Tuesday, June 29, 2010

Cont .: Diary-all-in one

Meh sini aku sambung lg. itu pun klu aku ingat la detail activity aku tuh! hahaha lantak!

Sepanjang 3 hari duk kat kg takde apa yg menarik. aku pun tak shopping kat mana2 pun sbb aku dah planning nak shopping kat Cameron Highlands... aku nak borong bunga!! Cuma kali ni aku yg memasak. Sebab tangan Chek berbalut. So chek sila duk tepi. Biar menantu dia yg memasak. Tapi masih lg di tahap tak berapa nak excellent sbb tomyam tak berapa kick! Chek kena turun padang kasi adjust rasa. Baru terasa tomyam dia...

21st June 2010 - Monday

Aku bertolak balik ke KL dlm kul 9am. Seperti yang dijanjikan kami singgah sebentar di Cameron Highlands. Aku borong bunga ros 4 jambak. Satu pasu bunga ros hidup saiz besar. Sayur2.. lps makan tengahari terus bertolak balik. Ikut jalan ke Tapah. Berliku2.. kiri kanan... jln Simpang Pulai elok sikit... Sampai rumah dah petang. penat giler! tapi mmg best. Alangkah indahnya hidup bila dapat spent masa dgn anak2 & lelaki tercinta.. urgh!!!

now... 3rd July.. byk hari aku tertinggal blog aku ni. Bz... memasak, membeli dan menjaga Fuzael. hmm... bila nak pegang pc je abg dah menjeling.. aduh.. geram je rasa hati bila dia tanya tak update ke blog? lagi mau tanya! malas la nak cari pasal. rugi je merajuk2 nih. Dah la cuti tak lama.. Planning nak gi i-City tak penah jadi.. asyik hujan je.. bila abg dah naik kapal tak hujan lak! macam dah kawtim ngan bomoh hujan je laki aku nih!! mesti sengih2 je dia baca post nih..

ni aku nak upload gambar2 yg bg aku dah cun abih la... hehehe

Bunga ros yg aku borong kat Cameron Highlands..

Mamai di depan pintu rumah.. apa la..

Kasi geram sket...



Monday, June 21, 2010

Diari all-in-one

11 June 2010 - Friday

Lelaki tercinta di offshore call esok, flight pagi kul 6 lebih. So touchdown KLIA dlm jam 8 lebih am. Nak kena kejut hero2 jawabnya. Lps tu aku kena bersolek awal! Nasib baik esok. Sebab esok last day period aku... Korang fikir la sendiri. Malas aku nak taip cerita buang masa tu. Siang tu bukan main lagi aku mencari bulu mata palsu. Tapi yg nyatanya aku tak reti pakai! Macam mana tu?

Malam tu aku practice pakai make up. aku buat video call ngan abg nak bg tau bersemangat aku nak fetch dia kat KLIA esok! Sampai aku tido pun nak pakai make up! takut esok pg aku terbangun lewat tak sempat aku nak make up2.. almaklumlah amatur...

12 June 2010 - Saturday

Abg dah sampai. Fuzael tak kenal. dia takut dengan abah dia sendiri. Mula-mula macam tu la. Dah lama-lama esok... Hari ni takde apa-apa yang menarik. Just lepak2 kat rumah... huhuhu malas la aku nak layan korang... Abg bawak balik camera sempoi punya & ipod nano... aku suker!! cuma ipod ni aku tak suka sbb nak kena beli lagu.. ceh! betul2 buat duit!

13 June 2010 - Sunday

Attend kenduri kesyukuran rumah adik ipar aku di Sg Buloh. Makan kambing. Tapi aku tak makan. Aku sayg kambing. Takde apa yg menarik melainkan semua adik beradik aku & mak datang. Semua adik-adik aku dan bini-bini diorg datang. Bukan senang nak dapat keadaan mcm ni. Aku suker!! Tapi mak aku suka buat spoil!! aku nak amik gambar dia tak nak. Malu katanya.. kekadang aku bosan jugak dgn sikap mak aku ni.. tapi nak buat mcm mana.. takpe nnt family day aku akan make sure semua kena ada... yihaa!!!

