Monday, November 23, 2009

My Fuzael...

Maid baru ni betul2 buat aku headache... aku tak sure sampai bila aku leh tahan rasa fed-up aku... tapi yang sure & confident aku dah nekad 4th Dec 2009 (Birthday aku nih) aku last day. For sake of Fuzael... i want to take care of him more than anything.. (ya la plus the other 2 boys).

Ptg nnt aku nak bawak si Fuzael gi Hospital Pantai. Nafas dia still berbunyi. Aku jadi risau..

Tadi aku tengok FB ternampak satu gambar. Lawak giler aku tengok gambar tu. bukan pasal gambar tu lawa tp pasal owner tu tag gambar tu... hahaha.. tuan punya badan tau la pasal apa...

Thursday, November 12, 2009

Hensem giler babas!!!


aku tengah cari gambar lps tu bila tengok gambar ni balek.. aduh.. klu awek kat luar2 sana nampak dia mcm ni mesti ada yg nak calit mamat ni ngan minyak senyonyong or seangkatan dengannya... risau aku beb!! sapa tak risau berlakikan lelaki hensem giler babas!!! aku pulak tak cun adeh!!!...

Dia boleh berjanji apa saja tapi hati ini tetap ada kerisauan. Allah akan uji bermacam-macam cara. Nak pulak dia kerja jauh dari pandangan. Memang banyak dugaan. Orang akan buat apa saja untuk dapatkan apa yg dia nak. Kalau pompuan dah syok giler kat dia ni.. dah tu lak mana la tau dia nak test market.. Allah palingkan sikit hati dia... ha!! masa tu nak nangis dah tak guna dah. Sekali terkena sampai bila2 takleh lupa. Cuma aku sebagai isteri sentiasa sematkan dalam hati. Aku tak akan cuba walaupun sekali. Cuba untuk mendekatkan diri dengan zina. Kerana bagi aku Allah sentiasa perhatikan hambaNya. Aku hanya takut pada hukuman dia. Kalau tak hukum dia dunia, di akhirat aku akan kena jugak. 

Aku akan selalu kunci hati aku agar tidak mudah tunduk pada hasutan syaitan. Kerana aku sayangkan keluarga aku. Itu matlamat hidup aku sekarang.

Wednesday, November 11, 2009

24th Nov in coming...

 Hari Jadi Kael dah dekat. Nak buat jamuan ke? aku ingat nak order cupcake utk dia.. 

cake ultraman macam ni. tapi sure abah dia bantah nnt. budget tak approved!! chait!!

Resignation and retraction

Isnin lepas aku tender surat nak resign. Tapi hari ni aku tarik balik. Banyak benda aku fikir.. terlalu serius memikir sampai aku migrain & muntah2. Serius betul!

Aku nak keja, tapi dalam masa yang sama aku nak jaga anak-anak aku sendiri. Maid insyaAllah petang ni dapat. tak tau la macam mana orangnya. Kalau ok Alhamdulillah. Boleh aku kerja lagi. kalau tak kena tender lagi la jawabnya.  Aku suka keja kat sini. Bukan apa, tak ramai bos yang mcm bos aku sekarang. Understanding, tolerate ngan situasi aku ibu tunggal sementara. Next week abg gi Langkawi. keja part time kat sana. Kalau boleh aku nak ikut dia gi jalan2, sambil2 cari duit lebih sikit jual pinggan. Hmm... boleh ke? Cuba je la.. La ni business jual popia goreng sambal aku masyuk!! dah dapat byk order ni. Ujung minggu ni banyak la keja aku. nak menggulung dan menggoreng. Takpe, cari duit lebih sikit. Rezeki tu.. mana la tau dengan popia goreng ni leh dapat duit tampung2 cuti tak bergaji aku tu... hahaha...

Kael muntah2 hari. Sedih aku rasa tak dapat jaga dia. Tapi takpe, abah dia ada. biar abah dia jaga pulak. Aku minggu depan pulak bersilat dgn budak2 3 beradik ni sesorang. Chek dah balik kg. Lagi pun minggu depan Kael dah tak sekolah. So sehari suntuk la diorg tu sepahkan umah nnt. Hmm.... 

Aku dah malas nak fikir lg kang tak pasal2 muntah2 lg. So biar keadaan yg menentukan. Kalau maid ni bagus.. aku terus kerja.. kalau tak bagus hehehe.. berenti terus la jawabnya...

Wednesday, November 4, 2009

Life is like a puzzle....

