Tuesday, October 6, 2009

Al-Fatihah

Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita anak kawanku yang berusia 4 bulan meninggal dunia. Aku bergegas pergi ke HKL. Sempat aku melihat buat kali pertama dan terakhir Aqil Hafizuddin. Menitis air mata aku bila melihat sekujur tubuh yang sangat comel dan tebam di bilik mayat. Aku teringat pada Fuzael yang lebih kurang sebaya dengan Allahyarham. Tak mengapa anak ini akan menanti ibu dan ayahnya di syurga nanti.

Sebab kematian tak dapat di sahkan kerana ibu dan ayahnya enggan melakukan bedah siasat. Namun ada yang mengaitkan dengan kecuaian baby sitter. Terasa sedih dengan pemergian anak kecil yang comel. Walaupun aku tak sempat bertemu dengannya sewaktu dia hidup. Tapi aku percaya dia seorang anak yang cukup riang. 

Al-fatihah buat Aqil. Semoga Aqil bergembira di syurga menanti mama dan papa di sana....

No comments:

Post a Comment