Friday, July 29, 2011

Berubah di ambang Ramadhan

Aku lately ni xde apa yg havoc utk di tulis kat sini. Fuzael pun xde check up. Aku cuma menyibukkan diri dengan memasak, belajar buat kek sendiri.. nasib baik menjadi... hehehe

Cuma ada sesuatu yg menyentuh hati aku lately ni. & aku bertekad nak berubah demi dia yg tersayang.. Maafkan saya.. Saya janji saya berusaha utk jd isteri terbaik buat abang...



Saat ini aku mencari baju2 kurung cotton yg selesa & murah utk aku pakai bila keluar ke kedai or ke mana saja.. tak kisah la.. RM39 pun ok je.. janji leh pakai... ni ada 2 pasang kain cotton tak tempah lg. Kat mana la aku nak tempah time2 nak dekat puasa ni. Org dah tak amik tempahan lg.. hmm xpe la.. pakai je la mana yg ada ni. boleh je kan.. hehehe...

Aku takde niat nak bg nasihat ke apa.. sbb aku ni bukan bagus sgt pun dlm agama ni. Cuma aku nak ingatkan diri aku sendiri. Sbb aku byk buat dosa.. selalu mengeluh marah boss, marah anak-anak....kesian.. kurang kasih syg jdnya budak2 ni.. so biar la aku berusaha nak cari pahala walaupun sedikit. kan! hehehe.. ok la smpi di sini saja.. da..

Saturday, July 23, 2011

Elias, Mikael, Rafael & Fuzael


Aku saygkan mereka. tiada kata mampu digambarkan, tiada batasan, tiada paksi.. ianya rasa cinta yg maha luas.. takkan hilang dr cahaya, takkan tenggelam dalam kelam malam..

aku sanggup menggadai nyawa demi mereka. hanya Dia yg tahu. kerana dia Maha Mengetahui. Biarlah rasa itu lenyap bersama angin malam ini. Pergilah jauh dan jgn datang lagi. Kerana aku ingin bahagia bersama mereka, org yg aku cintai sepenuh hati, kerana mereka syurgaku...

Mohd Elias Mohd Khalid
Muhammad Mikael Mohd Elias
Muhammad Rafael Mohd Elias
Muhammad Fuzael Mohd Elias

Kasih & sayang kita akan bersatu di dunia dan di akhirat.. i luv all of u very much...

Monday, July 18, 2011

Flashback lips operation


Ni antara situasi yg paling aku takuti. Ya aku tau ajal itu di tangan Tuhan. Dia berhak ambil semula hak dia. Tapi aku pohon pada-Nya berilah aku peluang untuk aku bermanja dengan Fuzael. Kerana sikap sambil lewa doktor, anak aku menjadi mangsa. Tuhan saja yg tahu apa perasaan aku waktu melihat dia bertarung untuk terus bernafas. Walaupun dia tak sedar kerana di beri ubat bius & tidur, tp bila aku menyentuh dia, air mata dia mengalir dan nafas dia menjadi laju. Ya Allah, aku cuba kuatkan semangat. Aku ingin sgt memeluknya utk beritahu dia yg ibu sayangkan dia & ibu nak sgt ambil alih semua kesakitannya. Biar ibu yg tanggung.



Ni keadaan dia bila dia keluar dr OT. Waktu ni dia tak sedar.. tp ada titisan air mata mengalir.. Allah saja yg tahu apa perasaan aku waktu ini. Aku ingin sentiasa bersama dgnnya waktu ini. Tapi law PCU, parents hanya dibenarkan stay kat situ sekejap je. Malam tu tidurku tak lena hanya ingat pada dia...

2 hari selepas operation. Fuzael dah mampu bernafas tanpa bantuan. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, kerana memanjangkan tempoh pinjaman Fuzael padaku.. Dan kini aku bersyukur kerana Fuzael sudah berusia 2 tahun! Happy birthday sayang. Teruskan mengukir senyuman. Ibu akan terus bersama adik hingga hujung nyawa kita... syg ibu tak terbanding, tanpa batasan tanpa haluan. Ibu akan terus bersama adik utk menempuh dugaan di masa hadapan. i luv u...

Saturday, July 16, 2011

Ubat batuk HPA


Before this aku ada buat posting psl tips nak hilangkan batuk anak kecil (click sini). Kali ni aku nak bg tau tips tu xmenjadi kali ni. Sbb Fuzael kena batuk yg kronik minggu ni. smpi dia jd mcm semput terus hilang suara. Aku tak smpi hati nak bg ubat klinik, smpi dia kena cirit birit & keliling punggung dia melecet teruk! aduh.. sian anak ibu ni.. dah takde ketawa, xde keceriaan di wajahnya, asyik menangis. dah takde boboi boy ibu!!

