Friday, December 31, 2010

New Year 2011



Good bye 2010!!! Welcome 2011... Putera sulungku akan memasuki alam persekolahan sebenar.. Blues je rasa.. tua dah wey..!! This year aku 32.. tak percaya? tak apa.. i tak kisah u.. i tau i memang awet muda.. walaupun tak jelita.. :( bluuweekkk!

Macam2 berlaku di tahun 2010. Nak kenang, malas.. benda dah lepas.. cuma aku mengharap aku akan lebih banyak berubah ke arah kebaikkan di tahun 2011. Mungkin pembukaan tahun 2011 ni aku akan bertukar karier dr hsewife ke bekerjaya.. company apa? tak tau lagi.. tengok la klu aku sudi aku akan share.. klu tak.. biarlah rahsia.. lg pun korg bukan pegawai incometax.. yg wajib aku bg tahu financial issues aku!

Esok orientasi Kael. Nanti akan aku update hari pertama dia di sekolah.. Aku percaya, hero sulung aku ni boleh berdikari. Macam ibu dia!! abah dia kata la.. bukan aku angkat bakul tau! hehehe

Cuma aku je yg rasa excited lebih sket. Suka belek buku-buku dia, belek beg Ben-10 dia.. jahit seluar sekolah dia. tu belum lg buku-buku tulis dia yg aku dah balut siap2.. mcm aku lak yg nak pegi sekolah.. Hmm.. big boss ada tanya "Ibu tak nak sambung degree yg dah tergendala ke?"
Aku tak tau la. Perasaan nak belajar tu memang ada. Aku nak sibukkan otak aku dengan benda-benda berfaedah. Fikir tentang assignment. Tentang exam.. Sebab sekarang ni aku duk menyibuk benda2 merepek.. fikir pasal rumahtangga org la.. fikir pasal mcm mana anak org pg sekolah.. benda2 yg tak sepatutnya aku fikir..

Aku tak boleh biar otak aku rileks.. mesti nak fikir.. tapi!! kalau sambung degree aku tu.. aku boleh ke kerja dlm bidang IT. Sebab aku sayg sgt kat pahlawan aku yg 3 org tu.. aku tak nak kerana nak kerja dlm bidang IT, aku jarang jumpa budak2 tu.. klu tak belajar aku boring.. aku pun tak tau apa aku nak buat.. nak buat business takde modal. takde idea nak buat apa..

tengok belum apa2 lg dah byk alasan.. takpe la.. memula ni kerja la dulu.. then pelan2 pk.. nak business apa.. nak buat kek ke? nak buat baju ke.. nak buat pertanian ke.. mcm2 la.. sbb business ni pelan jangka masa panjang.. & byk benda kena study.. so buat masa ni sabar dulu yea sayang.. kita buat mana yg boleh dulu...

ok la.. aku dah nak kena sign off... nak tengok boss buat apa.. hehehe

Sunday, December 19, 2010

enjoy continue..





ni sambungan gambar2 aktiviti di hari sabtu.. kasi dia jeles.. huhuhu...

Saturday, December 18, 2010

Bila komunikasi berkurangan

Setelah penat bermain.. rehat kejap sambil tengok tasik

Gelak sakan naik buai.. 1st time tuu....

Seronok bukan main budak ni jumpa kolam! Jgn la ada niat nak ajak dia balik confirm dia melalak satu alam

Baca tajuk aje dah mcm2 benda difikiran.. Jgn propa.. cuma nak bg cik abg tengok gambar aktiviti bebas anak bini dia tatkala dia tdo di Surabaya.. well... aku malas dah nak ulas byk2

Pagi sabtu 18 Dec 2010, aku bwk anak2 pg mandi kat kolam Putrajaya Presint 6.. tapi malangnya sampai dah kul 10.30am.. kolam tu tutup kul 11am utk 1st session... budak2 ni dah ready dr umah pakai baju swimming.. aku pun byr je la.. bg diorg mandi kejap.. seperti yg dah kujangka.. diorg protes sbb dpt mandi kejap je.. tp kejap2 pun tersungkur jugak blk umah.. OK.. ibu janji esok kita mandi kolam.. kita bangun awal.. OK?? nasib baik dgr kata.. hehehe

Ptg kul 3pm.. aku ajak anak2 semua pg Taman Tasik Titiwangsa.. ada gath member2 SEVOTA.. tak ramai mana pun tp still happening.. kenyang makan + gelak.. biasa la.. klu org loklak ngan org suka ketawa berjumpa.. duduk berborak sehari suntuk pun tak puas... anak2 aku sampai kepenatan... & tak penah terkecuali.. si angah selalu keliru antara nak kencing ngan nak berak.. aku pun heran.. nak kena bwk dia jumpa doktor la.. apasal dia jd mcm ni.. kelam kabut berlari cari tandas kata nak berak.. alih2 kencing je.. letih!!

anyway.. anak2 enjoy.. aku pun seronok.. so esok seperti yang dijanjikan.. aku kena bwk budak2 ni mandi kolam kat Putrajaya balik.. hehehe.. asalkan diorg seronok sudah.. nanti minggu depan aku nak bawak diorg gi I-city.. bila keadaan reda.. malas nak Q panjang2.. sebab srang ni org tengah ramai duk nak pg sana.. ok.. dear.. hope u enjoy la baca entry kali ni.. tengok anak2 u yg hensem2 & comey ni bergumbira...

Friday, December 17, 2010

New Hobby

Sejak dah beli baju swimming hari tu.. aku asyik menggedik nak mandi kolam.. hahaha
klu lelaki tersayang di offshore ni baca mesti geleng kepala.. i know u dear...

Aku kira beruntung sbb umah aku dekat ngan putrajaya.. Kat Putrajaya ada 5 kolam.. Presint 6, 5, 8, 9, 11 & 16. Aku dah pergi Presint 6, 5 ngan 9. Yang lain2 aku tak tau.. So aku story yg aku pernah pergi je la yea.. kang tak pasal2 aku sampaikan info salah..

Presint 6 best.. ada kolam saiz olimpik, kolam budak & ada kolam baby.. so nak bwk baby boleh la enjoy kat sini.. tempat dia pun luas.. klu org ramai pun takde la crowded sgt.. nnt klu aku amik gambar aku upload kat sini ok.. tp korg leh tengok kat blog ni.. dia ada gambar...

Paling aku suka kolam presint 5.. Pusat Maritim.. aku suka sbb berbumbung.. lps tu kolam dia besar & tak dalam.. hahaha biasa la aku ni kan baru tahu berenang.. so tak confident lg nak terjun dlm kolam olimpik size.. hahaha belajar pun ikut internet beb! tak de budget nak pg kelas swimming ni.. Aku suka pg kolam presint 5 ni time semayg jumaat.. confirm semua pompuan.. so peace full sket..

Ada perubahan la sejak aku suka berenang ni.. berat bdn aku 48kg.. so maintain lg ler.. kata cik abg sayg sure body cantik nnt.. tp aku tengok ramai je pompuan yg bersaiz besar ni berenang.. tak tau la kot2 diorg dulu lbh besar dr tu.. tunggu tengok je la..

Anyway.. akan aku jdkan hobi baru aku ni bertahan lama.. Esok nak gi kolam lagi.. boys.. lets go! yihaaa...

Tuesday, December 14, 2010

Mambo no. 5ive!!!


Sikit2 lama2 jadi bukit..! Kini sudah ada 5 follower.. well.. ehem.. ehem...
aku akan jd lebih berhemah... ooo yaa!!! baru aku teringat..

ok dengan ini aku nak pasang azam utk tahun 2011.. Aku akan cuba meroyan dlm blog or FB dengan lebih baik dari tahun 2010... muahahaha... aku akan cuba jd diri sendiri yg kekadang org tak kenal sapa aku.. aku tak kisah klu org suka ke tak.. sbb yg tak suka takkan bukak blog aku ni.. org yg suka je akan baca apa yg aku meroyan.. kan!!

to my dear.. this year punya ucapan birthday yg paling diingati.. next year kita dah 7 tahun bersama.. so sama2 lah kita berdoa semoga kita kan terus bahagia.. tak mau gaduh besar2.. gaduh kecik takpe.. hahaha tambah kuat kita punya cinta! yek!

