Tuesday, September 29, 2009

Alergi susu?


Rafael alergi susu pulak. Tak tahu la kenapa, bila tukar je susu biasa dia terus cirit birit. Hmm.. asyik-asyik minum susu soya je. Nasib baik dia suka jugak susu soya tu. Tapi dia takde la pulak nangis sakit perut ke apa ke. Terkinja-kinja macam biasa. orait je aku tengok. kalau pegi specialist ni mahu admit wad masuk air punya. Aku bukan tak nak bg dia masuk wad. Tapi kalau masuk air tu seksa sikit la jadinya. Budak ni meronta-ronta suruh bukak dia punya drip tu. satu hospital leh dengar suara dia. Dah tu lak aku sorg je yg kena jaga. Malas la nak suruh "lelaki tercinta di offshore" balik. Nak kena check la naper dia jadi macam tu. Takut nanti leh jadi serius. Menyesal tak guna. Susu dah jadi basi!

No comments:

Post a Comment