Now I'm listening song "The Show" from Lenka.. i like the lyrics... just nice... but yea.. i'm not a little girl anymore...

I'm just a little bit caught in the middle

Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go, can't do it alone
I've tried and I don't know why

Slow it down, make it stop or else my heart is going to pop
'Cause it's too much, yeah it's a lot to be something I'm not
I'm a fool out of love 'cause I just can't get enough

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go, can't do it alone
I've tried and I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out, it's bringing me down
I know I've got to let it go and just enjoy the show

The sun is hot in the sky just like a giant spotlight
The people follow the signs and synchronize in time
It's a joke nobody knows, they've got a ticket to the show

Yeah, I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go, can't do it alone
I've tried and I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out, it's bringing me down
I know I've got to let it go and just enjoy the show
Just enjoy the show

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go, can't do it alone
I've tried and I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out, it's bringing me down
I know I've got to let it go and just enjoy the show
Just enjoy the show, just enjoy the show

I want my money back, I want my money back
I want my money back, just enjoy the show
I want my money back, I want my money back
I want my money back, just enjoy the show

Tuesday, October 27, 2009

Idea...idea..

Semuanya hampeh! banyak idea. Banyak sangat. Tapi ekonomi tak mengizinkan. Hampa... apa boleh buat. Pengurus kewangan sekat semua idea. Idea kini menjadi angan-angan. Otak sesak hati senak. Memikirkan idea yang tak terluah. 

Dulu alasan rumah sewa. Kini rumah sendiri timbul pula alasan duit tak berapa ada. Kerja tak menentu. Income tak berapa tetap. Bila agaknya? Hmmm... tak tau la...

Pakai sisa orang. Pakai buangan orang. Jadilah... Malas dah aku nak complain. Simpan aje semuanya... simpan sajalah...

Monday, October 19, 2009

Cleft lip and palate

Yes.. my Fuzael is cleft baby. Thats why aku tak letak gambar dia. Aku memang ada niat nak letak tp takde intention nak aibkan dia. Aku nak jadikan panduan for other parents yang mana ada baby cleft. Tapi ada kawan aku syorkan jangan letak gambar dia langsung kat web. So aku cuba sedaya upaya utk dptkan gambar yg tak tunjukkan cleft dia. Takpe la.. after 1st operation nanti aku letak gambar dia kat sini. 

Aku call En Zainal, pengerusi CLAPAM. banyak info aku dpt dari dia. So hari ni aku join dlm group SMILE dlm facebook. aku nak bercampur dengan parents yang sama macam aku. Alhamdulillah dengan ujian-Mu ini, aku semakin tabah. Dan sesungguhnya aku amat menyayangi Muhammad Fuzael. 

Tuesday, October 13, 2009

Stress, body ache & pain killer pill...

Maid lari isu biasa. Seperti ada banyak peluang pekerjaan utk maid2 ni kat luar sana.

Bila maid lari, suami dan isteri ada bersama, keadaan still boleh handle. Tapi kalau maid lari suami outstation, isteri seorang diri kena jaga 2 orang anak + 1 baby. Keadaan menjadi kelam kabut. Aku memula frust jugak bila kita treat maid ni baik, beli baju raya, bagi gaji even dia tak sepatutnya dapat gaji lagi tapi lari macam tu je. Nasib baik la aku ada kat rumah. Aku dah malas nak fikir. Kalau aku fikir aku jadi stress. Seharian aku jaga anak2 aku. Memang menguji tahap kesabaran. Masing2 dengan kenakalan masing2. Dan buat aku sakit2 satu badan. Sampai aku tak larat nak berjalan. At last aku telan pain killer pill... hilang semua lenguh2 kaki dan sakit badan. 

Tapi sampai bila aku boleh bertahan. Hanya Allah saja yang tahu. Banyak betul ujian-Nya...

Thursday, October 8, 2009

Bos lama...

"Stailo ko sekarang yea"

hahaha aku dah gelak dengar bos lama aku cakap macam tu. Dulu masa aku keja ngan dia bukan main lagi dia hentam aku, kata aku dressing macam budak sekolah. La ni aku dah berbeza. 4 tahun dulu memang aku tak pandai dressing. Just pakai baju kurung je. La ni pandai aku dress up sikit. And semlm aku dah capai kemenangan.. hmm... 

