Showing posts with label cerita geli-geli. Show all posts
Showing posts with label cerita geli-geli. Show all posts

Friday, December 17, 2010

New Hobby

Sejak dah beli baju swimming hari tu.. aku asyik menggedik nak mandi kolam.. hahaha
klu lelaki tersayang di offshore ni baca mesti geleng kepala.. i know u dear...

Aku kira beruntung sbb umah aku dekat ngan putrajaya.. Kat Putrajaya ada 5 kolam.. Presint 6, 5, 8, 9, 11 & 16. Aku dah pergi Presint 6, 5 ngan 9. Yang lain2 aku tak tau.. So aku story yg aku pernah pergi je la yea.. kang tak pasal2 aku sampaikan info salah..

Presint 6 best.. ada kolam saiz olimpik, kolam budak & ada kolam baby.. so nak bwk baby boleh la enjoy kat sini.. tempat dia pun luas.. klu org ramai pun takde la crowded sgt.. nnt klu aku amik gambar aku upload kat sini ok.. tp korg leh tengok kat blog ni.. dia ada gambar...

Paling aku suka kolam presint 5.. Pusat Maritim.. aku suka sbb berbumbung.. lps tu kolam dia besar & tak dalam.. hahaha biasa la aku ni kan baru tahu berenang.. so tak confident lg nak terjun dlm kolam olimpik size.. hahaha belajar pun ikut internet beb! tak de budget nak pg kelas swimming ni.. Aku suka pg kolam presint 5 ni time semayg jumaat.. confirm semua pompuan.. so peace full sket..

Ada perubahan la sejak aku suka berenang ni.. berat bdn aku 48kg.. so maintain lg ler.. kata cik abg sayg sure body cantik nnt.. tp aku tengok ramai je pompuan yg bersaiz besar ni berenang.. tak tau la kot2 diorg dulu lbh besar dr tu.. tunggu tengok je la..

Anyway.. akan aku jdkan hobi baru aku ni bertahan lama.. Esok nak gi kolam lagi.. boys.. lets go! yihaaa...

Thursday, September 23, 2010

I have 4!!!


Yay!! dah ada 4 follower... shukran.. shukran.. dah nak masuk setahun blogging.. cerita merepek2 lak tu.. kena time angau, aku meroyan.. heheh peduli apa! korg laki bini mana ada bercinta mcm aku.. aku je dpt chance rindu merindu.. golek atas katil sorg2 angau... peluk bantal cari bau masam nak hilangkan rindu.. dengar lagu feeling sesorg depan pc... korg ada semua tu?? takde.. aku je yg duk buat perangai buruk ni.. lantak!! janji aku tak kacau org.. huhuhu... pecah rahsia.. Thanks Malissa...

Wednesday, August 4, 2010

Blog nan sepi

aku bukan takde idea.. tapi aku takde mood.. & tambah bz bila aku ada hobi baru.. berkebun.. hari2 aku sibuk berkebun..
aku ada byk idea pasal anak2 aku yg beribu cerita yg nak diluahkan... aku peduli apa org suka baca ke tak.. intention aku utk meluahkan rasa.. dah nama diari aku.. so ni cerita aku & anak2 aku..
klu tak nak baca.. just click 'x' kat atas nuu...

tapi aku tahu ada seorg hamba Allah takkan click 'x' tu. dia selalu bukak blog aku ni nak ngintai cerita2 aku.. hahaha.. i know who u are...

aku mmg nak buat dia terasa...

saja je.. buat cerita geli-geli.. xpe lain kali aku buat cerita best2 sket.. tp no gossiping yea... mak tak suka!!

Monday, June 7, 2010

Tikam kawan sampai mati!

Kambing pun dah takde keja dah...


Yes! kalau itu terjadi aku dah mati 7 or 8 tahun yg dulu. Aku di tikam, maruah aku di jaja. Macam-macam cerita aku di sebarkan. Oleh kawan baik yg berkongsi satu cawan teh. Share makan sama-sama. Malam hari bercerita hingga lena. Tapi, hilang saja kelibat aku, mulutnya lancang bercerita tentang keburukkan aku. & aku tidak sekali-kali membalas. Aku malas menjadi sehina dia. Aku ambil keputusan mengundurkan diri tanpa sebarang perdebatan. Kerana semua org tahu lagak laku aku. Aku tak perlu mempertahankan cerita bg pihak aku. Even all her stories is true, org cuma akan nampak who is she and what i am.

