Taraaa.... blog aku dah berubah wajah. Seperti life aku.. Aku dulu yg boring lesu lemau kini perlahan-lahan berubah menjadi sibuk & bertenaga.. kerana aku sudah temui hobi yg bermanfaat & mendatangkan hasil. Bukan kata hobi2 aku seblm ni tak berguna, tp tak mendatangkan hasil la.. asyik menghabiskan beras.. hahaha
Meh sini aku share resepi tart ni. Aku dpt dr
blog ni.
Utk Bahan-bahan untuk Pastri Tart
200g mentega
100g gula ising
1 bj telur
400g tepung gandum
1 cmt esen vanila
Cara membuat Pastri Tat
- Kacaukan mentega dan gula ising sehingga sebati. Tidak perlu terlalu kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
- Tambahkan tepung gandum dan gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut.
- Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan.
- Tekankan kedalam acuan tat yang telah dilenser dengan mentega
- Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
- Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga masak. Masak lebih lama untuk oven tanpa turbo fan.
- Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
- Simpan didalam balang sehingga diperlukan.
Utk inti cheese blueberry aku amik dr buku resepi Chef Hanieliza.
250gm creamcheese
50gm mentega
80gm gula halus
Cara-cara buat inti cheese blueberry
Pukul semua bahan sehingga gebu
keluarkan tat dan masukkan inti blueberry dah krim keju.
Bakar selama 5 min
Siap!
Untuk Fruit Tart aku amik dr myresepi.com
Mat Gebu punya resepi
- 300 ml susu segar
- 3 biji kuning telur
- 50 g gula halus
- 20 g tepung gandum*
- 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
- 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega
UNTUK KRIM PASTRY:-1. Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api.
2. Dalam bekas lain, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim.
3.Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang.
4. Masak adunan tadi secara double boiled atas api dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega. Kacau hingga sebati.
5.Letakkan sedikit dlm pastry tart & hiaskan buah2.
6. Jika nak lebih cantik sapukan buah2an dgn instant jelly yg di masak dgn air atau guna jelly apricot yg dimasak dgn air juga..
7. Jika ada lebih krim pasty ini, simpan di dalam bekas yg bertutup rapat di dlm peti sejuk.
Itu saja utk hari ini.. klu nak order boleh la email kat norhaida.wahid@gmail.com. hehehe... ok la daaa....
No comments:
Post a Comment