Wednesday, December 8, 2010

End of the year

Reaching 31st Dec 2010...

Takde azam.. so aku takleh nak congak azam aku terlaksana ke tak.. malas dah nak buat azam sbb selalunya azam tu hangat2 tahi ayam.. susah nak capai.. aku ni byk sgt alasan, dalih itu dalih ini.. last2 berkubur terus azam aku ni pertengahan Januari lagi.. lupakaaannn...

Banyak peristiwa, kedukaan, tekanan dan kegembiraan.. Aku menghadapi pembedahan Fuzael seorang diri.. hanya sorg saja yg dtg melawat.. eli.. yg lain2, ada yg nak dtg tp aku tak bg sebab jauh.. & masa tu ada gelombang H1N1.. better tak payah.. aku mls nak menyusahkan org... susah senang aku hadapi sendiri.. bukan sombong tapi aku MALAS! Cuma ada byk isu yg aku susah nak lupakan.. Aku selalu meroyan tak tentu hala. Kejap sawan kejap ok... ptg ceria mlm mengamuk tak tentu pasal. Aku sendiri tak tahu kenapa aku jd mcm tu.. padahal dulu aku happy go lucky.. tak kisah apa jadi aku mls nak amik hati.. entah la.. teruk sangat ke tekanan aku? Jd suri rumah ni bukan susah sgt pun.. jaga anak2 sendiri bukan anak orang lain.. aku sendiri tak ada jawapannya.. apa yang pasti bila aku stress aku selalu dengar suara halus suruh aku buat macam-macam.. Ah!! lantak la..

Sekarang ni bibik Suyatni dah ada.. ringan sikit keja aku.. So sekarang ni aku sibuk mencari kerja.. hantar resume, pg interview.. malasnya.. kalau la boleh kerja dari rumah.. nak buat business tak tau nak buat apa.. modal pun tarak! keja la dulu sampai modal cukup.. insyaAllah.. ada rezeki ada la.. aku tak kisah.. rileks.... hahaha

anak2 aku ni.. asal aku nak berblogging ada je yg merengek.. si adik merengek nak main keyboard.. angah nak pisang! nasib baik kael rilek je tengok tv.. klu tak aku jentik jugak burung dia nnt.. sabar ibu.. sabar... anak2 mmg mcm tu... hahaha

Monday, December 6, 2010

Salam Muharam 1432 hijrah


Tahun baru, Kael pun akan berhijrah.. bukan berhijrah rumah or sekolah.. tp berhijrah ke alam dewasa.. InsyaAllah tak ada masalah hendaknya... Makin membesar dah anak aku ni... Nanti masuk sekolah plak.. lps tu klu dia pandai masuk asrama.. lagi pandai lagi masuk Universiti.. (InsyaAllah, amin).. dah mula berjauhan aku dengan anak sulung aku ni...

Kael baik.. dengar kata. Tapi kekadang lupa diri bila bermain sampai boleh hilang. Dia saygkan adik2nya... tak suka adik perempuan (Dont know why) Sekarang dia dah tak nak adik dah sebab takut bilik sempit.. hahaha klu dpt adik lelaki lg satu bilik 2 org la sayang oooiii... Dia pantang disuruh cepat je dia nak buat. Dia suka di beri perhatian bila bercakap. ha.. dia mmg suka bercakap, suka bertanya dan suka buat aku sesak dada dgn soalan yg remeh.. ikut perangai aku la kot.. hahahaha

Tak apa la.. janji dia anak yg soleh. Rajin solat, rajin mengaji.. kekadang dia ajar angah mengaji.. tp mcm biasa.. angah ni bertahan tak sampai 5 min.. lps tu malas mengaji.. sian abg dia.. hahaha