Kerana... orang yg menjadi pendengar setianya sendiri membuka kisah dia menikam aku. Org itu sudah nampak siapa benar siapa yg jahat! Aku tak payah berusaha untuk membela.. I dont want to be just like her.. Kalau org nak percaya apa yg dia mengarut biarkan labu.. aku no heart feeling.. aku dah takde kat situ dah. bukan nak lari tapi aku malas nak memperbodohkan diri aku. sampai masa dia sendiri akan sedar... hingga kini aku tahu dia masih rasa bersalah...

So kalau kau di tikam, jangan sekali-kali ikut gerak laku dia. nampak lebih buruk kerana wajah kau lebih ketara dendam darinya. Just do you best to show whats the true is... believe me people will see it. waktu itu org akan nampak wajah dia yg sebenarnya... bukan lawa pun! hahaha

Thursday, June 3, 2010

FB oh! FB...



hahaha... suka aku bila tengok FB ni.. macam2 hal ada..

Bila dah sent post.. dah takleh tarik balik... kalau delete org dah baca dah.... dooww... jd la terlajak perahu boleh di undur.. terlajak comment? sendiri mau ingat... It happen to me also... aku comment lebih2.. tangkap sentap pulak! so aku malas nak cari pasal lagi.. aku delete terus dia dr list friends aku.. PUAS HATI AKU! biar aku tulis besar2 kasi clear yg aku betul2 puas hati.. sebab mulut aku jahat.. apa yg aku comment semua tulus dan ikhlas.. takde plastik2... klu kau takleh terima gurau.. duduk diam2 kat tepi... jgn kacau view cantik aku.. baru clear FB aku mak! hahah bila aku dah delete so aku tak nampak semua post or gambar eksyen dia.. aman mata mak you!

tu satu kes...

kes kedua bila kita nak pg bercuti tapi tak nak certain org tau.. tp org itew ada dlm list kawan2 kita.. tapi kita still buat post yg menunjukkan kita nak pg bercuti.. so org itew nampak la.. jadi la peperangan alam maya.. amik kau! jawab la.. menggelabah member.. hahaha... pakat2 call kawan2 tanya apa nak buat... aku larik!!! malas nak masuk campur... lantak ko la.. gaduh la kat tengah2 padang sana! kena fire ultraman makcik ni.. takde perisai kau..

kes ke 3... sampai kena buang keja pokcik nih!

ha.. ni pun satu samdoll!!! baru start keja.. lps tu nak mintak cuti tak tau nak bg alasan apa.. call bos kata bini sakit tenat kat ICU. cancer.. tak lama lps tu hantar sms kata bini meninggal.. the whole entire office terkejut even aku tak kenal sapa mamat nih.. pun terkejut.. buat2 kenal je la.. baru keja seminggu mana aku kenal.. pakat2 simpati.. collect duit bg derma.. ishk2... kesian anak 4 org kecik2 lagi.. bini dah mati.. so aku yg jahat ni betting la.. mesti dia kawin lain even kubur bini basah lagi..

Bini mati apa.. dia tak balik bercuti lagi dah kecoh satu office dia berposing baek punya kat kenduri kawin member.. yg samdolll pun satu hal pegi hantar kat FB sapa suruh? dah kau tau ada officemate yg kau dah add dlm FB. So diorg tau la sandiwara kau doll! HR call rumah wife dia sihat walafiat! takde cancer2 nih.. apa nak dikato... kena buang kerja kawan.. baru terbongkar HR tak buat keja betul2.. main amik org penipu mcm ni.. hahaha.. amik korg! suka aku dgr gosip2 mcm ni..

So tak payah la korg nak merengek2 dlm FB, meluah rasa cinta.. bukan semua org suka baca,.. aku pun kekadang ada jugak antar kata rindu kat laki aku.. no respond from him.. buat malu jerk! laki macho mana leh merengek2 dlm FB, hilang jambul rambut sey!!

kalau nak bergaduh dlm FB tak main la.. tak puas ati meh la jumpa face to face.. ada berani?? aku pun dlm dua jugak nak gaduh ke tak.. huhuhu ganas la konon.. chait! pigirahh.. kena sound sikit dah takleh tido malam.. blah la..