Wednesday, August 3, 2011

Nothing..


Tak ada apa yg boleh aku share. Sekarang aku dalam process pembetulan perasaan dan jiwa. Biarkan aku sendiri..
Semoga Allah lindungi aku dan anak-anak kesayanganku

Friday, July 29, 2011

Berubah di ambang Ramadhan

Aku lately ni xde apa yg havoc utk di tulis kat sini. Fuzael pun xde check up. Aku cuma menyibukkan diri dengan memasak, belajar buat kek sendiri.. nasib baik menjadi... hehehe

Cuma ada sesuatu yg menyentuh hati aku lately ni. & aku bertekad nak berubah demi dia yg tersayang.. Maafkan saya.. Saya janji saya berusaha utk jd isteri terbaik buat abang...



Saat ini aku mencari baju2 kurung cotton yg selesa & murah utk aku pakai bila keluar ke kedai or ke mana saja.. tak kisah la.. RM39 pun ok je.. janji leh pakai... ni ada 2 pasang kain cotton tak tempah lg. Kat mana la aku nak tempah time2 nak dekat puasa ni. Org dah tak amik tempahan lg.. hmm xpe la.. pakai je la mana yg ada ni. boleh je kan.. hehehe...

Aku takde niat nak bg nasihat ke apa.. sbb aku ni bukan bagus sgt pun dlm agama ni. Cuma aku nak ingatkan diri aku sendiri. Sbb aku byk buat dosa.. selalu mengeluh marah boss, marah anak-anak....kesian.. kurang kasih syg jdnya budak2 ni.. so biar la aku berusaha nak cari pahala walaupun sedikit. kan! hehehe.. ok la smpi di sini saja.. da..

Saturday, July 23, 2011

Elias, Mikael, Rafael & Fuzael


Aku saygkan mereka. tiada kata mampu digambarkan, tiada batasan, tiada paksi.. ianya rasa cinta yg maha luas.. takkan hilang dr cahaya, takkan tenggelam dalam kelam malam..

aku sanggup menggadai nyawa demi mereka. hanya Dia yg tahu. kerana dia Maha Mengetahui. Biarlah rasa itu lenyap bersama angin malam ini. Pergilah jauh dan jgn datang lagi. Kerana aku ingin bahagia bersama mereka, org yg aku cintai sepenuh hati, kerana mereka syurgaku...

Mohd Elias Mohd Khalid
Muhammad Mikael Mohd Elias
Muhammad Rafael Mohd Elias
Muhammad Fuzael Mohd Elias

Kasih & sayang kita akan bersatu di dunia dan di akhirat.. i luv all of u very much...

Monday, July 18, 2011

Flashback lips operation


Ni antara situasi yg paling aku takuti. Ya aku tau ajal itu di tangan Tuhan. Dia berhak ambil semula hak dia. Tapi aku pohon pada-Nya berilah aku peluang untuk aku bermanja dengan Fuzael. Kerana sikap sambil lewa doktor, anak aku menjadi mangsa. Tuhan saja yg tahu apa perasaan aku waktu melihat dia bertarung untuk terus bernafas. Walaupun dia tak sedar kerana di beri ubat bius & tidur, tp bila aku menyentuh dia, air mata dia mengalir dan nafas dia menjadi laju. Ya Allah, aku cuba kuatkan semangat. Aku ingin sgt memeluknya utk beritahu dia yg ibu sayangkan dia & ibu nak sgt ambil alih semua kesakitannya. Biar ibu yg tanggung.



Ni keadaan dia bila dia keluar dr OT. Waktu ni dia tak sedar.. tp ada titisan air mata mengalir.. Allah saja yg tahu apa perasaan aku waktu ini. Aku ingin sentiasa bersama dgnnya waktu ini. Tapi law PCU, parents hanya dibenarkan stay kat situ sekejap je. Malam tu tidurku tak lena hanya ingat pada dia...

2 hari selepas operation. Fuzael dah mampu bernafas tanpa bantuan. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, kerana memanjangkan tempoh pinjaman Fuzael padaku.. Dan kini aku bersyukur kerana Fuzael sudah berusia 2 tahun! Happy birthday sayang. Teruskan mengukir senyuman. Ibu akan terus bersama adik hingga hujung nyawa kita... syg ibu tak terbanding, tanpa batasan tanpa haluan. Ibu akan terus bersama adik utk menempuh dugaan di masa hadapan. i luv u...

Saturday, July 16, 2011

Ubat batuk HPA


Before this aku ada buat posting psl tips nak hilangkan batuk anak kecil (click sini). Kali ni aku nak bg tau tips tu xmenjadi kali ni. Sbb Fuzael kena batuk yg kronik minggu ni. smpi dia jd mcm semput terus hilang suara. Aku tak smpi hati nak bg ubat klinik, smpi dia kena cirit birit & keliling punggung dia melecet teruk! aduh.. sian anak ibu ni.. dah takde ketawa, xde keceriaan di wajahnya, asyik menangis. dah takde boboi boy ibu!!

So aku share problem aku kat FB. Thanks to @anna Qawina & @Little Oven Sweet. Mmg berguna Facebook.. tempat kita share2 tips & info.. hehehe ^^V

Aku lupa plak nak bg tau kesan Asmakur. Yg aku tahu Asmakur ni cairan herba yg boleh melegakan batuk dah asma ringan. Kira Fuzael ada asma ringan ler sbb bunyi nafas dia mmg kuat. Turun naik dada dia laju, aku nampak pun penat. Nikan plak dia budak kecik. Asmakur ni utk kanak-kanak lebih dr 1thn. max 4 kali sehari. Sejak Fuzael makan ubat ni, dia dah jarang2 sgt batuk. melainkan dia berlari or aktif, then dia akan batuk2. Tapi xde la teruk sgt mcm sebelum ni. Dia batuk-batuk tanpa henti. Tu pasal dia boleh sakit tekak.

Alhamdulillah, dia serasi ngan Asmakur. So aku boleh suggest Asmakur kat kawan2 yg membaca. InsyaAllah semoga anak2 kita sihat & aktif..

Thursday, July 14, 2011

New bike? No, its old but new for me..



My dear boss 'buy' a new bike for me... hahaha actually bike tu nephew dia punya. Tapi dah jd besi buruk kat umah kakak ipar aku tu, so boss amik la. Duk terbiar baik bg dia repair then aku leh guna. hehehe.. aku tak kisah janji aku leh naik beskal ngan Fuzael... Seronok je Fuzael duduk kat belakang & aku kayuh keliling taman. Rilek je dia kat belakang.. hahaha.. Ibu pun boleh excercise adik leh enjoy... best.. best.. Thank you so much sayang, walaupun basikal ni recycle tp bermakna buat saya..

Dia dah tak sabar2 nak jalan..

Sunday, July 10, 2011

Diary 10th July 2011

Dah lama aku xbuat diary kan.. oleh kerana aku dah xde topic or tips nak bg.. so nak tak nak korg baca je la..

Pg ni hari sukan sekolah Kael. Dia mcm malas dah nak pergi sebab dia kata setiap kali latihan team dia mesti kalah. Sama ada ramai sgt ahli pasukan atau team dia lari xlaju. Tu alasan dia setiap kali balik sekolah dgn muka monyok. Aku paksa jugak la sebab ni je channel yg dia dibenarkan keluarkan semua keaktifan dia.. Tapi klu korg nak tau, yg paling seronok tadi, si Fuzael. Dia paksa aku beli belon harga RM7. Selagi aku xbeli selagi itu dia duk terpacak depan belon2 tu.. aduhai... punya la mahal belon ni.. lps tu boleh hilang plak.. sapa la yg curi belon ni.. takpe la.. dah rezeki dia.. amik je la.. halal... hahaha




Mikael masuk satu acara je.. lari kepit bola. cuaca pun mendung je. Tak panas sgt. Nasib baik xbyk sgt acara. Teringin aku nak tengok Mikael masuk acara balapan. Sudah pasti aku melompat menyorak sampai hilang suara. Gerenti!

Isi tank dulu buat bakar tenaga.. hehehe

Aku sempat la snap gambar masa dia berlari. Tapi ada sorg pelajar ni buat aku semangat. Dia chubby, tapi aktif! Suka aku tengok dia comey! geram! klu dpt aku nak peluk dia puas2. Tapi Alhamdulillah, dia dapat naib johan. Ok la dia gembira bila dapat hadiah. So dah banyak koleksi piala2 dia kat dalam bilik dia tu. Kalau Kael masuk sukan, akulah yg paling bersemangat nak bg sokongan. hehehe... Klu boleh aku nak jd personal coach utk dia.. muahahaha....



Bukan senang nak dapat tengok ni..





sorry lambat 5 hari aku posting entry ni.. busy jaga fuzael demam!...