Monday, May 24, 2010

Cerita Cinta.. ewah!

Seperti biasa tiada apa yg menarik utk aku paparkan di sini. Aku bukan family Kardshian yg ada je aktiviti menarik utk tayangan umum. Buat menambah taik mata org nengok ada la.. Life aku ada rutin yg biasa saja. Bangun pagi hantar the boys pg sekolah, kemas rumah, basuh baju, sidai baju. Kalau Fuzael tak tdo bwk dia gi shopping. tengahari amik the boys balik sekolah, then tdo.. huhuh tu je la rutin aku. takde menarik. Kalau ada extraordinary xtvt pun.. masa shopping tu ler...

So meh la bercerita tentang Cinta. How far would u do for love? Sebab pada pendapat aku, cinta itu indahnya hanya pada fasa permulaan. selepas itu ianya perlukan lebih banyak pengorbanan sebenarnya. Korbankan prinsip diri, kita tak boleh nak ikut je kehendak & karenah kita sendiri.. klu org asyik nak ikut kehendak kita, ha! sendiri pikir la jawab nya bai.. kita juga akan korbankan masa. Masa tido yg lena kerana duk teringat kat si dia.. ewah! Masa makan ngan member2 ketawa sebab kena makan dgn dia. Tapi masa dating korg makan ke? hahah bukan ke tengok muka dia dah kenyang? hahaha jawab ler...

bukan itu saja.. kita juga korbankan fikiran kita dengan memikirkan si dia yg entah apa dia buat sekarang. buat menambah neuron dlm otak je. Fikir mcm mana nak pujuk dia. Fikir apa nak beli hadiah utk birthday dia.. hahaha.. aku suka fikir.. tapi husband aku tak suka pk benda2 remeh ni.. aku rasa otak dia klu di bedah, saraf neuron dlm otak dia cantik kemas. Sebab dia tak suka fikir.. No. IC aku pun kekadang dia tak berapa sure betul ke tak... Dalam otak aku.. tersemat kemas no IC dia.. no pin ATM dia. haha makin jauh aku tersasar menyimpang!

Cuma aku lately ni nampak byk org sanggup buat personal loan utk kahwin. Sebab apa yea? adakah puncanya pihak perempuan demand tinggi sebab nak buat kenduri meriah & berwarna warni? Tidakkah mereka2 ini fikir semua itu bersifat sementara. Hanya kepuasan dlm sehari sedangkan perkahwinan itu permulaan satu kehidupan yang menuntut lebih byk kewangan kalau nak dibandingkan dgn majlis sehari? Kalau mampu apa salahnya. Tapi kalau tak mampu kenapa nak jugak? Aku ni bukan pakar bab merencana majlis kahwin pun. Apa salahnya buat ala kadar ikut kemampuan. Tak payah la nak berpelamin, nak bersalin2. Cukup sekadar bilik pengantin, makan2 & solekan artis.. Orang nak mengata? Biarkan. Bukan diorg nak bg duit pun. Janji makan sedap sudah..

Sebab kalau buat loan utk kahwin.. bg aku ler tak berbaloi. Lain la klu buat loan utk beli something yg boleh pakai lama.. berbaloi baloi.. hahaha...

alamak.. anak aku ajak tdo.. esok la aku sambung.. biarkan topik ni tergantung sementara,, yg pasti esok aku bz bwk Fuzael check up telinga dia yg bernanah...

No comments:

Post a Comment