Tuesday, October 6, 2009

Al-Fatihah

Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita anak kawanku yang berusia 4 bulan meninggal dunia. Aku bergegas pergi ke HKL. Sempat aku melihat buat kali pertama dan terakhir Aqil Hafizuddin. Menitis air mata aku bila melihat sekujur tubuh yang sangat comel dan tebam di bilik mayat. Aku teringat pada Fuzael yang lebih kurang sebaya dengan Allahyarham. Tak mengapa anak ini akan menanti ibu dan ayahnya di syurga nanti.

Sebab kematian tak dapat di sahkan kerana ibu dan ayahnya enggan melakukan bedah siasat. Namun ada yang mengaitkan dengan kecuaian baby sitter. Terasa sedih dengan pemergian anak kecil yang comel. Walaupun aku tak sempat bertemu dengannya sewaktu dia hidup. Tapi aku percaya dia seorang anak yang cukup riang. 

Al-fatihah buat Aqil. Semoga Aqil bergembira di syurga menanti mama dan papa di sana....

Sunday, October 4, 2009

Spital Gomen

Aku kalau boleh nak elak pergi spital gomen. Banyak bad experience aku ngan spital gomen nih! Pagi tadi aku bawak Fuzael gi spital gomen la. Dah buat appointment last week through phone. Sampai dlm kul 08.15 am. Cari parking keta aje dah dekat setengah jam. So aku park la kat luar. Jauh jugak la walking distance dia.. nasib baik aku bwk stroller. At least Fuzael lena dlm stroller tu. Lepas tu aku masuk klinik surgery.. mak aih.. punya la ramai orang menunggu. Ok la lagi. Lepas tu menunggu nak amik nombor dah abih sebotol susu Fuzael.. Hangin dah aku masa tu. Dah la kena tazkirah ngan satu pakcik ni. Boleh sakit kepala aku dengar. Tapi mak aku tak ajar aku biadab. So aku dengar dengan penuh kusyuk tazkirah di pagi isnin yang menyesakkan. Suruh aku banyakkan bersabar dalam membesarkan anak istimewa. Tapi dia tak tau aku tengah bersabar menunggu nombor sambil mendengar tazkirah dia tu. Aduyaiiii...

Bila dah dapat no masa tu dah pukul 10 (imagine la berapa lama kena tunggu) terus aku pegi kat area bilik2 doktor. Ramai yang dah terlena menunggu... ini la dia 1Malaysia : Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Dah la no giliran melompat2.. aku dapat no 2009, aku excited la nampak kat pintu bilik tu nombor 2008. Dah la lama menunggu sampai susu Fuzael yg botol kedua dah nak abih, nombor tu boleh melompat lak gi 2010. Si Fuzael dah meraung2 nak tido. Dah 2 kali dia bangun tido bangun tido, tak settle2 lagi urusan check up dia. lepas no 2010 dia boleh pegi no 2003. apa punya ISO la spital ni. Dah la aku tak larat jawab soalan yang sama dari orang2 yang prihatin bila tengok Fuzael. Tapi mcm aku ckp td. Mak tak ajar aku jd biadap. So aku beramah la menjawab soalan. Masa ni aku aku harap "Lelaki tercinta di offshore" ada. Hmm... apa boleh buat. Kehidupan zaman sekarang memaksa kita berjauhan. Dia pergi berjihad, aku disini membesarkan anak-anaknya. InsyaAllah, semuanya untuk masa depan anak-anak.

Balik pada cerita spital gomen. Aku actually dtg spital ni sebab nak mintak doktor buat surat sokongan je. Aku pun tak faham kenapa susah sangat. Aku kena tendang mcm bola, tanya doktor, doktor kata takleh buat kena gi Record Dept. Pegi Record Dept, diorg jawab doktor yang kena buat. Sebab kata PIC Record Dept tu klu diorg buat makan masa 2 bulan. Aku pun tak faham kenapa diorg tak faham surat apa aku nak. aku siap bawak borang nak bg diorg faham tapi..  entah la. sakit hati pun ada. Fuzael dah melalak mintak susu. Susu lak dah abih. aku terpaksa bg dia air mineral. Sebab susu tepung semua ada kat dlm keta. Aku tak sangka la pulak service spital ni lembab giler. Aku dah malas nak duk lama-lama kat spital gomen tu aku pun balik. masa tu dah kul 1230pm. Matahari terik. Kesian Fuzael. Nasib baik aku beli stroller yg cover dia penuh. So dia tak kena sinaran matahari la. masuk dlm keta aku buat susu cepat2... terus lena dia dlm keta. Tu pasal la aku tak suka beranak kat spital gomen ni. Ramai yang suka lepas tangan. Tak berani buat la.. tak tau nak buat la. 

