aku baru balik dari rumah mak. ada kenduri tahlil arwah abah (rindunya kat abah) & doa selamat. Minggu depan Ely kahwin.. seorang lagi adik aku akan bertukar status..
Balik kali ni banyak cerita. Mak mengadu adik nak kahwin ujung tahun ni.. actually tahun depan tapi mak dah salah dengar. Klu ujung tahun ni aku sendiri pun tak setuju. Giler ke, kerja baru je dapat lepas tu penat uruskan kenduri Ely pun tak hilang lg dah nak kena ngadap lagi satu kenduri. Kalau tahun depan ok la.. sempat la si adik cuba kumpul2 duit. Tapi mak tak setuju. bagi dia adik kena tunggu lg dua tahun at least.. Inilah padahnya bila bercinta & selalu berjumpa. Bagi aku takde masalah asalkan masing2 tahu halal haram. Sebab aku sendiri pun bukannya bagus sgt pun. Kalau dah ini kebahagiaan adik, aku doakan semoga mereka berdua diijabkabulkan.. hehehe nak jd kakak sporting la konon...
Tapi mak tetap membantah. aku cuba kumpulkan ayat2 skema aku. Bagi aku tak elok kalau mak nak halang. cuma aku letakkan syarat pada adik, dia tak boleh putus kewangan dengan mak. dia kena bg tiap2 bulan. Cuma sekarang ni aku tak sure Ayoi dapat kerja kat mana. Kalau jauh maknanya Adik still kena hantar mak pg kerja. Sbb dia tak lama pikul tugas tu. Sham & Ely dah kena handover kat mamat nih. Expecially Sham. Dah lama benar dia jd driver mak. Yang mak pulak tak nak amik lesen. hmm.. klu la mak ada lesen keta.. mesti dia selalu lepak kat umah aku.. lps tu mesti dia buat mcm umah dia sendiri, tanam pokok ikut suka dia.. Tu belum lg dia suruh aku renovate umah aku ni ikut selera dia.. hahaha... tak bley yea.. this is our 1st house.. let we decide it.
Makin lama aku cucuk mak, makin lembut sikit hati dia. Buat sementara ni la.. esok lusa aku tak tau sbb aku dah balik umah aku.. huhuh pandai2 la ko dik..
lps tu kitorg berbicara pasal poligami. Aku bukan nak mengharamkan. cuma aku bukan org yg layak utk terima payung emas. Aku pendendam orangnya. Bukan mudah utk memujuk hati aku bila sudah terluka. Sekali aku terluka, aku tak akan berpaling. So life bermadu tak sesuai utk aku. kerana aku takut kerana hati aku yg pendendam ini, suami aku akan didakwa di akhirat.. So dear, I hope u understand. I know u gonna say.. not this topic again.. tapi inilah prinsip saya.
Apa yg aku belajar, bukan senang hidup berumahtangga. 2 org asing ingin hidup bersama. Banyak tanggungjawab seorg suami. Mak kata byk pahala klu hidup bermadu. bukan calang2 org leh dpt payung emas.. Tapi kenapa Tuk guru Nik Aziz tak berpoligami? Kebanyakkan org2 berilmu agama ini, tidak berkahwin lebih dari satu. Sebab mereka tahu tanggungjawab seorg suami amat berat. Nak memikul tanggungjawab seorg isteri & anak2 juga tak tertanggung, inikan pulak nak tambah bini?
Aku teringatkan seorg kawan lama. Dia dijodohkan dengan seorg pakar agama yg bertugas diluar negara. Walaupun dia seorg pakar agama, tapi tetap mengigil sebelum upacara akad nikah. mungkin dia berfikir tanggungjawab baru yg bakal dia pikul sebaik saja pernikahan itu sah.
Org yg dah berpoligami ini boleh aja berkata dia layak, mampu dr segi kewangan & dia boleh berlaku adil. ewah! senang aja ya! Entah la.. aku tahu ramai yg tak bersetuju.. but for me.. takkan ada lelaki yg mampu berlaku adil.. sebab adil itu subjektif.. 2 isteri 2 ragam. Nak tambah 3 & 4.. berbagai2 ragam. bukan ke empat-empat bini punyai citarasa yg sama.. kena sorg bini taste besar... yg lg sorg jenis tak kisah.. so akan terjadilah ketidakadilan disitu tanpa sedar...
& selepas berbual ttg poligami, beralih topik pula pada suami yg gemar berskandal.. hahaha.. itu satu hal la.. tp si isterinya pula seperti berdendam pada suaminya. Dulu suri rumah, dan kini sudah berkerjaya. Yang menjadi mangsa pada perbalahan ini pasti si anak2. Terabai kerana si isteri duk mengekori suaminya, takut suaminya main kayu 3... Ini aku tak boleh terima. Rumah berselerak. Anak-anak dibiarkan hidup sendiri tanpa ibu & ayah di rumah. Ayah sibuk bermain bola. Ibunya pula sibuk bermain tenis! apa kes?
Kalau aku la.. jd isteri mcm cerita di atas, aku akan jaga anak2 aku sebaik2nya.. lps tu aku akan mencantikkan diri. Belajar memasak sedap2. biar si suami itu sedar akulah isteri yg terbaik! So dia takkan cari perempuan lain. In my opinion la.. aku pun bukan perfect sgt pun. Tapi aku tak sanggup tinggalkan anak2 terbiar mcm tu. Anak2 nyawa aku dunia & akhirat. Biar mcm mana keadaan aku sakit susah senang, anak2 kena sentiasa bersama aku. Membesarkan anak2 aku dengan kedua tapak tangan ini semampu yg boleh. hingga akhir usia aku. Itu janji aku pada Allah.
wahai suamiku tersayang. I know u love me so much, & so do I. Saya berharap kita sama2 menyemai cinta kita nan satu ini dgn kasih sayg tanpa sempadan & penghujungnya. Demi anak-anak kita. Baik buruk antara kita, terima seadanya. Sebab yg apa buruk ttg abg, baik utk saya.. & u love me as what & who I am.. u never complain. Susah senang kita harus hadapi bersama. I know u will sacrifices anything u had for our kids & me. Thank you dear.. thank you so much..