Tuesday, July 20, 2010

Muhammad Fuzael's 1st year anniversary..





Wajah2 Fuzael

Wah!! dah setahun anak manja aku ni... belum boleh berjalan lagi.. cuma dah berani berdiri.. klu pegang tangan sebelah boleh dia bertatih.. InsyaAllah raya nnt boleh la berjalan.. byk lagi dugaan dan cabaran bakal dihadapi.. Ibu akan sentiasa bersama adik.. semoga adik tabah yea..

Ibu doakan adik sihat, cergas, soleh dan mendengar kata ibu dan abah.. insyaAllah.. amin...

Cont.: TRAVELOGUE DI CHERATING

Friday 16 July 2010

Hari ni abang takde training.. so hari ni dia ada sepanjang hari.. we all enjoy mandi kolam bersama-sama.. jarang sekali dapat peluang macam ni.. anak2 la yg paling enjoy..

lps mandi we all keluar gi makan.. petang jalan2 di tepi pantai sambil makan keropok rebus... the boys main tepi pantai.. seronok bukan main.. bila malam makan lagi..

takde apa yg menarik.. aku pun lupa pulak nak amik gambar.. so itu je la kot..

Sabtu 17 July 2010

Pagi-pagi lagi we all dah check-out. sebab nak kena deliver brg. check out kul 8.30am sampai KL kul 10.30.. wah!! 2 jam je.. speed 110km/j.. klu keta aku yg speed mcm tu leh sampai 2 jam.. mcm mana lak keta myvi yg speed dia lebih laju dr keta aku? gila laju keta kecik tu! cancel la beli BMW.. beli myvi jerk!! huhuhu

Thursday, July 15, 2010

Travelogue di Cherating


Wednesday 14 July 2010

Last minute abg dapat call kena gi Kuantan Port. Aku & anak2 boleh ikut... Yihaaa.. Lepak di Cherating...

Selepas berhempas pulas aku packing baju & barang2, dengan feel xcited tak hengat punya kitorg bertolak gi Cherating dalam kul 4 ptg. 1st time aku gi sini. Perjalanan smooth jer.. agak membosankan sebab takde view cantek kat tepi2 highway pantai timur tu.. tapi sangkaan meleset sama sekali doow... Residence Inn jerr... tapi aku tak kisah asalkan F.R.E.E.. huhuh bukan senang nak dapat.. bila dah sampai Cherating dalam kul 8, mula la mencari signboard hotel.. punya la kecik.. kalau drive laju mmg tak nampak. so terpaksalah tukar image jd kura2..

Abg check-inn... dapat bilik bawah sekali. Depan kolam lak tu! anak2 aku syok giler la.. lompat aje corridor terjun kolam.. huhuhu. apa lagi aku ngan anak2 aku enjoy ler..

Dah la takde orang kat hotel ni.. hanya family aku ngan family omputih ni.. syoknye..

Wajah-wajah baru bangun tido, tapi fresh bila nampak kolam depan mata.. uhuhuh

view bilik.. sungguh selesa...


view dari corridor bilik.. hahah terjun teruss


Muka tak puas ati sebab tak dapat terjun kolam lagi... hati mendidih je tengok kolam depan mata

Friday 15 July 2010

Pagi ni abg kena gi buat training.. so aku ngan anak2 je la.. apa lagi terjun kolam la aktiviti kitorng hari ni...Kolam besar, ngan jakuzi.. aku buat ibarat aku yg punya!! hahaha... kejap lompat kolam sini.. kejap kolam sana.. boring aku terjun dlm jakuzi.. sauna je aku tak try lg.. Pagi kitorg terjun kolam. Tengahari aku kena gi Kemaman. Cari baju Fuzael sebab mlm smlm dia pakai baju sampai 2 helai.. tinggal sepasang je baju.. ada 2 mlm lagi nak duk sini..
Ok la.. bandar Kemaman ni.. cuma aku pening ngan parking system dia.. nak byr tu aku tak reti.. takde instruction.. terhegeh2 aku meraba tak tau nak byr mcm mana.. last2.. ada tukang sapu sampah ajar aku.. huhu malu!

