Saturday, January 29, 2011

Last minute order yg menyeronokkan



1st time aku gi tengok bola kelate lawan.. aura dia buat aku teruja & kekadang hilang kawalan.. lantak la.. janji aku seronok..

Last minute boss dapat balik dr Team Building.. aku dah kata dia mesti xleh tahan keterujaan nak tengok perlawanan piala Subangsih... Aku merengek nak ikut.. boss pun bg.. yahooo!! gamble je la tiket ada ke tak..

So kami bertolak awal.. sorry boys.. bukan ibu tak nak bawak.. tapi nnt korang lemas.. org ramai sgt! nak plak angah cepat boring. nnt baru start main dia dah ajak balik.. duduk rumah yea sayg.. bagi can ibu ngan abah nak dating.. muahahaha...

Dalam perjalanan kami singgah kat kedai motor sebab lampu depan tak nyala.. hati aku dah gusar.., ada lgi ke tiket ni.. bila lampu dah ok boss pecut masuk highway... nasib baik aku expert jalan.. so jumpa la stadium shah alam.. & rezeki aku tiket banyak lagi.. yay yay.. punya la ramai manusia.. of course Kelate!! hahaha.. sorry selangor.. even aku pure KL urban.. but cintaku pada Kelate.. i dont feel it wrong!! persetankan kata2 hina kelatenese.. ;p

Then lps solat maghrib kitorg gi cari port view cantik. hehehe.. boss beli nasi lemak.. Perut sebu.. aku tak tau kenapa.. excited kot sbb 1st time tengok bola live kat stadium.. dulu masa aku kecik2 penah la arwah abah aku bwk gi tengok Final FA perak lawan selangor.. still aku tak sokong selangor.. huhuhu ikut abah la beb! sokong Yob kejor Yob!! hahaha

Best bila penyokong2 kelate ni jerit2.. Tapi boss mcm tak feel je.. dia mmg jenis tengok bola diam je.. mulut aku je yg bising jerit2.. ada lak rebana ubi.. lagi rancak suasana.. aku suka!!! Bila dah masuk 2nd half boss baru dengar suara.. aku paling over!! lantak.. baru puas tengok bola live klu tak jerit2 kat stadium.. klu dah duduk keras mulut tak bukak baik tengok kat umah... ceh!!

aku siap jerit gomo kelate gomo!! go go go... lastly selangor balik selangor... hahaha bila kelate dah score 2 bijik!! tu jeritan yg paling aku suka!! hahaha... lps ni klu kelate masuk final lg.. aku nak pegi tengok lagi... boleh yea boss... pleasseeee..... muuaaahhhh

so kat bwh ni korang tengok la view kepadatan penduduk kelate di stadium.. sorry bro.. selangor tak masuk dlm lens camera ciput aku ni..

Boss.. hahaha i luv u la!!

Aku suka sticker ni .. mlm tu aku tak cuci muka.. pakat tido terus..

Tak dapat bergambar ngan orang dia.. dapat ngan baju dia pun jadilah!! hahah sorry Elia...

Aku duk mencari baju lengan panjang.. takde.. frust!!





Tahniah Kelantan.. Aku harap lagi banyak kejayaan akan menyusul selepas ini.. Pada beruk2 yg baling mercun ngan botol air tu.. bawak2 bertaubat la.. ewah.. mcm ramai readers je aku ni.. bukan ada org baca pun.. muahaha.. biar la.. aku syok sendiri di blog aku sendiri..

Friday, January 28, 2011

Peningnya!!

Aku migrain pagi tadi.. adeh!.. nasib baik dah ada bibik.. klu tak merana la jawabnya xleh tdo.. bila dah lena 2 jam lega sket.. klu tak aku takleh membaca. Kalau membaca terus muntah!!

bila dah lega migrain aku.. Kael mintak aku hantar dia gi sekolah.. ok aje la.. Last day dia sekolah minggu ni.. next month aku dah start keja.. so aku takleh janji aku leh amik dia ke tak.. ikutkan je la permintaan hang tuah ni..

Lepas hantar dia aku meronda2 di kedai buku popular.. tempat yg paling aku suka selepas kolam renang.. hehehe.. jgn tanya kenapa.. Nasib baik boss tak masuk gaji lagi.. tengok je la.. huhuhu.. kul 5 lebih baru aku gi menunggu kat pagar sekolah Kael.. so dpt la aku borak2 ibu-ibu yg ada anak sebaya ngan Kael.. geram jugak aku dgr bila dpt tahu sistem kelas bahasa tambahan ni dah berubah... ergghh!!!

Tahun ni.. budak2 tahun 1 ni, start belajar bahasa mandarin. Then memula dulu aku decide nak bg Kael belajar bahasa mandarin since kat KAFA dah belajar bahasa Arab... earlier month dulu ada parents ckp kelas bahasa mandarin ni start sebelum kelas.. bila dah exam utk pertukaran kelas. Kael dpt kelas no 4.. ok la.. kira sederhana la result dia.. but then bila dapat buku teks dia just dpt buku bahasa arab.. aku tak faham kenapa dia tak dpt buku teks bahasa mandarin. So aku tulis note kat buku communication dia (Buku H). Aku just nak tahu apa status kelas bahasa mandarin. Alih2 cikgu reply dia diturunkan kelas sebab aku insist nak dia belajar bahasa Mandarin. Ewah! Mengelabah la aku sebab kalau duduk kelas lama, potensi dia nak jumpa budak tak berjenis yg buat dahi dia bocor amat cerah sekali!! takkan aku biarkan ia berlaku.. so aku gi jumpa cikgu terus..

korang tahu apa cikgu tu ckp? Dia kata Kael TAK LAYAK duduk kelas ke 4 tu.. tersentap hati mak!! padahal masa kat CIC dia cemerlang!! lps tu aku pun ckp baik2.. minta maaf sbb aku tak faham system kelas.. so aku mintak dia dipindahkan semula ke kelas ke 4 tu.. instead dia stay kat lama which is kelas ke 6... cikgu tu nampak mcm dah malas nak pindahkan.. sbb dah pening buat list nama.. tp dia ada mention ada student yg tak reti membaca & menulis stay kat kelas pandai! aku pun dlm hati "HA!!" aku tanya cikgu tu balik.. abih tu kenapa boleh terlepas?? cikgu tu pun jawab.. pasal budak tu amik bahasa arab..

Lps tu aku pun suggest kat cikgu tu.. klu dah macam tu cikgu buat kelas gabungan.. so subjek bahasa arab & mandarin ni digabungkan 3 kelas.. cikgu tu jawab tak boleh.. ni pihak pengetua dah buat.. aku geleng kepala je la.. malas dah nak berdebat.. biarkan la Kael stay kat situ as long budak tak berjenis tu dah pindah kelas ke 7!.. ok.. klu kemalangan dulu terjadi lagi.. aku takkan teragak2 bwk kes tu ke pihak berwajib la!! nasib la.. aku pindahkan terus kael sekolah lain.. lantak!!

Yg menjadi kemarahan aku meluap2.. bila ptg ni aku borak2 ngan parents lain.. system kelas gabungan tu srang dah pun buat!! boleh pulak!!?? abih tu naper time aku ckp dulu dia kata xleh?? dah tak pasal2 Kael duduk kelas corot!!! Bongok betul.. ni mesti kes dah malas nak buat double work la ni.. Takpe Kael.. bulan 3 nnt Kael jawab exam betul2.. pindah kelas pandai plak nnt!!

Aku akan pastikan Kael belajar sungguh2... dia nak dpt A.. so aku akan pastikan dia dapat result A.. orait!! cuti panjang ni.. dia kena belajar!!!

sabar Norhaida.. sabar.. sakit hati tak terkira...

Wednesday, January 26, 2011

His new hair cut!

Ini dia yg di tunggu-tunggu.. Saja je aku kecoh2kan isu potong rambut Fuzael.. almaklumlah amat berat hati ini untuk membenarkan rambutnya di potong.. rambut dia cantik tapi bila dah panjang sgt amat merimaskan... so ini aku ada upload gambar before & after.. tapi dia still comel!! i luv u la adik..


Safety first! muahahah...

Tengok la.. dah sampai masuk mata dah rambut dia ni... aku tengok pun rimas!


Tarraaa... inilah rupa Hensome Boy!! kenapa sekeping je? rileks.. nanti aku upload la lagi.. lately ni susah sket nak amik gambar budak ni.. sebab dia nak main camera! Nanti bila dia ralit main, aku snap gambar lagi.. orait!!

Interview.. Oh Interview...

Dalam minggu lepas aku ada 4 invitation interview.. pergh.. direct 3 hari berturut2.. hmm.. 3 hari je.. why not 4 days? 4 invitation right? well.. aku terpaksa reject 1 sebab office tu akan berpindah ke Mont Kiara in 1 month.. distance between rumah dengan Mont Kiara jauh.. sampai rumah lambat aku nanti..

Apa yg aku nak merepek kat sini adalah.. pengalaman interview aku for those 3 companies. Semua company tu berbeza. 1- Interior Design (secretary), 2-Telecommunication (Document Controller) & 3-Solar Technology (Document & Data Control Administrator).

For ID company tu.. 1st impression aku dah rasa semacam sebab aku apply company ni 6th December 2010.. why only now dia panggil? hmm... then bila dah attend interview tu baru aku tahu sebenarnya aku kena replacing someone yg baru je keja but dapat offer jd cikgu.. and big reason aku xnak job ni sebab tempat keja tak glamer.. hahaha jahat betul! tapi betul.. masa datang tu melilau aku mencari factory dia.. then bila masuk mak aih bau.. busuk! masam! lepas tu aku tak sempat isi personal form, terus masuk bilik interview.. Tempat keja tu dekat la ngan rumah.. 15min dah sampai. Cuma aku tak minat dowh.. keja ari sabtu!! dah 6 tahun lebih aku keja 5 hari seminggu.. tak bleh blah.. So aku buat pendekatan berterus terang yg aku xberminat. Sungguh confident je boleh dapat tempat lain.. huhuhu

Then interview at Telecommunication company.. Company ni dari China.. office at GTower. ok.. 1st impresion not bad.. then aku di interview oleh bakal bos itu sendiri.. ok la.. mcm xboss aku kat Zelan dulu.. tp tak tau la mcm mana kan.. Cuma yg aku suka sebab position ni required aku selalu keluar office jumpa Client & contractor.. hahaha.. tunggu tengok ler.. Yg meletihkan aku ialah ada 2nd interview lak.. klu berjaya 1st level ni.. mak aih.. aku apply manager ke? gasak la.. ada rezeki ada la tu..

Lastly aku gi interview kat cyberjaya.. kawasan ujung alam ni.. takde shopping complex! mcm mana mak nak idup kat sini!! lps tu dia tak pakai formal attire.. mak tak sanggup!! mak nak pakai baju glam2.. baju renda2.. kat sini semua pakai t-shirt.. aku tak byk tshirt cantik! takleh la nak glam.. yg aku tak tahan ialah.. aku di gasak punya gila byk soalan!! sampai sakit perut aku... lps satu.. satu.. semua nak in detail!! aduhai.. penat boss tunggu aku kat kantin..
Aku dah nampak aku tak berjaya for this position sebab dia dah warning aku takleh amik cuti! expecially EL.. aku takleh promise benda2 tu sbb aku inform interviewer yg aku akan bg 1st priority pada anak2 aku.. & then aku takleh stay OT selalu.. well aku tak kisah klu tak dpt keja tu pun.. sbb aku percaya ada rezeki aku kat tempat lain.. anak2 harta aku dunia akhirat taw!! takleh di jual beli.. NEVER!

Alhamdulillah.. hari ini, semua dah confirm.. aku dpt keja kat GTower tu.. company.. biarlah rahsia.. malas aku nak publish.. janji company ni satu2nya tak negotiate salary aku.. dia up lagi ada la.. company lain semua nak kurang.. Kan aku dah cakap.. rezeki anak2 insyaAllah ada.. tak payah risau.. serahkan pada Allah.. as long as aku berusaha mencari... kan anak-anak..

Dah la.. aku tak tau nak taip apa dah.. nnt aku nak gi amik gambar Fuzael with his new hair cut!! Nanti peminat dia tertunggu2.. ewah!!

Tuesday, January 25, 2011

Syukur...



7 Feb aku akan mula bekerja. Hmm... excited pun ada. Takut pun ada. & yg paling penting aku pasti akan rindukan kenangan aku jd suri rumah. Saat2 aku bersama-sama dgn my 3 little soldier.. Ibu sayang sgt kat anak2 ibu... nanti ibu mesti rindu kan Kael, Angah & adik... Expecially Fuzael.. Makin sihat anak ibu ni! makin ceria, makin kuat menjerit & makin lasak!!! hahahaha

2 hari lepas aku bawak Fuzael gunting rambut. 1st 2 minute he so calm, senyum & cool... but then dia mula sedar diri.. hahaha.. tengok je la gambar kat bawah ni.. u will understand.. hahaha





Memula dia senyum baek punya.. but then i dont know why he start crying like a river!!


Hasilnya.. nanti akan aku update.. korang tunggu je la yea..

Wednesday, January 12, 2011

Abah... kita rindu kat abah...

Smlm, pengubat kebosanan Kael sebab tak pg sekolah, Aku bawak diorg gi IOI mall. Planning nak beli buku la konon2.. Last2 beli mainan jugak.. dr jd seniman air mata, dah boleh senyum sampai ke telinga.. ceh!! Kat rumah dah ada byk dah Omnitrix Ben-10. Aku dah takleh nak bilang dah.. Tu si angah ada hati nak ajak aku tengok wayang tu!! tak payah la.. tak sampai setengah jam dah ajak aku balik agaknya nnt... anyah sayag rumah...

Yg si Kael plak, dia mintak buku yg takde.. komik Ben-10 ni ada dua jenis. 1- Ben-10 (versi Ben-10 kecik) yg ke 2- Alien Force (Versi Ben-10 remaja). Tapi Kael ni dia menangis2 nak buku ultimate alien. Mana ada! Itu episode dalam comic tv je.. bukan majalah.. aduhai.. sampai menangis2 nak buku tu.. mana aku nak cari.. CD pun takde.. aku mlas nak pujuk aku tinggalkan dia kat kedai buku tu.. si angah plak terasa sedih.. dia join nangis berduet! Anyah sayg abg yong.. huhuhu.. lps tu aku suruh dia gi pujuk abg dia.. Tau dia ckp apa.. "Abg yong jom.. anyah syg abg yong.. abg yong jgn buat ibu mayah..." cair je hati aku ni... hishhh!!

Bila proses memujuk dah ok.. & senyuman dah mula terukir di muka Kael. Aku bawak diorg gi makan kat foodcourt.. Macam biasa makan nasi ayam kosong ngan sup fishball... Anyah paling lapar.. habis sepinggan dia makan... siap suruh aku gi beli sup fishball lg.. Lps tu Kael ni main2.. nasi dia tak abih si angah pun sound.. "Hei abg yong, makan cepat. Jgn buat ibu mayah!" hahaha.. bila memikirkan keselesaan jln2 ngan budak dah besar2 ni.. aku mula berfikir.. malas dah nak beranak.. malas nak bwk susu.. klu ada baby ni pergerakkan terbatas...



hehehe boleh yea sayang... 3 hero cukup la yea!! hehehe...

Tuesday, January 11, 2011

Baru 2 minggu...






Macam-macam!

tak sampai 2 minggu, kepala Kael dah berjahit! Entah la.. aku dah tak tau nak cakap apa.. apa yg aku boleh ckp kat cikgu tu, tolong siasat kenapa kawan dia tu perangai semacam. dah la ari tu dia suruh Kael bayarkan makanan dia. Ni jd mcm ni la... aku tak tau la hati korg mcm mana.. tapi hati aku geram sgt.. cuma aku rasa tak berbaloi gi marah budak tu.. sure tak makan saman.. & tak pasal2 kael jd mangsa kat kelas nnt.. yg pasti aku nak kena buat sesuatu pada Kael supaya dia leh jd tegas!.. haiiiiiyaaaa!!!!!

cerita detail dia.. nnt2 la aku update.. aku nak ajar si angah buat homework..

Friday, January 7, 2011

YES! i'm over protected mother

Aku tak peduli org nak mengata aku ni over acting. Tapi anak2 aku nyawa aku. Aku tak sanggup tengok anak2 aku sakit or susah.. biar aku yg susah.. janji anak2 aku bahagia..

Hari ini, hati aku sakit melihat insiden Kael di layan seperti budak miskin! Dia cuma tak pandai membeli. Baru 6 tahun lebih! What do you expect?

Aku seperti biasa melangut di kantin sekolah menunggu putera sulung ku pulang dari sekolah. Aku menyorok di tepi kereta. Kali ini aku keraskan hati utk tidak menunjukkan diri. Pada mulanya Kael teguh berdiri di tengah pagar sekolah. Menunggu van sekolahnya. setiap minit aku rasakan terlalu lama! Tapi tatkala ada seorang rakan perempuan sekelas dgnnya yg naik van yg sama, menarik dia keluar dari pagar menuju ke motor lelaki india yg menjual makanan ringan.. aduh.. risau sungguh aku rasa.. kenapa tak ingat apa yg dah ibu pesan. jgn keluar dari pagar sekolah selagi van tak sampai? Aku jadi tak senang duduk. Aku nampak Kael memegang sebungkus Twisties dan tunjuk pada lelaki india tu. Pada aku dia nampak mcm nak beli cuma belum keluarkan dompet lagi.. Tapi lelaki india tu rampas twisties tu, dan menarik tangan kecil anak kesayangan aku menghalau dia jauh dari motornya.

