Saturday, August 20, 2011

super duper busy! wah!


Aku busy.. busy buat kek & biskut samperit.. hahaha... aku tau aku lambat.. well nak buat mcm mana.. oven baru dpt.. so sapa2 nak order msg je ok.. insyaAllah sedap.. itu je la buat masa ni.. aku xde kesempatan nak menaip panjang2.. da..

Monday, August 8, 2011

Open clinic for cleft patient

Hari ini, aku tabik dengan ibu-ibu diluar sana yg dianugerahkan anak-anak istimewa tak kira kecil atau besar, terutamanya ibu tunggal.. Anda memang tabah hadapi dugaan dalam menjaga amanah Allah yg istimewa ini. Syurga menanti anda. Sy masih jauh untuk berdiri sama level dgn ibu-ibu mithali ini. Dugaan sy terlalu kecil jika dibandingkan dgn dugaan yg ibu-ibu hadapi. Tahniah kerana anda terpilih untuk menjaga anak-anak istimewa ini.. tiada pingat atau penghargaan yg layak untuk anda.. Hanya ganjaran dari Allah saja yg mampu membalas segala pengorbanan ibu.. terima kasih kerana sudi menyayangi anak-anak ini.. mereka sememangnya bertuah memiliki ibu seperti anda..

Sila teruskan membaca kenapa mukadimah aku sebegini...

Korg tengok la kat gambar di atas. ada 6 doktor pakar attend Fuzael. Mereka pakar for each discipline yg berkait rapat dgn cleft patient. Dari kiri, nama aku tak tau tp dia speech therapist, Prof Goh Bee See ENT Consultant, Dr Faizal Plastic surgeon, Dr ni aku tak ingat nama dia apa tadi specialist for palate, Ms Bee Audiologist & doktor ni pun aku xtau nama sbb dia xpakai name tag tp dia specialist gigi.. hehehe.. nampak betapa keciknya anak aku di sisi org2 yg tinggi ilmu ini. Ibu doakan semoga Fuzael pandai macam doktor-doktor ni yea.. Nanti boleh rawat migrain & tekanan darah rendah ibu. Amin..

Aku smpi HUKM td dlm kul 12 lebih. Aku lepak kat 7th floor sebab situ je yg peaceful sket. tak ramai org & tak ramai nurse. Aku biarkan Fuzael & Rafael main kat playground situ kejap. dlm kul 1 lebih aku turun gi ENT clinic kat 1st floor. So staff situ suruh aku dtg balik dlm kul 2.

Then aku decide terus ke surau nak solat zohor. Apa yg menyiksakan aku ialah, aku tak boleh nak buang air kecil!!! angah duk nak main air kat sink. Adik plak nangis2 kat depan jamban. Korg imagine la mcm mana keadaan aku masa tu. Seksa!!

Tp seksa aku tak habis disitu. Ia bersambung plak kat surau. Aku bagi angah main Angry Birds kat laptop. Adik pun nak tapi dia tak pandai. Entah apa dia tekan game tu duk off. Satu surau dengar diorg berdua ni menangis. angah nangis sbb berebut laptop ngan adik. So aku bagi plak angah main HP aku. tengok video2... adik plak buat perangai. Dia nak HP tu. Berebut lagi!! Aduhai, macam mana aku nak semayang ni?? Aku teringat yg dlm laptop ada video lain. So aku bg angah laptop adik HP. bila diorg dah tak berebut cepat2 aku solat. Buat yg wajib je. Sampai kain telekung aku londeh! sbb aku terlupa nak ikat kuat2. Harap Allah terima solat aku.

Bila dah abih solat aku cepat2 pergi ke ENT clinic. Masa tu aku dah lewat 15min. Masa tu aku baru sedar patient yg menunggu semua nya cleft. Ada yg 1thn, ada yg dah sekolah, ada yang dah remaja. Baru aku sedar ni mmg sesi utk cleft.

Aku ni jenis orang yang boleh bersabar menunggu. TAPI... klu ada sesetengah situasi yg boleh buat aku tensen bila menunggu. Contoh mcm tadi angah & adik asyik berlari satu clinic.. klu berlari aje aku tak kisah la. Dah namanya budak-budak... tapi klu asyik nak terjatuh je lps tu bergolek2 atas lantai sapa tahan? kotor tu!! Aku mula la naik angin.. Kul 3.30pm tak panggil2 lagi. Apa yg buat lama sgt dlm bilik tu? Nak dekat kul 4 baru turn Fuzael. Masa tu angah dah tertido atas sofa. Letih sbb menangis aku buat2 tinggalkan dia. dia tdo tak sampai 5 min. Dah terjaga. Kesian aku tengok.

Bila masuk je dlm bilik rawatan, aku nampak ramainya doktor. Ada Prof Goh, ENT fuzael. Baru je hari jumaat ari tu jumpa dia. Ada Ms Bee Audiologist yg buat hearing test Fuzael jumaat lepas. Punya ramai doktor... rupa2nya inila open clinic.. himpunan almost semua doctor2 yg berkaitan dengan cleft lip & palate problem. Bila diorg dah tengok lelangit Fuzael, Prof Goh call Dr Faizal utk datang & berbincang kes Fuzael ni. Sbb aku ckp doktor Faizal kata tak boleh operate hard palate dia until he reach 6 yrs old. So in mean time, pakar speech buat test sket kat Fuzael. Macam test pemahaman kata dia la. Fuzael tak boleh nak give cooperation sebab dia takut & malu. Tapi doktor tu pandai. Dia tanya gambar kat baju Fuzael. Fuzael boleh jawab loud & clear Ben 10! hahah so doktor tu assume pemahaman dia bagus. Cuma situasi yg buat dia tak selesa nak jawab soalan. Bilik tu jd sempit sebab ramai doktor & nurse. Kelam kabut jadinya. Nak plak Fuzael ada 3 fail. Satu kat bahagian gov, satu kat pusat pakar & satu lg kat Speech therapy.. berapa byk fail da...

Then Prof Goh suruh aku tunggu lagi sebab diorg nak panggil Dr Faizal, which is dia baru habis OT. Nasib baik la doktor2 ni baik je.. aku pun jadi ok je.. even tired & thirsty.. puasa derr...

Nurse bg aku surat rujukan ke orthodontik utk check up gigi Fuzael. Aduh.. bertambah lg satu appointment! aku ingat dah lega dah.. dugaan.. jgn diorg bagi date dlm bulan puasa ni lagi sudah.. tak larat lagi dah nak dtg HUKM.. tak smpi 5 min diorg panggil aku balik.. then aku nampak Dr Faizal.. mcm biasa dia nampak hensem je.. hehehe.. sejuk je mata aku tengok dia.. lps tu diorg biarkan aku terpinga2.. diorg discuss lagi condition Fuzael, kenapa dia tak boleh operate cantumkan hard palate & nak buat gusi... Bila diorg dah discuss they brief aku the situation.

Fuzael tak boleh buat operation cantumkan hard palate till he reach 6 yrs old. Itu pun tengok condition dia jugak sbb gap palate dia boleh dikatakan besar gak. Satu lagi gusi dia pun tak boleh buat sekarang unless dia berumur 4 tahun. Lagi 2 tahun la.. itu pun kena tengok condition dia jugak coz he too small for this operation. Hmm.. so aku kena jumpa doktor gigi dulu then jumpa doktor palate after that jumpa doktor faizal (yg ni aku suka!) in yearly.. Klu jumpa doktor faizal every month tak boleh ke? hahaha... gurau je boss...

So ini je la keadaan aku hari ini. Yang pasti aku kepenatan+kelaparan+kemengantukkan.. boleh ke eja mcm ni.. gasak la..

sambung lagi di lain entry yea.. Daaa....


Friday, August 5, 2011

Audio Test - Excellent.. syukur..

Hari ni Fuzael ada appointment ENT ngan audio test kat HUKM. Pagi2 senang nak cari parking. Nasib baik org tak ramai so aku tak menunggu lama. Belum pun sempat duduk, dah dipanggil masuk. Lega.. Fuzael pun xsempat main lama kat playground. Air dah takde so kena gi buat audio test dulu, then Prof Goh akan check lg sekali.

Sambil menunggu giliran, kita main dulu!!

Penat bermain kita fill up pulak!!

Kat audio room. tengah nak masukkan ear plug for ear test

Baik je.. anak sapa la ni.. hahaha

Inilah rupa ear plug tu...

Nurse mengajar dia cara2 test tu... bila dgr bunyi masukkan mainan tu kat palang kayu tu

Seronok je dia main permainan tu


So kali ni dia buat sendiri... nasib baik reti mengikut arahan


meleleh air liur buat test.. hahaha


sampai je rumah dia tido.. penat tu berlari2 satu hospital

comey kan.. hahaha

Anyway, result dia Alhamdulillah bagus. Excellent so xpayah la nak buat audio test kerap. Just setahun sekali je.. lega ibu.. xde la kena ulang alik gi hospital sesorg.. penat tu... lenguh tangan2 ni.. ok la.. itu saja yg dpt aku share kali ni.. tata...

Wednesday, August 3, 2011

Nothing..


Tak ada apa yg boleh aku share. Sekarang aku dalam process pembetulan perasaan dan jiwa. Biarkan aku sendiri..
Semoga Allah lindungi aku dan anak-anak kesayanganku