Saturday, May 1, 2010

Operation palate

Hahaha.. seronoknye.

Check in ward Khamis, 28th April 2010. Ok la service private wing kat HUKM ni. tak de la sakit hati dengan nurse bengong+kerja tak ikhlas. Stay dlm deluxe room. So, Anaest suruh Fuzael start puasa kul 6 pg sbb operation dlm kul 1.30pm. Sengsara jugak la sbb pg2 Fuzael dah biasa makan nestum. So jenuh la aku membawa berjalan keliling ward. Bg dia jgn rasa lapar la.. tapi bila dah dekat kul 1 dia dah takleh pujuk2 dah. Meraung-raung kat area OT. Lapar + sejuk tak pakai baju. Sampai nurse dah naik rimas cepat2 bawak kitorg masuk OT. Masa tu tuhan aje yang tahu betapa berdebarnya aku. Aku takut jd mcm 1st operation. Tak sanggup aku tengok dia masuk PICU lg. sedih rasanya. Tak putus2 aku berdoa semoga Fuzael selamat. Aku serahkan nyawa anak kesayangan aku di tangan doktor-doktor pakar. Setelah 5 jam aku menunggu dengan penuh debaran, sampai aku nak buang air kecil pun ku tahan, nurse dtg cari aku & bg tau anak aku selamat... Alhamdulillah.. aku dibenarkan peluk dia. Lama jugak la aku kena dukung dia. naik lenguh pinggang & tangan. tu tak campur aku nak kencing. takpe ku tahan jugak sbb aku nak Fuzael tahu aku sayangkan dia. Tak lama lepas tu, Fuzael membuka kelopak mata dia. dia tengok je muka aku. aku senyum kat dia, & dia balas. Tuhan aje yg tahu perasaan aku masa tu. Syukur tak terhingga dia selamat. Mcm dia nak bg tau aku, "ibu, adik dah ok. Ibu jgn risau ye".
Wajah Fuzael sebaik keluar dr OT

Tapi... ha.. bila naik je ward, bermula la mimpi ngeri aku. Ubat bius dah mula hilang. Dia dah mula rasa sakit. Masa tu la dia menangis sakit tak terkira. Nurse cucuk kat punggung dia ubat tahan sakit. dia terus tido. Tpi aku ingat lama la, sejam lepas tu dia menangis balik. sampaikan jarum kat kaki dia tercabut, darah memancut atas lantai, baju ngan seluar aku & cadar katil. Ubat tahan sakit 6 jam konon... 2 jam lps tu nurse masukkan ubat tahan sakit ikut bontot. dia tido lg. cuma kali ni lama sikit la. aku pulak takleh tido. aduh... dugaan, takpe aku redha... ada hikmah disebalik dugaan ini.
Tak pernah aku minum kopi kacip fatimah. kali ni aku kena minum. Takut aku sakit kepala mengantuk kesian kat Fuzael nnt. hari ke dua lps operation baru Fuzael dibenarkan minum susu. Menurut doktor, Fuzael hanya boleh makan nestum lps sebulan or dua bulan surgery. Mak aih! lamanya, susut la Fuzael nnt.

Takpe la. so buat masa ni ini je la yg sempat aku taip. esok aku tambah lg cerita for leisure reading

No comments:

Post a Comment