Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

Syafiah Humaira Sahari


Dasar binatang! sekarang manusia dah tak punya hati perut. Patut di hukum sebat sampai mati. biar dia rasa sakitnya Syafiah di sepak terajang dan di pijak.
Kanak-kanak naif ini menjadi mangsa kesilapan ibunya memilih teman hidup. Sebelum ini suaminya yang sah seorg penjenayah. Dan kini teman lelaki jugak panas baran, tapi masih tidak serik-serik untuk terus bersama hingga mengandung anak luar nikah!

Baru kini dia nak menyesal. tak guna dah... malam semalam aku nampak dia pengsan kat tepi jenazah anak dia. kalau aku jadi org keliling dia tu, aku angkat campak dia keluar. Tak tahu la dengan manusia sekarang ni. Dah tak takut dengan hukum Allah agaknya. Sesuka hati buat hukuman sendiri. Bila dah ada yang mati baru nak menyesal.. adoyaii!!!

Thursday, January 28, 2010

A lot of thinking... i guess

Dah lama tak update?

Actually byk draft tapi semua tak post. I just dont want to show it. Just leave it there. Now i update again. And this is about my dear Fuzael. Almost sebulan masa berlalu lepas 1st operation. After struggle more than 2 hours in OT, 2 days in NICU, now he has such a great smile i ever see. Combination with his beautiful eyes, Ya Allah betapa sempurna ciptaan-Mu. Dengan penyembuhan-Mu yg tidak terbanding, Muhammad Fuzael kini bayi yang paling comel. Mungkin dia tahu keadaannya, dia jadi seorang yang suka melemparkan senyuman pada sesiapa saja yang menegurnya. Perjalanan pembedahan Fuzael akan aku story selepas ini. Jadi ibu sepenuh masa ni memang membosankan. Ye la otak tak banyak berfikir. & lately ni hari-hari sakit kepala sampai muntah-muntah pun ada. Dont know why... anyway, welcome me back.. hahaha...

Tuesday, October 6, 2009

Al-Fatihah

Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita anak kawanku yang berusia 4 bulan meninggal dunia. Aku bergegas pergi ke HKL. Sempat aku melihat buat kali pertama dan terakhir Aqil Hafizuddin. Menitis air mata aku bila melihat sekujur tubuh yang sangat comel dan tebam di bilik mayat. Aku teringat pada Fuzael yang lebih kurang sebaya dengan Allahyarham. Tak mengapa anak ini akan menanti ibu dan ayahnya di syurga nanti.

Sebab kematian tak dapat di sahkan kerana ibu dan ayahnya enggan melakukan bedah siasat. Namun ada yang mengaitkan dengan kecuaian baby sitter. Terasa sedih dengan pemergian anak kecil yang comel. Walaupun aku tak sempat bertemu dengannya sewaktu dia hidup. Tapi aku percaya dia seorang anak yang cukup riang. 

Al-fatihah buat Aqil. Semoga Aqil bergembira di syurga menanti mama dan papa di sana....