aku tengah cari gambar lps tu bila tengok gambar ni balek.. aduh.. klu awek kat luar2 sana nampak dia mcm ni mesti ada yg nak calit mamat ni ngan minyak senyonyong or seangkatan dengannya... risau aku beb!! sapa tak risau berlakikan lelaki hensem giler babas!!! aku pulak tak cun adeh!!!...
Dia boleh berjanji apa saja tapi hati ini tetap ada kerisauan. Allah akan uji bermacam-macam cara. Nak pulak dia kerja jauh dari pandangan. Memang banyak dugaan. Orang akan buat apa saja untuk dapatkan apa yg dia nak. Kalau pompuan dah syok giler kat dia ni.. dah tu lak mana la tau dia nak test market.. Allah palingkan sikit hati dia... ha!! masa tu nak nangis dah tak guna dah. Sekali terkena sampai bila2 takleh lupa. Cuma aku sebagai isteri sentiasa sematkan dalam hati. Aku tak akan cuba walaupun sekali. Cuba untuk mendekatkan diri dengan zina. Kerana bagi aku Allah sentiasa perhatikan hambaNya. Aku hanya takut pada hukuman dia. Kalau tak hukum dia dunia, di akhirat aku akan kena jugak.
Aku akan selalu kunci hati aku agar tidak mudah tunduk pada hasutan syaitan. Kerana aku sayangkan keluarga aku. Itu matlamat hidup aku sekarang.
No comments:
Post a Comment