14 - 17 June 2010

Takde apa yang menarik. Cuma abg janji nak tukar sofa baru! huhuhuh

18 June 2010 - Friday

Kul 10 am Bertolak balik PC. Fuzael tak berapa nak tido. Rafael tak sabar2 nak sampai umah Tok Chek dia.. asyik tanya bila nak sampai.. adeh.. Yg Kael... mcm biasa asyik nak tengok video... Perjalanan siang ni betul2 memenatkan berbanding malam. Cuma malam ni mengantuk. Siang ni macam2 hal. Nak kencing la nak berak la.. lapar la.. tak ketinggalan panas.. almaklumlah.. tinted city tu dah 4 tahun usia dia.. dah ada yg mengelupas! nak kena tinted baru. bila tu agaknya. Kalau dengan Mohd Elias tu byk kali postponed! Kul 4 pm sampai Pulai Chondong. Nampaknya kedai2 yg terbakar tu ada yg dah mula nak naik semula. Aku lupa pulak nak amik gambar..
Rafael & Kael jejak je kaki ke tanah kelantan... terus berlari mengejar ayam dan kucing! Kat KL takde. Kat kg je la boleh jumpa... lantak korang la.. janji jangan lari jauh2.. Tu la kat kg ni anak2 aku seronok sgt. bebas pergi ke mana saja asalkan di sekitar rumah. nak pulak jiran Chek (aku tak ingat nama) ada anak kecik jugak. So boleh buat kawan la..

Yg paling best kat kg ni.. tido waktu malam.. syok sgt! tak payah pakai aircond. Sedap tido sampaikan si Fuzael tak sedar langsung! tido nyenyak sampai ke pagi! aku pulak asyik2 terjaga sebab dah biasa. dgn suhu sejuk kipas atas kepala, tilam sejuk + empuk! aku sengaja tak nak pakai kelambu sbb kelambu ni block angin sejuk. Aku just sapu cream anti nyamuk kat seluruh tubuh budak2 tu.. InsyaAllah takde gigitan nyamuk.

Sedapnya tido. Ayam berkokok pun tak sedar2

Si adik nak kejutkan abg dia yg liat nak bangun

Bangun je tido terus nak keluar umah bermain. apa nak jadi la..



Ada lagi cerita tapi aku nak buat kerja dulu.. nnt aku sambung lagi.. tata..




Back after long leave...

Biasa la.. bila bos balik aku dah mls nak online sgt... byk keja beb! memasak, mengadap dia, berjalan2 menghabiskan duit dia & bercuti serta menghabiskan duit dia.. hahaha.. mmg kerja aku menghabiskan duit dia.. kalau gaji dia masuk, dia tak sempat fikir aku dah buat planning utk dia apa nak buat... otak aku dicipta untuk itu.. so aku takkan mengalami sindrom jem otak bila memikirkan apa nak buat dgn duit dia.. ahaks.. tak berguna langsung punya bini!

nnt aku akan cerita percutian aku kali ini... byk gambar2 utk di uploadkan.. tunggu....

Monday, June 7, 2010

Tikam kawan sampai mati!

Kambing pun dah takde keja dah...


Yes! kalau itu terjadi aku dah mati 7 or 8 tahun yg dulu. Aku di tikam, maruah aku di jaja. Macam-macam cerita aku di sebarkan. Oleh kawan baik yg berkongsi satu cawan teh. Share makan sama-sama. Malam hari bercerita hingga lena. Tapi, hilang saja kelibat aku, mulutnya lancang bercerita tentang keburukkan aku. & aku tidak sekali-kali membalas. Aku malas menjadi sehina dia. Aku ambil keputusan mengundurkan diri tanpa sebarang perdebatan. Kerana semua org tahu lagak laku aku. Aku tak perlu mempertahankan cerita bg pihak aku. Even all her stories is true, org cuma akan nampak who is she and what i am.