At least aku pegi takde la sia-sia. Date nak operate Fuzael dah dapat. Paling awal 24th Dec 2009. Lambat lagi la.. hmm... Satu lg klu nak buat 2nd operation lepas dia umur 8 bulan. aku terfikir macam mana dia nak makan nanti? hmm...

Thursday, October 1, 2009

Ibu kuat ker?

Kael : Ibu ni kuat

Aku : (Kerut dahi) Kuat? Naper abg kata ibu kuat?

Kael : Ye la ibu kuat. Ibu makan cili banyak

Aku : Ye la naper abg kata ibu kuat? ibu kuat apa?

Kael : Ibu kuat pukul abg pakai hanger.

Aku tergamam. Dia masih teringat insiden aku pukul dia pakai hanger sebab dia kacau adik dia sampai nangis. Fuzael tengah leka menyusu ditariknya bantal di kepala Fuzael. Meraung budak tu jadinya sebab terkejut + sakit kepala terhentak ke bawah. Aku naik gila bila tengok insiden tu terus capai hanger pukul kat kaki dia. Masa tu rasa geram sangat. Allah saja yang tahu betapa marahnya aku waktu itu.  Dah lebih seminggu berlalu. Tapi Kael masih ingat lagi. Itu kali pertama aku pukul dia. Sebelum ni takat tarik telinga. Aku selalu tak boleh control. Tak tau la.. either aku ni garang ke or anak-anak aku yang lasak? Kalau aku malas nak pukul makin menjadi-jadi diorg berdua. Makin galak gelak ketawa bila puas merosakkan barang-barang kat rumah. especialy si Rafael. Aduh, betul-betul mencabar kesabaran aku. Kalau tak sabar memang dah lama kena pelempang budak-budak ni. 

Wednesday, September 30, 2009

Disleksia

Malam semalam aku melayan cerita hindustan. Aku bukan jenis yang minat giler ngan hindustan. Tapi ada satu movie ni memang buat aku tak berganjak dari depan tv. And aku tak malu nak mengaku aku menangis teresak-esak tengok movie ni. Tajuk dia Taare Zameen Par. Lakonan Amir Khan dan Darsheel Safary. Aku tak henti-henti membayangkan Darsheel Safary ni macam Mikael. Raut wajah Darsheel Safary serupa macam bentuk muka Mikael.

Cerita ni mengisahkan Ishann (Darsheel Safary) kanak-kanak berusia 8 tahun yang dunianya penuh dengan imaginasi. Taksub pada sesuatu yang orang lain tak hargai. Dia begitu gemar melukis hinggakan dia boleh melukis lukisan yang begitu luarbiasa. Imaginasinya di luar kemampuan kanak-kanak seusianya. Namun kebolehannya ini tidak dianggap penting oleh ibu dan ayahnya. yang mana mereka lebih mementingkan pembelajaran. Ishann mempunyai masalah penerimaan pembelajaran. Dia sukar membaca, menulis dan mengira dengan betul. Oleh kerana itu, Ishann selalu memberontak. Ayahnya bertindak menghantarnya ke sekolah berasrama yang penuh displin. Ini membuatkan Ishann lebih tertekan. Semua guru-guru di sekolahnya tak putus-putus menghukumnya dan digelar pemalas dan bodoh. Akhirnya dia sudah jauh dari dunia realiti. Dia sentiasa ketakutan, murung dan tersisih Hinggakan dia sudah tidak mahu melukis, sesuatu yang paling digemarinya.

Satu hari datang seorang guru ganti lukisan, Ram Shankar Nikumbh (Amir Khan) yang lebih gemar murid-muridnya meluahkan imaginasi melalui lukisan. membiarkan kanak-kanak ini belajar dengan riang. Ram mendapati Ishann sentiasa murung dan dia berusaha membantu Ishann dari terus lemas.

Penyakit Ishann ni di panggil Disleksia. Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar. Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak. Penyakit ini masih boleh di atasi dengan membantu kanak-kanak ini secara khusus dan beransur-ansur. Pendekatan melalui deria sentuhan dan pendengaran. Pengulangan semasa mengajar atau belajar secara berlebihan juga boleh membantu. Namun harus jangan terlalu mendesak kanak-kanak ini.

