Wednesday, June 29, 2011

Fuzael & Flu


Aku tau blog ni takde info, fact & anything yg boleh menambahkan ilmu. Aku tak tau nak share maklumat apa. Kalau org tanya then baru aku jawab ikut pengalaman aku la.. Tapi aku tak menjaminkan apa2 tips yg aku share ni berkesan pada semua atau tidak..

Ramai kawan2 aku tanya mcm mana nak rawat flu pd baby. Fuzael mmg kerap kena selsema. Kekadang org lain tak selsema, dia leh tetiba kena.. jangkit dr sapa aku tak tau. and then dia susah sgt nak sembuh makan berminggu-minggu, dulu la. Sekarang ni dia mcm on off.. mungkin sbb aku pun on off bg dia ubat agaknya. Ok, gambar kat atas tu adalah ubat2 & alatan yg perlu korg ada dlm rumah. Pada aku wajib la.. aku mesti bwk semua brg2 di atas bila aku bercuti or balik kg. mcm aku ckp td la.. Fuzael mudah sgt kena selsema.

Ok, meh sini aku terangkan setiap satu.

Yg pertama, ubat selsema. Tak kisah la jenis apa, tp ini antara jenis2 yg pakar ENT aku bg la.. klu umur dlm 1-2 tahun sukatan dia 2.5ml. 3 kali sehari. Tapi aku tak penah bg 3 kali pun.. aku bg 2 kali sehari. Kesian wey budak2 mkn ubat.. Nasib baik Fuzael senang sgt makan ubat.. kekadang dia tak minum air pun.. dia telan je ubat ni.. hehehe

yg kedua, Sterimar ni spray berasaskan air (click sini utk info). Fungsi dia mcm cuci hidung la.. Sterimar ni xkisah nak guna berapa kali pun.. sbb dia xde alkohol or drug. Just air je.. But after spray ni.. korang kena sedut.. klu baby tu xpandai hembus hingus la.. mcm Fuzael mmg xreti hembus.. aku bukan main paksa dia hembus.. dia boleh ketawa lak.. aduhai..

Ok yg ni penyedut hidung. Ni aku beli kat farmasi. Tapi mmg susah nak jumpa.. aku terjumpa ari tu terus aku beli. Xckp byk dah.. Aku selalu nasihat kat kawan2 aku, jgn sedut pakai mulut. Mulut kita ni byk virus bai.. korg sedut maknanya korg transfer virus kat hidung dia yg dah tersumbat... elok sgt la tu! hahaha


Ok ni yg last part Nasal spray. spray ni hanya boleh pakai sekali pam, sekali sehari je! aku biasa pakai benda ni waktu dia nak tdo.. so hidung dia tak block la time dia tido.. Alhamdulillah, bila Fuzael selsema dia takde meragam malam2 sbb hidung block. & dia pun jarang sgt nangis mlm2.. cuma klu sblm dia tdo tu dia kuat sgt main. So dia nangis pun sbb ngigau.. hahaha.. xde kena mengena ngan selsema..

So mlm sblm tido korg bg anak mkn ubat selsema, then spray Sterimar, after that sedut guna penyedut & lastly pam guna Nasal Spray. Nasal Spray ni boleh di dapati di farmasi. Just tanya nasal spray utk kanak2.. org dewasa pun ada.. aku selalu guna brand Sinoclear. Klu hidung sumbat aku spray guna Sinoclear tu la.. InsyaAllah, hidung korg akan clear dlm jangka masa terdekat.. ok bebeh.. nnt ada lg tips2 aku sharekan.. expecially for babies... hehehe.. da...

Tuesday, June 28, 2011

Cantik tak?

I love this photos... he so cute when he smiled... u're my everything dear....




Sunday, June 26, 2011

I have fun! yay


Aku xbosan bermain dengan gambar.. sesungguhnya ia menyeronokkan!





Friday, June 24, 2011

My Mikael.. ^^V


6 Years back, dia pernah kena sawan tarik. Aku hampir kehilangan dia. Not once, but twice! i'm sooo careless... So aku xletak harapan tinggi utk dia. Bagi aku, dia sihat & segalanya cukup sempurna bgku. Namun, hari ini dia tunjukkan pdku dia mampu buat aku tersenyum bangga. Dia dapat 4A1B, dan dia dpt no 11 out of 37. I'm so proud of you. Lepas ni aku akan cuba bantu memperbaiki kelemahan dia. Terima kasih sayang.. Teacher dia bg tau, dlm class he so energetic! hahaha.. i know it well. It seem's like he's never tired & never sleepy.. itulah Muhammad Mikael. never stop running! hahahaa.... anyway apa hadiah aku nak bg ni.. esok la fikir..

