Wednesday, November 11, 2009

Resignation and retraction

Isnin lepas aku tender surat nak resign. Tapi hari ni aku tarik balik. Banyak benda aku fikir.. terlalu serius memikir sampai aku migrain & muntah2. Serius betul!

Aku nak keja, tapi dalam masa yang sama aku nak jaga anak-anak aku sendiri. Maid insyaAllah petang ni dapat. tak tau la macam mana orangnya. Kalau ok Alhamdulillah. Boleh aku kerja lagi. kalau tak kena tender lagi la jawabnya.  Aku suka keja kat sini. Bukan apa, tak ramai bos yang mcm bos aku sekarang. Understanding, tolerate ngan situasi aku ibu tunggal sementara. Next week abg gi Langkawi. keja part time kat sana. Kalau boleh aku nak ikut dia gi jalan2, sambil2 cari duit lebih sikit jual pinggan. Hmm... boleh ke? Cuba je la.. La ni business jual popia goreng sambal aku masyuk!! dah dapat byk order ni. Ujung minggu ni banyak la keja aku. nak menggulung dan menggoreng. Takpe, cari duit lebih sikit. Rezeki tu.. mana la tau dengan popia goreng ni leh dapat duit tampung2 cuti tak bergaji aku tu... hahaha...

Kael muntah2 hari. Sedih aku rasa tak dapat jaga dia. Tapi takpe, abah dia ada. biar abah dia jaga pulak. Aku minggu depan pulak bersilat dgn budak2 3 beradik ni sesorang. Chek dah balik kg. Lagi pun minggu depan Kael dah tak sekolah. So sehari suntuk la diorg tu sepahkan umah nnt. Hmm.... 

Aku dah malas nak fikir lg kang tak pasal2 muntah2 lg. So biar keadaan yg menentukan. Kalau maid ni bagus.. aku terus kerja.. kalau tak bagus hehehe.. berenti terus la jawabnya...

No comments:

Post a Comment