Monday, June 21, 2010

Diari all-in-one

11 June 2010 - Friday

Lelaki tercinta di offshore call esok, flight pagi kul 6 lebih. So touchdown KLIA dlm jam 8 lebih am. Nak kena kejut hero2 jawabnya. Lps tu aku kena bersolek awal! Nasib baik esok. Sebab esok last day period aku... Korang fikir la sendiri. Malas aku nak taip cerita buang masa tu. Siang tu bukan main lagi aku mencari bulu mata palsu. Tapi yg nyatanya aku tak reti pakai! Macam mana tu?

Malam tu aku practice pakai make up. aku buat video call ngan abg nak bg tau bersemangat aku nak fetch dia kat KLIA esok! Sampai aku tido pun nak pakai make up! takut esok pg aku terbangun lewat tak sempat aku nak make up2.. almaklumlah amatur...

12 June 2010 - Saturday

Abg dah sampai. Fuzael tak kenal. dia takut dengan abah dia sendiri. Mula-mula macam tu la. Dah lama-lama esok... Hari ni takde apa-apa yang menarik. Just lepak2 kat rumah... huhuhu malas la aku nak layan korang... Abg bawak balik camera sempoi punya & ipod nano... aku suker!! cuma ipod ni aku tak suka sbb nak kena beli lagu.. ceh! betul2 buat duit!

13 June 2010 - Sunday

Attend kenduri kesyukuran rumah adik ipar aku di Sg Buloh. Makan kambing. Tapi aku tak makan. Aku sayg kambing. Takde apa yg menarik melainkan semua adik beradik aku & mak datang. Semua adik-adik aku dan bini-bini diorg datang. Bukan senang nak dapat keadaan mcm ni. Aku suker!! Tapi mak aku suka buat spoil!! aku nak amik gambar dia tak nak. Malu katanya.. kekadang aku bosan jugak dgn sikap mak aku ni.. tapi nak buat mcm mana.. takpe nnt family day aku akan make sure semua kena ada... yihaa!!!

14 - 17 June 2010

Takde apa yang menarik. Cuma abg janji nak tukar sofa baru! huhuhuh

18 June 2010 - Friday

Kul 10 am Bertolak balik PC. Fuzael tak berapa nak tido. Rafael tak sabar2 nak sampai umah Tok Chek dia.. asyik tanya bila nak sampai.. adeh.. Yg Kael... mcm biasa asyik nak tengok video... Perjalanan siang ni betul2 memenatkan berbanding malam. Cuma malam ni mengantuk. Siang ni macam2 hal. Nak kencing la nak berak la.. lapar la.. tak ketinggalan panas.. almaklumlah.. tinted city tu dah 4 tahun usia dia.. dah ada yg mengelupas! nak kena tinted baru. bila tu agaknya. Kalau dengan Mohd Elias tu byk kali postponed! Kul 4 pm sampai Pulai Chondong. Nampaknya kedai2 yg terbakar tu ada yg dah mula nak naik semula. Aku lupa pulak nak amik gambar..
Rafael & Kael jejak je kaki ke tanah kelantan... terus berlari mengejar ayam dan kucing! Kat KL takde. Kat kg je la boleh jumpa... lantak korang la.. janji jangan lari jauh2.. Tu la kat kg ni anak2 aku seronok sgt. bebas pergi ke mana saja asalkan di sekitar rumah. nak pulak jiran Chek (aku tak ingat nama) ada anak kecik jugak. So boleh buat kawan la..

Yg paling best kat kg ni.. tido waktu malam.. syok sgt! tak payah pakai aircond. Sedap tido sampaikan si Fuzael tak sedar langsung! tido nyenyak sampai ke pagi! aku pulak asyik2 terjaga sebab dah biasa. dgn suhu sejuk kipas atas kepala, tilam sejuk + empuk! aku sengaja tak nak pakai kelambu sbb kelambu ni block angin sejuk. Aku just sapu cream anti nyamuk kat seluruh tubuh budak2 tu.. InsyaAllah takde gigitan nyamuk.

Sedapnya tido. Ayam berkokok pun tak sedar2

Si adik nak kejutkan abg dia yg liat nak bangun

Bangun je tido terus nak keluar umah bermain. apa nak jadi la..



Ada lagi cerita tapi aku nak buat kerja dulu.. nnt aku sambung lagi.. tata..




No comments:

Post a Comment