Kata Prof Dr. Muhaya
Kanak kanak yg besar dgn pujian belajar yakin diri, mereka yang sering di kritik akan rendah diri dan akan menjadi panas baran kerana tidak mengasihani diri mereka dan orang lain. Kasih sayang kuasa terbesar di dunia. Penyelesaian segala masalah. Jom tingkatkan kasih sayang
Aku tak ada niat nak buka pekung kisah lama.. tapi ini utk pengajaran aku sbg ibu.. aku xnak anak2 aku mengalami kisah yg sama..
Dulu aku susah nak dpt pujian. aku selalu digelar wajah tak cantik macam nyonya jual sayur. bukan sekali tapi berkali-kali.. hingga aku rasa rendah diri sgt.. entah la.. smpi sekarang sebenarnya.. aku masak tak sedap, walaupun orang lain mengatakan sebaliknya..
kawan-kawan... seboleh-bolehnya kita selalulah puji anak-anak kita secara ikhlas.. walau sekecil mana pun kebaikkan atau kelebihan mereka.. kita harus puji. Hati anak-anak ini akan ceria & gembira bila kita puji mereka.. seperti dunia itu dia yg punya... jgn ego! kita takkan dapat apa-apa kelebihan klu kita ego. keegoan kita akan menjarakkan hubungan antara kita dgn anak-anak. Seperti kita sedang membina tembok tinggi yg tebal antara kita dgn anak-anak. Anak-anak tak pandai dari segi psikologi nak fikir apa makna perlakuan kita. mereka masih kecil. dunia mereka hanya dalam rumah. Kalau dalam rumah itu sendiri sudah ada tembok besar, tak mustahil kalau mereka lebih suka dunia luar. mencari org luar yg kita sendiri tak tau apa niat mereka. Aku sendiri, sewaktu anak dara sunti tak pernah bincangkan perihal gadis. Apa itu datang bulan. Kenapa ada berbagai jenis pad, tebal, nipis panjang pendek.. aku tak pernah didedahkan ilmu sebegini di dalam rumah. Even though i'm the only daughter in that house. hmmm... takpe la.. itu kisah lama. Aku pun dah tak nak ingat semua tu. Itu sebabnya aku takut utk ada anak perempuan. Kerana aku takut secara natural aku akan melayan anak aku sebegini... Kalau dengan anak lelaki jiwa mereka kasar sikit.
Jadi aku tak nak apa yg aku alami terjadi pada anak2 aku.. mereka memang agak 'baik' tapi masing2 ada keistimewaan yg tersendiri.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment