Cerita ni mengisahkan Ishann (Darsheel Safary) kanak-kanak berusia 8 tahun yang dunianya penuh dengan imaginasi. Taksub pada sesuatu yang orang lain tak hargai. Dia begitu gemar melukis hinggakan dia boleh melukis lukisan yang begitu luarbiasa. Imaginasinya di luar kemampuan kanak-kanak seusianya. Namun kebolehannya ini tidak dianggap penting oleh ibu dan ayahnya. yang mana mereka lebih mementingkan pembelajaran. Ishann mempunyai masalah penerimaan pembelajaran. Dia sukar membaca, menulis dan mengira dengan betul. Oleh kerana itu, Ishann selalu memberontak. Ayahnya bertindak menghantarnya ke sekolah berasrama yang penuh displin. Ini membuatkan Ishann lebih tertekan. Semua guru-guru di sekolahnya tak putus-putus menghukumnya dan digelar pemalas dan bodoh. Akhirnya dia sudah jauh dari dunia realiti. Dia sentiasa ketakutan, murung dan tersisih Hinggakan dia sudah tidak mahu melukis, sesuatu yang paling digemarinya.
Satu hari datang seorang guru ganti lukisan, Ram Shankar Nikumbh (Amir Khan) yang lebih gemar murid-muridnya meluahkan imaginasi melalui lukisan. membiarkan kanak-kanak ini belajar dengan riang. Ram mendapati Ishann sentiasa murung dan dia berusaha membantu Ishann dari terus lemas.
Penyakit Ishann ni di panggil Disleksia. Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar. Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak. Penyakit ini masih boleh di atasi dengan membantu kanak-kanak ini secara khusus dan beransur-ansur. Pendekatan melalui deria sentuhan dan pendengaran. Pengulangan semasa mengajar atau belajar secara berlebihan juga boleh membantu. Namun harus jangan terlalu mendesak kanak-kanak ini.
Selalunya kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding kanak-kanak perempuan. Antara orang-orang yang mengalami Disleksia tapi masih boleh berjaya malah di gelar genius adalah, Leonardo da Vinci, Elbert Einstein dan Whoopi Goldberg.
Aku suka sangat cerita ni. Ending dia membuat aku lebih sebak bila scene Ishann tengok lukisan Ram. Dia jadi sungguh terharu bila lukisan tersebut adalah wajah riangnya. Lantas dia memeluk guru itu, satu-satu guru yang berjaya membuat dia mengenali dirinya sendiri. Mikael pun suka tengok movie ni. Tapi seperti biasa dia mmg banyak tanya. Sampai buat aku takleh concentrate.
Antara lukisan-lukisan dalam movie tu. Aku akan cari DVD dia buat koleksi. Pasti! Lepas je aku tengok movie tu. Aku borak-borak dengan Kael. Terasa aku ni garang sangat dengan dia. Dah la abah dia jarang-jarang balik. Ibu dia pulak garang, asyik marah aje. Kesian lak aku tengok dia. kang kurang kasih sayang pulak. Balik ni aku nak peluk cium dia. Hmm... rindunya kat budak budak...
Antara perbualan malam tadi yg buat aku rasa sayu...
Aku : Abang sayang ibu tak?
Kael : Sayang
Aku : Ibu garang tak?
Kael : Takde lah
Aku : ye ke? kan ibu selalu tarik telinga abang?
Kael : Mana ada lah ibu. Kita tak ingat pun
Aku terdiam. Padahal petang td aku tarik telinga dia sebab lari kat luar umah tak tengok kiri kanan. Aku takut ada kereta tetiba keluar simpang.
Dan untuk menebus dosa aku tidur sambil peluk dia. Dia suka sangat!