Picture for today...

Tuesday, June 21, 2011

Ur boys, my boys, our boys...

The handsome

The genius

The cutest

Sayang, untuk tatapan abah.. selamat hari bapa..

Thursday, June 16, 2011

Pulanglah..


sayang, hati ini amat merindumu. Teramat rindu hingga kaki ini tak mampu untuk berdiri. Namun, saya harus terus berjalan demi anak-anak kita. Bila agaknya sayang akan pulang? Setiap hari hati ini merintih menanti. Menanti khabar gembira darimu.

Sayang tahu, lantai rumah kita dah bersih, saya mop tiap-tiap pagi. Bukan tu aje, saya sekarang dah rajin kemas katil. Nanti sayang dah tak payah tolong lipat selimut. Bilik kita dah saya vacuum bersih-bersih. Saya letak pewangi nanti sayang mesti suka. Tapi sayang masih tak boleh balik lagi. Cadar sofa pun saya dah cuci. Anak-anak kita suka conteng & tumpah susu. Jgn risau, saya dah cuci bersih! i wish u were here. i really hope u can be here with me. saya tahu sayang pun rasa apa yg saya rasa. Saya tahu sayang pun nak sangat balik. Nanti kalau sayang balik, bagitau yea. Saya akan tunggu sayang di KLIA..

Wahai masa cepatlah berlalu. Aku akan cuba kumpulkan kekuatan. Untuk teruskan hari-hari ini tanpanya. Terus jaga cinta ini. Pasti nanti aku dan dia akan bersama selamanya...

Wednesday, June 15, 2011

Adakah ini cinta?


Kehadiranmu pelengkap hidupku. Hari-hariku hanyalah berpaksi cintamu.

Namun, jika ini cinta mengapa kita harus berjauhan? Haruskah kita perlu menanggung kerinduan. Rasa rindu ini amat menyakitkan. Mengapa cinta ini penuh dengan kesepian? Hari-hari yg ku lalui kosong. Adakah cinta ini milik kita? Jika benar, mengapa biarkanku melewati jalan sepi ini sendiri? aku dah tak mampu untuk hadapinya. kalau benar cintamu hanya untukku, mengapa biarkan aku menanggung kesepian!

tolong sayang kembali utk mewarnai cinta ini. jgn biarkan aku hanyut. hati ini sudah lelah utk mengharunginya sendiri..

Thursday, June 9, 2011

cont.: I'm back to hometown



kasut adik.. comey!

Kasut anyah!

kasut Mikael. Dia suka sangat dpt kasut ni.. boleh lari lg laju!

aku sambung cerita pasal balik kelantan. Eventhough ni bukan kg aku, tapi aku dah buat mcm umah sendiri. Entah la, aku tak tau kenapa aku lebih selesa balik duduk umah papan mak mertua aku ni dari umah batu mak aku. Jangan tanya kenapa, aku tak mampu nak jawab. macam yg aku ckp sebelum ni. Jangan bg tau mak aku apa yang aku cerita kat sini. Aku tak nak dia tersinggung. Sebab aku ada alasan aku tersendiri...

Ok, kalau korg nak tau di kelantan. kalau buat kenduri doa selamat, biasanya org2 kg akan bwk buah tangan utk tuan rumah. Diorg akan bwk gula at least 1kilo seorg. or else susu pekat 1 tin. So mak mertua aku dapat gula 215kg gula! disaat harga gula naik, mak mertua aku ada beratus2 kilo gula di rumahnya.. inilah keunikkan kelantan yg tak ada di negeri lain.

apa lg aku nak cerita, ha! pasal gi mundok ari tu. wei korang.. klu la ada org ajak pg munduk. baik jgn ikut. Buang masa je baik gi rantau panjang. Munduk takde apa yg istimewa. Dah la tak selamat, lps tu takde byk pilihan. dan pulak berdebu! better jgn pg la. Nak brg murah2 gi rantau panjang. sana lg byk pilihan. ok.. kat sana aku cuma beli baju Ben 10 utk budak2. Happy bukan main smpai terus pakai xbasuh lg.