Seronok dapat mandi kolam!!
Sengih jer... tak tahan aku tengok
1st time memegang pasir pantai...

Petang kul 4 aku bwk anak2 aku gi pantai.. bukan main seronok budak2 ni... main pasir. Selalu bwk gi bercuti tapi tak pernah gi pantai.. hahaha Kael heran pasir dia lembut sgt.. hahaha.. korang explore la puas2 boyss... Rafael bukan main seronok lagi.. lepas seronok main pasir aku ajak anak2 aku mandi kolam lagi.. hahah tak payah citer la betapa seronoknya budak2 ni.. termasuk si Fuzael.. mandi kolam... dah la eksen tak nak pakai pelampung.. nak mandi sorg lak tu.. tenggelam karang baru tau.. aku takleh lepaskan dia.. sebab telinga dia ada grommet.. kena jaga takut masuk air..

so.. aku dah abih story utk dua hari.. nnt aku story lagi yek.. tu pun kalau korg tak boring la nak baca.. ye la.. aku je yg seronok korg mana enjoy!! yihhaa... syoknya bercuti time org keja..

Sunday, July 11, 2010

5 minit yang menyeksakan!!


5 minit saja... tak lebih dari itu. Tapi ianya sungguh menyiksakan dan menyakitkan hati. Nasib baik ianya berlaku bukan peak hours...

Muhammad Miqhail & Muhammad Rafael HILANG!!! cuma aku takde la rasa takut sangat sebab diorg hilang kat tempat yang mmg selalu diorg pergi.. Giant Bdr Kinrara. And masa tu orang pun tak ramai lagi. So aku mmg boleh dengar suara tangis si Rafael. cuma aku tak nampak batang hidung dia kat mana masa tu.. then aku berlari sambil dukung Fuzael mencari susuk tubuh dua beradik itu. Aku masa tu berdoa harap mereka berdua tak hilang berasingan. Kiranya hilang together2... Tempat yg ada dlm kepala otak aku yg harus aku tujui... Information Counter... belum sempat aku sampai, aku dengar announcement jumpa 2 org budak lelaki melayu! takde org lain dah tentu anak aku.. syukur diorg masih bersama.. then apa lagi tak cukup tanah aku berlari menuju ke Information Counter... Dalam counter tu.. baek je dua2 beradik ni duduk. Dua2 dah berjurai air mata...

Masa tu hati aku macam2 perasaan ada... sakit hati, marah, lega dan geli hati...
Sakit hati sebab masing2 tak dengar kata. Mentang2 tempat tu dah diorg dah biasa selok beloknya, asyik nak berlari tak ingat dunia.. last2.. tak jumpa aku menangis la jawabnya!
Marah sebab buat aku tercungap2 berlari sambil dukung adik dia. Si Fuzael seronok je sbb aku dah mcm terlompat2 sambil dukung dia.. adeh.. penat!
Lega bila dah nampak muka dua2 budak nih
Geli hati sebab tengok innocent je dua2 beradik ni duduk kat kerusi dlm counter. hahaha budget baik je masing2...

Nampak je muka aku.. si Rafael terus peluk & mcm biasa taubat nasuha.. kejap je dia taubat.. lps tu TauBuat... byk kali dia ckp tak nak lari dah ibu.. angah tak nak lari dah.. 15 min lps kejadian bukan main erat dia pegang seluar aku.. sampai nak londeh jdnya.. Terus ketiga-tiga anak aku duduk diam dlm trolley... tapi... mcm aku ckp td kejap je.. lps tu buat perangai balik..

Banyak pengajaran... aku bersalah! ya aku mengaku... ianya hanya ambil masa 5 minit saja.. tapi ianya sungguh menakutkan.. Aku akan berusaha memastikan perkara seperti ini takkan berlaku, Yes! i have too.. kerna... aku takut tak diberi peluang melihat mereka lagi... For Kael ini kali kedua.. Rafael 1st time.. sooooo careless!!!! ayoooo....

