Saturday, October 29, 2011

New life without stress


Yup! kesunyian di blog ini menandakan aku tidak dilanda kesunyian & stress melampau... Sbb kat sini je aku selalu meluahkan rasa sedih. But now aku sudah berjaya mencari jalan keluar dr kemurungan. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana Kau tunjukkan jalan utk ku meniti hari bersama anak2 tersayang dgn lebih bermakna & bahagia.

Last time aku bwk anak2 bercuti kat Grand Lexis PD. Kat sini je la yg dekat & anak2 aku enjoy.. Pada gambar2 yg aku dah upload ni dah tentu menceritakan betapa seronoknya budak2 ni kat hotel. Almaklumlah pengertian bercuti bg Mikael, Rafael & Fuzael adalah mandi kolam. So hotel ni adalah yg terbaik utk mereka.. yaa!!!!








Sunday, October 16, 2011

Speach Therapy


Actually dah lama aku nak post kisah Fuzael gi speach therapy ni. Tapi aku sejak berkecimpung dgn dunia perniagaan ni.. aku bz giler. Mmg xde masa nak taip panjang2. Mlm ni aku xde order for tomorrow, so aku ada masa nak update blog.. sorry kekawan. serius aku mmg sibuk. Tido pun xcukup. Tp klu xde order aku rasa nak buat kek jugak.. xtau la seronok kot! hahaha...

Anyway kita proceed kisah psl speach therapy. Fuzael kena attend speach therapy sebulan sekali. Dah byk kali dah dia attend therapy ni.. ada byk jugak perubahan & perkembangan. Nama therapist tu Ms Wei Li. Soft spoken. hehehe... Fuzael memula takut ngan dia.. tp Ms Wei Li tau nak break the ice. Now Fuzael dah tak takut ngan dia. Fuzael jd enjoy setiap kali appointment. hmm...

Ada pelbagai permainan disediakan utk Fuzael, main bubble la, main potong buah & mcm2 lagi.. Fuzael mmg enjoy.. Aku pun xpressure... xpayah nak Q panjang. Menunggu pun xlama. hmm.. kan bagus klu semua dept mcm ni...





Saturday, October 8, 2011

New blog?

Ok.. aku xnak campur adukkan blog aku ni ngan personal & business. So if korg nak tengok or order cake just go to this blog http://cutepinkmixer.blogspot.com/. Kat sana ada byk gambar2 kek yg aku dah buat utk customer aku.. & this blog will be back as before.. my diary hahaha... da...

Cake Red Velvet



Ada kenalan aku request cake Red Velvet ni.. memula aku mcm ha? kek apa tu.. then aku belek kitab resepi aku tak kira hardcopy & softcopy.. then aku terjumpa blog ni.. http://cikmin.com/2011/01/red-velvet/.

Aku pun buat la.. Tp kerana aku terleka masa buat kek ni.. aku lupa nak gris loyang sblm bakar.. tu yg rupa kek aku hancur tu.. tp rasa dah sedap.. Takpe la.. aku potong je mana yg boleh. sapu je topping. Tp punya la payah nak deco cake yg hampir menyembah bumi tu.. baru ku tahu kenapa org duk gilakan kek ni.. Actually kek ni biasa je.. tp toping dia tu mmg marvelous!! Nasib baik body aku ni xpayah diet.. so aku leh bedal seketul cheese.. klu kek tu kita mkn without topping, rasa dia biasa je..

Tuesday, September 20, 2011




Taraaa.... blog aku dah berubah wajah. Seperti life aku.. Aku dulu yg boring lesu lemau kini perlahan-lahan berubah menjadi sibuk & bertenaga.. kerana aku sudah temui hobi yg bermanfaat & mendatangkan hasil. Bukan kata hobi2 aku seblm ni tak berguna, tp tak mendatangkan hasil la.. asyik menghabiskan beras.. hahaha

Meh sini aku share resepi tart ni. Aku dpt dr blog ni.

Utk Bahan-bahan untuk Pastri Tart

200g mentega
100g gula ising
1 bj telur
400g tepung gandum
1 cmt esen vanila

Cara membuat Pastri Tat
  1. Kacaukan mentega dan gula ising sehingga sebati. Tidak perlu terlalu kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
  3. Tambahkan tepung gandum dan gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut.
  4. Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan.
  5. Tekankan kedalam acuan tat yang telah dilenser dengan mentega
  6. Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga masak. Masak lebih lama untuk oven tanpa turbo fan.
  8. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
  9. Simpan didalam balang sehingga diperlukan.

Utk inti cheese blueberry aku amik dr buku resepi Chef Hanieliza.
250gm creamcheese
50gm mentega
80gm gula halus

Cara-cara buat inti cheese blueberry
Pukul semua bahan sehingga gebu
keluarkan tat dan masukkan inti blueberry dah krim keju.
Bakar selama 5 min
Siap!


Untuk Fruit Tart aku amik dr myresepi.com Mat Gebu punya resepi

  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega
UNTUK KRIM PASTRY:-

1. Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api.
2. Dalam bekas lain, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim.
3.Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang.
4. Masak adunan tadi secara double boiled atas api dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega. Kacau hingga sebati.
5.Letakkan sedikit dlm pastry tart & hiaskan buah2.
6. Jika nak lebih cantik sapukan buah2an dgn instant jelly yg di masak dgn air atau guna jelly apricot yg dimasak dgn air juga..
7. Jika ada lebih krim pasty ini, simpan di dalam bekas yg bertutup rapat di dlm peti sejuk.

Itu saja utk hari ini.. klu nak order boleh la email kat norhaida.wahid@gmail.com. hehehe... ok la daaa....


Sunday, September 11, 2011

Cake Caramel Pelangi





Another cake caramel yg aku buat. This time aku buat utk mak. Alhamdulillah ramai kata sedap dan lembut. So kalau ada sesapa nak order just email la yea.. norhaida.wahid@gmail.com

ukuran cake diameter 9", tinggi 3" & berat lebih kurang 1.5kg. Delivery sekitar Klang Valley. Order at least 1 day defore delivery date.

Friday, September 9, 2011

Kek caramel



Lately ni aku belajar cara nak buat kek ni.. Kek caramel castard. Aku tak tau the correct name of this cake.. tp rasa dia mmg sedap! cara nak buat dia pun senang je.. korg leh refer to this blog, http://anyambakul.blogspot.com/2011/05/kek-karamel.html

Kalau korg nak order just email kat aku norhaida.wahid@gmail.com. hehehehe... business sampingan sambil mengisi masa lapang.. klu nak order apam yogurt pun boleh, biskut samperit & kek coklat moist aku terima.. price boleh deal sbb aku baru belajar.. hehehe