Kerana... orang yg menjadi pendengar setianya sendiri membuka kisah dia menikam aku. Org itu sudah nampak siapa benar siapa yg jahat! Aku tak payah berusaha untuk membela.. I dont want to be just like her.. Kalau org nak percaya apa yg dia mengarut biarkan labu.. aku no heart feeling.. aku dah takde kat situ dah. bukan nak lari tapi aku malas nak memperbodohkan diri aku. sampai masa dia sendiri akan sedar... hingga kini aku tahu dia masih rasa bersalah...

So kalau kau di tikam, jangan sekali-kali ikut gerak laku dia. nampak lebih buruk kerana wajah kau lebih ketara dendam darinya. Just do you best to show whats the true is... believe me people will see it. waktu itu org akan nampak wajah dia yg sebenarnya... bukan lawa pun! hahaha

Thursday, June 3, 2010

FB oh! FB...



hahaha... suka aku bila tengok FB ni.. macam2 hal ada..

Bila dah sent post.. dah takleh tarik balik... kalau delete org dah baca dah.... dooww... jd la terlajak perahu boleh di undur.. terlajak comment? sendiri mau ingat... It happen to me also... aku comment lebih2.. tangkap sentap pulak! so aku malas nak cari pasal lagi.. aku delete terus dia dr list friends aku.. PUAS HATI AKU! biar aku tulis besar2 kasi clear yg aku betul2 puas hati.. sebab mulut aku jahat.. apa yg aku comment semua tulus dan ikhlas.. takde plastik2... klu kau takleh terima gurau.. duduk diam2 kat tepi... jgn kacau view cantik aku.. baru clear FB aku mak! hahah bila aku dah delete so aku tak nampak semua post or gambar eksyen dia.. aman mata mak you!

tu satu kes...

kes kedua bila kita nak pg bercuti tapi tak nak certain org tau.. tp org itew ada dlm list kawan2 kita.. tapi kita still buat post yg menunjukkan kita nak pg bercuti.. so org itew nampak la.. jadi la peperangan alam maya.. amik kau! jawab la.. menggelabah member.. hahaha... pakat2 call kawan2 tanya apa nak buat... aku larik!!! malas nak masuk campur... lantak ko la.. gaduh la kat tengah2 padang sana! kena fire ultraman makcik ni.. takde perisai kau..

kes ke 3... sampai kena buang keja pokcik nih!

ha.. ni pun satu samdoll!!! baru start keja.. lps tu nak mintak cuti tak tau nak bg alasan apa.. call bos kata bini sakit tenat kat ICU. cancer.. tak lama lps tu hantar sms kata bini meninggal.. the whole entire office terkejut even aku tak kenal sapa mamat nih.. pun terkejut.. buat2 kenal je la.. baru keja seminggu mana aku kenal.. pakat2 simpati.. collect duit bg derma.. ishk2... kesian anak 4 org kecik2 lagi.. bini dah mati.. so aku yg jahat ni betting la.. mesti dia kawin lain even kubur bini basah lagi..

Bini mati apa.. dia tak balik bercuti lagi dah kecoh satu office dia berposing baek punya kat kenduri kawin member.. yg samdolll pun satu hal pegi hantar kat FB sapa suruh? dah kau tau ada officemate yg kau dah add dlm FB. So diorg tau la sandiwara kau doll! HR call rumah wife dia sihat walafiat! takde cancer2 nih.. apa nak dikato... kena buang kerja kawan.. baru terbongkar HR tak buat keja betul2.. main amik org penipu mcm ni.. hahaha.. amik korg! suka aku dgr gosip2 mcm ni..

So tak payah la korg nak merengek2 dlm FB, meluah rasa cinta.. bukan semua org suka baca,.. aku pun kekadang ada jugak antar kata rindu kat laki aku.. no respond from him.. buat malu jerk! laki macho mana leh merengek2 dlm FB, hilang jambul rambut sey!!

kalau nak bergaduh dlm FB tak main la.. tak puas ati meh la jumpa face to face.. ada berani?? aku pun dlm dua jugak nak gaduh ke tak.. huhuhu ganas la konon.. chait! pigirahh.. kena sound sikit dah takleh tido malam.. blah la..