my warriors.. yay!!

kasut2 di atas aku beli kat wakaf che yeh.. 3 pasang tu aku dpt rm105. boleh la.. budak yg jual kasut ni pun cute! pakai kopiah lg.. hehehe... seronok tengok budak2 ni appreciate apa saja yg aku beli tanpa sebarang complain. Terima kasih anak2 ibu..

aku dah ngantuk.. nnt esok aku sambung la.. klu aku ingat la.. yea.. tata

Wednesday, June 8, 2011

Diary 8 June 2011

semua dah tumbang! hahaha

Semalam takde yang menarik yg boleh di share, cuma petang tu aku hantar Sham (adik aku) gi LCCT.




gembira sungguh si kecik ni.. muka comot makan kit kat..

Monday, June 6, 2011

just for abah


Photo for today.. Fuzael happy swing around with his new shoes.. he so cute! kan dear.. i hope u like it!

inilah ceritanya

Hari tu aku dah upload gambar ni..kali ni aku upload lg.. bertambah dialog lg.. korg tatap la.. aku ni tak berapa kreatif.. tp boleh la.. heheh







Saturday, June 4, 2011

i'm back to hometown

Psst... apa yg aku nak tulis ni jgn bg tau mak aku tau. ada part yg aku xbg tau dia.. hehehe... janji tau!

aku balik kelantan tanpa boss... SO INCOMPLETE! klu bab gi jln2 shopping aku suka la klu dia xde. tp most of the time aku rasa mcm kekurangan. Sebab selalunya dia ada, tp kali ini dia xblk bersama... setiap org yg tanya "eli tok kelik ko?" aku sedih je nak jawab... tp ku pendam dalam hati.

ok aku mulakan diary aku ni dengan kenduri kahwin Faiz, adik bongsu boss. Segala persiapan dibuat sederhana. Bilik pengantin cantik. Hantaran superb! almaklumlah, anak bongsu so boleh tahan la.. hehehe dlm hati aku ada rasa sayu sebab dulu, kenduri aku ala kadar. Sebab boss penjimat. Dan kini aku bersyukur kerana dianugerahkan suami 'kedekut'. kerana dia kedekut, aku dapat kehidupan seperti ini.. Terima kasih sayang...

Malam, 29 May 2011 hari pernikahan. Alhamdulillah sekali lafaz Mohd Faiz sudah sah melangkah ke alam baru. Aku doakan semoga kehidupan barunya ini berkekalan dengan penuh warna kebahagiaan sepanjang hayat mereka.. amin.. tahniah ayah su..

Aku yang menjadi fotographer tak bertauliah dah mula buat masalah. Memory card tak bawak!! pulak dah.. mengamuk puak2 ni la.. nasib baik ada sorg tu bawak memory card, so then bermulalah aksi berposing. Tapi problemnya malam.. build in flash ni tak berapa bagus.. so next budget would be speedlight.. hehehe boss pun dah approved. Thanks dear

30hb May 2011, hari persandingan di rumah pengantin perempuan. Pakaian serba pink.. aku xnak pakai sebab malas la.. bukan dapat bergambar pun kan.. sibuk. Fuzael asyik merengek tak nak ngan org lain. Nasib baik lps tu dia nak ngan Seman, sepupu boss. Seman la duk jaga dia.. terima kasih man.. jasamu dikenang. takde apa yg menarik utk aku ceritakan. gambar2 aku dah upload kat FB aku.. nanti la aku upload kat sini selepas aku edit cantik2 hehehe..

31hb May 2011, aku ikut Faizah gi Munduk Siam. Orang ramai, tapi aku tak tau apa yg menarik kat sana.. baju kanak2 sama je design di semua kedai2.. mainan pun xde yg menarik. Cuaca panas terik!! pedih muka.. mmg penat giler.. aku beli baju Ben 10 utk anak2.. Happy je budak2 ni dapat baju baru hehehe... takde complain.. bagus anak2 ibu.. mlm tu plak aku gi wakaf che yeh. beli kasut adidas utk budak2 ni.. comey giler fuzael pakai kasut. satu hari suntuk aku berjalan di KB dah mcm ibu tak ingat anak aku jdnya.. balik umah kul 11 anak2 dah terbongkang tido.. siannya.. takpe ibu dah beli kasut & baju baru kan?? hehehe

opss!! ada keja sket.. nnt aku sambung ok .. da...