Friday, December 9, 2011

aku berserah...

Sepatutnya hari ini aku dpt menghilangkan tekanan yg aku hadapi selama 2 minggu yg lepas. Jgn harap la. aku dah cuba utk tebalkan dinding ketabahan ini. tp setiap kali aku cuba tebalkan, ia akan tetap terhakis. bermacam cara aku cuba untuk menghilangkan rasa amarah. tapi aku tetap diduga.. Ya Allah, kalau ini ujianMu, aku bermohon agar Kau jadikan aku seorang hamba yg redha & tabah untuk aku hadapinya sendirian...

Dikala aku dalam kesedihan, aku tak ada sesiapa. aku pandang kiri dan kanan tak ada siapa yg boleh aku luahkan rasa sedih ini. aku tengok hp aku, tak ada sesiapa yang boleh aku call untuk aku share tangis aku ni. ya.. memang tak ada. aku hanya ada laptop kecil ni. yang boleh aku taip apa saja yg terlintas di hati bukan fikiran. Kerana di fikiran aku dikala ini hanya ingatan kisah-kisah sedih yang lampau. ini bisa menambah lagi rasa sedih yang tiada berpenghujung.

Entah la kawan-kawan. aku nak merayu pada Allah untuk buang segala tangis ini. untuk aku hadapi hari esok tanpa tekanan. buanglah rasa ini jauh-jauh. malam ini nangis la sepuasnya. hinga tiada tangis esok hari. Hanya padaMu Allah. aku berserah...

2 comments: