Friday, January 28, 2011

Peningnya!!

Aku migrain pagi tadi.. adeh!.. nasib baik dah ada bibik.. klu tak merana la jawabnya xleh tdo.. bila dah lena 2 jam lega sket.. klu tak aku takleh membaca. Kalau membaca terus muntah!!

bila dah lega migrain aku.. Kael mintak aku hantar dia gi sekolah.. ok aje la.. Last day dia sekolah minggu ni.. next month aku dah start keja.. so aku takleh janji aku leh amik dia ke tak.. ikutkan je la permintaan hang tuah ni..

Lepas hantar dia aku meronda2 di kedai buku popular.. tempat yg paling aku suka selepas kolam renang.. hehehe.. jgn tanya kenapa.. Nasib baik boss tak masuk gaji lagi.. tengok je la.. huhuhu.. kul 5 lebih baru aku gi menunggu kat pagar sekolah Kael.. so dpt la aku borak2 ibu-ibu yg ada anak sebaya ngan Kael.. geram jugak aku dgr bila dpt tahu sistem kelas bahasa tambahan ni dah berubah... ergghh!!!

Tahun ni.. budak2 tahun 1 ni, start belajar bahasa mandarin. Then memula dulu aku decide nak bg Kael belajar bahasa mandarin since kat KAFA dah belajar bahasa Arab... earlier month dulu ada parents ckp kelas bahasa mandarin ni start sebelum kelas.. bila dah exam utk pertukaran kelas. Kael dpt kelas no 4.. ok la.. kira sederhana la result dia.. but then bila dapat buku teks dia just dpt buku bahasa arab.. aku tak faham kenapa dia tak dpt buku teks bahasa mandarin. So aku tulis note kat buku communication dia (Buku H). Aku just nak tahu apa status kelas bahasa mandarin. Alih2 cikgu reply dia diturunkan kelas sebab aku insist nak dia belajar bahasa Mandarin. Ewah! Mengelabah la aku sebab kalau duduk kelas lama, potensi dia nak jumpa budak tak berjenis yg buat dahi dia bocor amat cerah sekali!! takkan aku biarkan ia berlaku.. so aku gi jumpa cikgu terus..

korang tahu apa cikgu tu ckp? Dia kata Kael TAK LAYAK duduk kelas ke 4 tu.. tersentap hati mak!! padahal masa kat CIC dia cemerlang!! lps tu aku pun ckp baik2.. minta maaf sbb aku tak faham system kelas.. so aku mintak dia dipindahkan semula ke kelas ke 4 tu.. instead dia stay kat lama which is kelas ke 6... cikgu tu nampak mcm dah malas nak pindahkan.. sbb dah pening buat list nama.. tp dia ada mention ada student yg tak reti membaca & menulis stay kat kelas pandai! aku pun dlm hati "HA!!" aku tanya cikgu tu balik.. abih tu kenapa boleh terlepas?? cikgu tu pun jawab.. pasal budak tu amik bahasa arab..

Lps tu aku pun suggest kat cikgu tu.. klu dah macam tu cikgu buat kelas gabungan.. so subjek bahasa arab & mandarin ni digabungkan 3 kelas.. cikgu tu jawab tak boleh.. ni pihak pengetua dah buat.. aku geleng kepala je la.. malas dah nak berdebat.. biarkan la Kael stay kat situ as long budak tak berjenis tu dah pindah kelas ke 7!.. ok.. klu kemalangan dulu terjadi lagi.. aku takkan teragak2 bwk kes tu ke pihak berwajib la!! nasib la.. aku pindahkan terus kael sekolah lain.. lantak!!

Yg menjadi kemarahan aku meluap2.. bila ptg ni aku borak2 ngan parents lain.. system kelas gabungan tu srang dah pun buat!! boleh pulak!!?? abih tu naper time aku ckp dulu dia kata xleh?? dah tak pasal2 Kael duduk kelas corot!!! Bongok betul.. ni mesti kes dah malas nak buat double work la ni.. Takpe Kael.. bulan 3 nnt Kael jawab exam betul2.. pindah kelas pandai plak nnt!!

Aku akan pastikan Kael belajar sungguh2... dia nak dpt A.. so aku akan pastikan dia dapat result A.. orait!! cuti panjang ni.. dia kena belajar!!!

sabar Norhaida.. sabar.. sakit hati tak terkira...

No comments:

Post a Comment