So aku share problem aku kat FB. Thanks to @anna Qawina & @Little Oven Sweet. Mmg berguna Facebook.. tempat kita share2 tips & info.. hehehe ^^V

Aku lupa plak nak bg tau kesan Asmakur. Yg aku tahu Asmakur ni cairan herba yg boleh melegakan batuk dah asma ringan. Kira Fuzael ada asma ringan ler sbb bunyi nafas dia mmg kuat. Turun naik dada dia laju, aku nampak pun penat. Nikan plak dia budak kecik. Asmakur ni utk kanak-kanak lebih dr 1thn. max 4 kali sehari. Sejak Fuzael makan ubat ni, dia dah jarang2 sgt batuk. melainkan dia berlari or aktif, then dia akan batuk2. Tapi xde la teruk sgt mcm sebelum ni. Dia batuk-batuk tanpa henti. Tu pasal dia boleh sakit tekak.

Alhamdulillah, dia serasi ngan Asmakur. So aku boleh suggest Asmakur kat kawan2 yg membaca. InsyaAllah semoga anak2 kita sihat & aktif..

Thursday, July 14, 2011

New bike? No, its old but new for me..



My dear boss 'buy' a new bike for me... hahaha actually bike tu nephew dia punya. Tapi dah jd besi buruk kat umah kakak ipar aku tu, so boss amik la. Duk terbiar baik bg dia repair then aku leh guna. hehehe.. aku tak kisah janji aku leh naik beskal ngan Fuzael... Seronok je Fuzael duduk kat belakang & aku kayuh keliling taman. Rilek je dia kat belakang.. hahaha.. Ibu pun boleh excercise adik leh enjoy... best.. best.. Thank you so much sayang, walaupun basikal ni recycle tp bermakna buat saya..

Dia dah tak sabar2 nak jalan..

Sunday, July 10, 2011

Diary 10th July 2011

Dah lama aku xbuat diary kan.. oleh kerana aku dah xde topic or tips nak bg.. so nak tak nak korg baca je la..

Pg ni hari sukan sekolah Kael. Dia mcm malas dah nak pergi sebab dia kata setiap kali latihan team dia mesti kalah. Sama ada ramai sgt ahli pasukan atau team dia lari xlaju. Tu alasan dia setiap kali balik sekolah dgn muka monyok. Aku paksa jugak la sebab ni je channel yg dia dibenarkan keluarkan semua keaktifan dia.. Tapi klu korg nak tau, yg paling seronok tadi, si Fuzael. Dia paksa aku beli belon harga RM7. Selagi aku xbeli selagi itu dia duk terpacak depan belon2 tu.. aduhai... punya la mahal belon ni.. lps tu boleh hilang plak.. sapa la yg curi belon ni.. takpe la.. dah rezeki dia.. amik je la.. halal... hahaha




Mikael masuk satu acara je.. lari kepit bola. cuaca pun mendung je. Tak panas sgt. Nasib baik xbyk sgt acara. Teringin aku nak tengok Mikael masuk acara balapan. Sudah pasti aku melompat menyorak sampai hilang suara. Gerenti!

Isi tank dulu buat bakar tenaga.. hehehe

Aku sempat la snap gambar masa dia berlari. Tapi ada sorg pelajar ni buat aku semangat. Dia chubby, tapi aktif! Suka aku tengok dia comey! geram! klu dpt aku nak peluk dia puas2. Tapi Alhamdulillah, dia dapat naib johan. Ok la dia gembira bila dapat hadiah. So dah banyak koleksi piala2 dia kat dalam bilik dia tu. Kalau Kael masuk sukan, akulah yg paling bersemangat nak bg sokongan. hehehe... Klu boleh aku nak jd personal coach utk dia.. muahahaha....



Bukan senang nak dapat tengok ni..





sorry lambat 5 hari aku posting entry ni.. busy jaga fuzael demam!...

Monday, July 4, 2011

Gatalnya!!!




Balik kampung mesti kena geget nyamuk kan? Sure ada parut. bila asyik menggaru je..

Ok tips aku kali ini adalah, macam mana nak atasi anak2 anda dari kena gigit nyamuk. ada orang kata sapu losyen wangi. Nyamuk ni xsuka wangi2. Aku plak sapu losyen anti nyamuk brand Dee Dee. Bg aku brand ni paling bagus. Cuma ia susah nak jumpa. Ni yg ada kat aku ni dah nyawa2 ikan. Aku duk cari stok xjumpa2. Ari tu aku beli kat Giant. Tapi srang dah tak jumpa dah. Klu korg jumpa bg tau aku deh... beli lebih utk aku buat stok.

