Aku kalau boleh nak elak pergi spital gomen. Banyak bad experience aku ngan spital gomen nih! Pagi tadi aku bawak Fuzael gi spital gomen la. Dah buat appointment last week through phone. Sampai dlm kul 08.15 am. Cari parking keta aje dah dekat setengah jam. So aku park la kat luar. Jauh jugak la walking distance dia.. nasib baik aku bwk stroller. At least Fuzael lena dlm stroller tu. Lepas tu aku masuk klinik surgery.. mak aih.. punya la ramai orang menunggu. Ok la lagi. Lepas tu menunggu nak amik nombor dah abih sebotol susu Fuzael.. Hangin dah aku masa tu. Dah la kena tazkirah ngan satu pakcik ni. Boleh sakit kepala aku dengar. Tapi mak aku tak ajar aku biadab. So aku dengar dengan penuh kusyuk tazkirah di pagi isnin yang menyesakkan. Suruh aku banyakkan bersabar dalam membesarkan anak istimewa. Tapi dia tak tau aku tengah bersabar menunggu nombor sambil mendengar tazkirah dia tu. Aduyaiiii...
Bila dah dapat no masa tu dah pukul 10 (imagine la berapa lama kena tunggu) terus aku pegi kat area bilik2 doktor. Ramai yang dah terlena menunggu... ini la dia 1Malaysia : Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Dah la no giliran melompat2.. aku dapat no 2009, aku excited la nampak kat pintu bilik tu nombor 2008. Dah la lama menunggu sampai susu Fuzael yg botol kedua dah nak abih, nombor tu boleh melompat lak gi 2010. Si Fuzael dah meraung2 nak tido. Dah 2 kali dia bangun tido bangun tido, tak settle2 lagi urusan check up dia. lepas no 2010 dia boleh pegi no 2003. apa punya ISO la spital ni. Dah la aku tak larat jawab soalan yang sama dari orang2 yang prihatin bila tengok Fuzael. Tapi mcm aku ckp td. Mak tak ajar aku jd biadap. So aku beramah la menjawab soalan. Masa ni aku aku harap "Lelaki tercinta di offshore" ada. Hmm... apa boleh buat. Kehidupan zaman sekarang memaksa kita berjauhan. Dia pergi berjihad, aku disini membesarkan anak-anaknya. InsyaAllah, semuanya untuk masa depan anak-anak.
Balik pada cerita spital gomen. Aku actually dtg spital ni sebab nak mintak doktor buat surat sokongan je. Aku pun tak faham kenapa susah sangat. Aku kena tendang mcm bola, tanya doktor, doktor kata takleh buat kena gi Record Dept. Pegi Record Dept, diorg jawab doktor yang kena buat. Sebab kata PIC Record Dept tu klu diorg buat makan masa 2 bulan. Aku pun tak faham kenapa diorg tak faham surat apa aku nak. aku siap bawak borang nak bg diorg faham tapi.. entah la. sakit hati pun ada. Fuzael dah melalak mintak susu. Susu lak dah abih. aku terpaksa bg dia air mineral. Sebab susu tepung semua ada kat dlm keta. Aku tak sangka la pulak service spital ni lembab giler. Aku dah malas nak duk lama-lama kat spital gomen tu aku pun balik. masa tu dah kul 1230pm. Matahari terik. Kesian Fuzael. Nasib baik aku beli stroller yg cover dia penuh. So dia tak kena sinaran matahari la. masuk dlm keta aku buat susu cepat2... terus lena dia dlm keta. Tu pasal la aku tak suka beranak kat spital gomen ni. Ramai yang suka lepas tangan. Tak berani buat la.. tak tau nak buat la.
At least aku pegi takde la sia-sia. Date nak operate Fuzael dah dapat. Paling awal 24th Dec 2009. Lambat lagi la.. hmm... Satu lg klu nak buat 2nd operation lepas dia umur 8 bulan. aku terfikir macam mana dia nak makan nanti? hmm...