Allah saja yg tahu perasaan aku waktu melihat wajah Kael terpinga-pinga sebab tak dapat beli keropok tu. Sakit sangat! Masa tu aku dah tak nak menyorok. Kael nampak aku, terus dia berlari ke arah aku. "ibu, kita lapar.." Allah... apa salahnya tanya anak kecil ni elok2... dia tak mencuri, dia cuma tak pandai nak beli... itu aje.. tapi kenapa dilayan sebegitu? Dia masih ada RM2 dalam dompetnya.. Dia bukan tak ada duit.. Air mata aku menitis.. Kesian Kael.. Dia terlalu baik.. Aku silap.. Aku seharusnya didik dia dr awal supaya dia sudah bersedia utk hadapi dunia luar.. Now i'm just not ready to let him go yet! he still my baby.. please dear.. please listen to me.. please remember what ever i said... i don't want anything happens to you.. i luv u so much..

Setiap kali waktu pulang sekolah hati aku pasti berdebar-debar. Aku tak tau org lain mcm mana.. tapi ini yg aku rasa. Aku terlalu risaukan keselamatan dia. Aku tak sanggup hadapinya.. i just can't! Aku tahu aku over acting.. tapi dia anak aku.. aku tak peduli! Ibu sayang Kael..

Tuesday, January 4, 2011

2nd Day sekolah...



Org lain sepatutnya 2nd day sekolah patutnya dah ok.. aku jd kelam kabut!

Mlm semlm boss dpt call kena naik kapal. As usual, Last Minute Order.

Pagi2 kena kejar driver van sekolah inform budak2 ni naik van. Sebab semlm aku bg tau minggu depan start.. so kena tukar planning ler jawabnya... Memula tu ingat ok ler sbb dah confirm tengahari blk dr KAFA budak2 ni naik van... Aku ni plak kena hantar boss gi KLIA catch flight gi Miri tengahari tu. So, aku rushing la balik dr KLIA nak tengok budak2 ni naik van mcm mana.. Alih2 kul 12.30 baru budak2 ni sampai umah. Aku dah mengelabah menunggu kat umah, sebab risaukan van sek kebangsaan nak sampai 12.45. So Kael ada 15min nak mandi, bersiap & lunch!

Bibik sampai berdukung Kael bwk masuk bilik air mandi. Kalau dibiar mmg lambat Kael ni. Terhegeh2! Kelam kabut bersiap sambil aku pakaikan baju, bibik suapkan nasi kat Kael. Baygkanlah mcm mana kelam kabutnya kitorg masa tu.. tapi tunggu punya tunggu van tak sampai2... masa tu jam lg 5 min kul 1. Kelas masuk kul 1.15pm..

Kesian Kael makan tak byk mana dah kena gi sek ptg plak.. Dia pun tak byk songeh.. ikut je la.. Sampai kat sekolah, pencil case tak bwk plak.. aduhai berlari aku pg beli pencil, eraser & ruler. Dia plak boleh complain kata nak pencil Ben-10! aku ni berlari mencari kedai buku dia boleh demand lak! dah tak pasal2 aku drive gi Giant beli pencil case Ben-10 baru kat dia...

Aku ingat dah lega satu kes.. dtg kes lain lak.. bateri HP aku kong! mcm mana aku nak contact van driver kata anak aku menunggu kat pagar sek.. rupa driver tu lak aku tak penah tengok! dah kena mencari public phone menalipon driver ni. Dah mcm blind date dah bertanya pakai baju warna apa, payung warna apa. bila dah jumpa lega rasa hati aku ni..

Tu settel kes ke 2.. Kes yg terakhir! yg betul2 kes besar.. Kael tertinggal pencil case baru & set warna!!! aku baru beli! pencil case tu aku beli tak sampai 5 jam! dah tertinggal.. aduh.. harap2 budak yg duduk meja tu jujur la.. tak amik brg2 tu.. klu tak.. mmg la rezeki dia.. pencil warna besar tu.. sakit betul hati aku ni.. sure aku terbwk smpi tido ni.. dah la letih menunggu dia satu hal. memusing Giant satu hal.. ulang alik sekolah lagi.. letih betul.. mengalahkan 1st day sekolah penatnya..