Aku selalunya akan sapu losyen ni seblm anak2 tdo. Utk anak2 yg suka masuk tangan dlm mulut, elakkan dr menyapu losyen ni kat tapak tangan. Losyen ni bagusnya sbb tak payah dah nak sapu setiap 4 jam. Ianya mampu menahan anak2 kita dari di gigit nyamuk sepanjang malam. So takpayah la nak tido dlm kelambu. Aku xsuka tdo dlm kelambut sebabnya tak rasa angin kipas! xenjoy la tdo kat umah papan pakai kelambu.. hehehe

Just in case klu kena gigit jugak nyamuk, tips aku ialah sapu cepat2 vikcs. So takkan ada parut & anak2 kita takkan tergaru2 lagi. Ada yg sapu mopiko. Boleh jugak, aku tak halang pun.. hahaha

Klu sapu vicks seawal kesan gigitan tu masih merah, kemungkinan nak jadi parut tu xde la. Kesan dia akan hilang, InsyaAllah... So itu saja la tips buat masa ini. Kalau ada lagi akan aku tuliskan di sini yea... da...

Friday, July 1, 2011

Cough la plak!



ha.. ada 3 benda yg korg perlukan dikala anak-anak batuk.

1. Ubat Batuk kanak-kanak
2. Socks
3. Vicks kanak-kanak

Cuma ubat batuk ni, kekadang xpayah bg pun boleh. Cuma aku ni selalunya bagi ubat batuk cap ibu dan anak. Mcm aku ckp sebelum ni, depend pada budak2 tu.. mcm anak2 aku ubat batuk cap ibu dan anak ni ok.. aku mls nak bg ubat batuk klinik ni sbb ada dadah.. cuma Fuzael ni kerap kena wheezing. Satu rumah boleh dengar dia bernafas. So doktor akan bg ubat kahak ngan batuk la. Aku malas nak paste gambar kat sini sebab dah takde stok kat umah. Fuzael dah lama benar xkena batuk. Tapi klu sekali kena dia MESTI, WAJIB gi klinik sedut gas. Sbb lepas sedut gas baru dia boleh tido. Smpi dia pun dah biasa buat neubulizer, budak2 lain menangis meraung masa neubulizer.. dia boleh rilek je.. hahah dah biasa la katakan..

Cuma klu dah smpi tahap wheezing mcm Fuzael aku akan amik ubat clinic. Aku akan bg 2 kali sehari je. Sekali tengahari, lg satu mlm sblm tdo. then sblm tido aku akan sapu vicks kat tapak kaki Fuzael. Lastly pakaikan socks. Aku tak tau kenapa tp aku ada baca kat internet sapu vicks bukan kat dada tp kat tapak kaki. Alhamdulillah, semua anak2 aku batuk dah kurang bila aku sapukan vicks kat kaki sblm tdo. So tido diorg lena sket.

Kalau aku balik kg, aku akan standby socks & vicks ni. Almaklumlah, umah papan malam sejuk bai.. syok tdo.. klu aku kaya.. aku tak buat umah batu.. aku buat umah papan. confirm mlm xyah pakai aircond. Lps tu lokasi umah aku dekat ngan sungai & byk pokok2 besar. pergh! berjiwa alam sekitar aku ni.. Klu boleh duk dlm utan.. dah lama aku berumahtangga kat sana..

apa plak aku merepek ni.. hmmm.. aku rasa itu je la kot tips aku utk melegakan batuk budak. Klu aku batuk.. err.. aku jarang kena batuk. Ada la 10 tahun sekali. Aku tak tau kenapa hehehe.. tapi aku mmg jarang sakit2 mcm tu.. selalunya aku sakit kepala kekadang smpi aku xleh nak bukak mata & muntah.. klu kritikal aku tak nampak apa2.. time tu ubat dia cuma tdo.. kejap pun xpe janji aku leh tdo.. ubat2 ni aku xrajin makan.. malas nak makan ubat.. uweeekkk ;P

ok la utk kali ini. Kalau ada apa2 nnt aku roger la.. da...

Bila incik boss balik..




Selalunya dia akan bwk balik gift. selalunya tuala or tshirt.. kekadang jam tangan lelaki.. :(

Tapi kali ni dia bwk balik MP4! aku suka!! wpun dia tak bg secara romantik mcm gini..
"Ibu, ada gift utk ibu," Tapi aku tetap suka! Dia bukan lelaki romantik or jiwang bai.. dia jenis straight forward! xsuka direct ckp tak suka.. klu suka dia just diam.. adap je la.. syukur.. huhuhu


Terima kasih sayang.. Cuma leh tak sayg senyum lebih sket.. tau la sayg hensem bila masam.. tp sayg laaaagggiiiii hensem bila syg senyum! rindu la kat senyuman sayang.. hehehe muuuaaahhhh