Selalunya kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding kanak-kanak perempuan. Antara orang-orang yang mengalami Disleksia tapi masih boleh berjaya malah di gelar genius adalah, Leonardo da Vinci, Elbert Einstein dan Whoopi Goldberg.

Aku suka sangat cerita ni. Ending dia membuat aku lebih sebak bila scene Ishann tengok lukisan Ram. Dia jadi sungguh terharu bila lukisan tersebut adalah wajah riangnya. Lantas dia memeluk guru itu, satu-satu guru yang berjaya membuat dia mengenali dirinya sendiri. Mikael pun suka tengok movie ni. Tapi seperti biasa dia mmg banyak tanya. Sampai buat aku takleh concentrate.

Antara lukisan-lukisan dalam movie tu. Aku akan cari DVD dia buat koleksi. Pasti! Lepas je aku tengok movie tu. Aku borak-borak dengan Kael. Terasa aku ni garang sangat dengan dia. Dah la abah dia jarang-jarang balik. Ibu dia pulak garang, asyik marah aje. Kesian lak aku tengok dia. kang kurang kasih sayang pulak. Balik ni aku nak peluk cium dia. Hmm... rindunya kat budak budak...

Antara perbualan malam tadi yg buat aku rasa sayu...

Aku : Abang sayang ibu tak?

Kael : Sayang

Aku : Ibu garang tak?

Kael : Takde lah

Aku : ye ke? kan ibu selalu tarik telinga abang?

Kael : Mana ada lah ibu. Kita tak ingat pun

Aku terdiam. Padahal petang td aku tarik telinga dia sebab lari kat luar umah tak tengok kiri kanan. Aku takut ada kereta tetiba keluar simpang.

Dan untuk menebus dosa aku tidur sambil peluk dia. Dia suka sangat!

Tuesday, September 29, 2009

Alergi susu?


Rafael alergi susu pulak. Tak tahu la kenapa, bila tukar je susu biasa dia terus cirit birit. Hmm.. asyik-asyik minum susu soya je. Nasib baik dia suka jugak susu soya tu. Tapi dia takde la pulak nangis sakit perut ke apa ke. Terkinja-kinja macam biasa. orait je aku tengok. kalau pegi specialist ni mahu admit wad masuk air punya. Aku bukan tak nak bg dia masuk wad. Tapi kalau masuk air tu seksa sikit la jadinya. Budak ni meronta-ronta suruh bukak dia punya drip tu. satu hospital leh dengar suara dia. Dah tu lak aku sorg je yg kena jaga. Malas la nak suruh "lelaki tercinta di offshore" balik. Nak kena check la naper dia jadi macam tu. Takut nanti leh jadi serius. Menyesal tak guna. Susu dah jadi basi!

The other guys...


Inilah wajah-wajah lelaki kesayangan hamba. Ada yang comey, ada yang muka innocent & tak lupa jugak "lelaki tercinta di offshore" yang tampan. Wah! bahagian memuji diri sendiri. Takpe, hak milik mutlak abadi. Ye ke bang?

My little man...


Inilah dia Muhammad Fuzael. Sorry kekawan, aku takut anak aku kena kejutan budaya glamer, so aku letak gambar sisi jerk! jalan jeles... sebab takut nanti ramai pulak paparadzi kejar. Letih aku nak bawak lari dari kerlipan lens kamera.. wah!! perasan!!!

Monday, September 28, 2009

Its a new chapter starting...

Setelah sekian lama aku tak involve dlm blogger things, mungkin sebab aku tak berapa sibuk, cuma sibuk tidur. Jadi aku sentiasa rasa malas. Serba serbi malas. Malas kemas rumah, malas nak masak. Nak chatting ngan "lelaki tercinta di offshore" pun aku jadi malas. Tapi bila rindu giler malas pun hilang!

Agak-agaknya hari ni dapat tahu ke "lelaki tercinta di offshore" balik bila? 

Sebenarnya hati aku ni terbahagi dua yang tak sama besar. Bahagian besar aku nak "lelaki tercinta di offshore" pulang ke rumah menghabiskan sisa syawal bersama. Bahagian hati aku yang kecik nak dia stay kat sana kerja cari pitih.  Nanti boleh beli perabut rumah lagi. hehehehe...

Tengahari ni kawan-kawan opis ajak gi Jalan TAR. Dah lama jugak aku tak pergi sana. Aku tak tau apa aku nak cari. Hari ni aku pakai high heels.. Lenguh la kaki nanti...

Jam dah dekat kul 12... aku rindukan Fuzael