Monday, July 18, 2011

Flashback lips operation


Ni antara situasi yg paling aku takuti. Ya aku tau ajal itu di tangan Tuhan. Dia berhak ambil semula hak dia. Tapi aku pohon pada-Nya berilah aku peluang untuk aku bermanja dengan Fuzael. Kerana sikap sambil lewa doktor, anak aku menjadi mangsa. Tuhan saja yg tahu apa perasaan aku waktu melihat dia bertarung untuk terus bernafas. Walaupun dia tak sedar kerana di beri ubat bius & tidur, tp bila aku menyentuh dia, air mata dia mengalir dan nafas dia menjadi laju. Ya Allah, aku cuba kuatkan semangat. Aku ingin sgt memeluknya utk beritahu dia yg ibu sayangkan dia & ibu nak sgt ambil alih semua kesakitannya. Biar ibu yg tanggung.



Ni keadaan dia bila dia keluar dr OT. Waktu ni dia tak sedar.. tp ada titisan air mata mengalir.. Allah saja yg tahu apa perasaan aku waktu ini. Aku ingin sentiasa bersama dgnnya waktu ini. Tapi law PCU, parents hanya dibenarkan stay kat situ sekejap je. Malam tu tidurku tak lena hanya ingat pada dia...

2 hari selepas operation. Fuzael dah mampu bernafas tanpa bantuan. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, kerana memanjangkan tempoh pinjaman Fuzael padaku.. Dan kini aku bersyukur kerana Fuzael sudah berusia 2 tahun! Happy birthday sayang. Teruskan mengukir senyuman. Ibu akan terus bersama adik hingga hujung nyawa kita... syg ibu tak terbanding, tanpa batasan tanpa haluan. Ibu akan terus bersama adik utk menempuh dugaan di masa hadapan. i luv u...

1 comment: