tonsil dia tak surut bengkak dia kena operate.. aduhai.. operation yg sedia ada pun aku dah tak sanggup lalui dgn dia.. even minor surgery pun.. still dia kena berpuasa.. nak plak dia ada history prob ngan bius.. takpe la.. ibu jaga adik betul2.. so that adik akan sembuh & tak payah operate! kan!!

sian dia.. dah terlena byk sgt ubat kena makan.. aku mls betul nak bg mkn ubat batuk ni.. tp bila condition dia pun dah teruk sgt smpi satu umah boleh dgr kahak dia. Terpaksa aku bg ubat batuk.. esok baru aku nak start bg ubat batuk asmakur.. sian anak manja ibu ni...