Dah la comey & hensomeburger anak2 aku tu....


Thursday, July 8, 2010

Fuzael reaching 1 wonderful year...

21st July ni Fuzael satu tahun. Yay!

Dah lama aku tak update pasal perkembangan cleft dia. Lupa sey... ni wajah latest anak manja aku ni.. jiran2 mak aku gelarkan beg tangan aku.. sbb takleh kena tinggal.. sure nangis! padahal beg tangan pun kekadang aku tinggal kat umah bila kuar gi shopping ngan lelaki tercintaku.. wah!! sure dia gelak baca statement ni... ahaks...


parut jahit di atas bibirnya nampak jugak la.. lps tu lelangit dia 90% tutup. hanya tinggal part gusi sahaja. According his plastic surgeon, gusi dia hanya boleh buat dia berumur 7/8 tahun. Aku tak sure dia buat mcm mana tapi takpe.. nnt akan aku update for ur info ok.. i promise!

2 bulan masa berlalu, now dia dah boleh makan.. ikutkan nafsu dia macam2 benda dia nak makan. Dia paling suka buah2an.. tak kisah la buah apa pun.. janji buah... tapi still setiap kali makan sure akan keluar kat hidung dia... takpe, as long dia srang dah mula chubby.. makan, tido lps tu main.. tu je la keja dia.. hehehe...

then aku ada jugak pg jumpa ENT, check hearing condition dia. Alhamdulillah, telinga dia takde cecair. Maybe sbb aku dah pasang grommet tu.. but ye la satu dah tercabut. satu je yg ada.. Doctor ENT advice jgn bg dia mandi kolam. Jgn bg dia selalu demam selsema. Sebab kalau dia selsema telinga dia akan ada air... klu dah nampak sintom nak selsema terus bg ubat selsema. Nanti telinga dia akan bernanah & affect pendengaran dia.

Second thing test pendengaran dia hari tu tak berapa sure result dia sbb doktor tu kata ada response but mcm ikut mood, or dia sendiri tak faham apa kena buat bila dgr bunyi. sebab masa 1st time test dia terus alert pada bunyi but then dia dah mcm malas.. dia response but lambat. So kena buat sekali lg bulan August nnt... I hope dia takde masalah pendengaran.. InsyaAllah...

And Fuzael's Plastic Surgeon kata hidung dia boleh di perbetulkan sebelum dia sekolah. That mean masa dia umur 6 tahun nnt. Now just concentrate on his speach.. gigi dah tumbuh 3 batang.. 2 bawah 1 atas.. hehehe.. sampai masa nnt siap la.. sure aku kena gigit nnt.. hehehe

Tuesday, June 29, 2010

Cont .: Diary-all-in one

Meh sini aku sambung lg. itu pun klu aku ingat la detail activity aku tuh! hahaha lantak!

Sepanjang 3 hari duk kat kg takde apa yg menarik. aku pun tak shopping kat mana2 pun sbb aku dah planning nak shopping kat Cameron Highlands... aku nak borong bunga!! Cuma kali ni aku yg memasak. Sebab tangan Chek berbalut. So chek sila duk tepi. Biar menantu dia yg memasak. Tapi masih lg di tahap tak berapa nak excellent sbb tomyam tak berapa kick! Chek kena turun padang kasi adjust rasa. Baru terasa tomyam dia...

21st June 2010 - Monday

Aku bertolak balik ke KL dlm kul 9am. Seperti yang dijanjikan kami singgah sebentar di Cameron Highlands. Aku borong bunga ros 4 jambak. Satu pasu bunga ros hidup saiz besar. Sayur2.. lps makan tengahari terus bertolak balik. Ikut jalan ke Tapah. Berliku2.. kiri kanan... jln Simpang Pulai elok sikit... Sampai rumah dah petang. penat giler! tapi mmg best. Alangkah indahnya hidup bila dapat spent masa dgn anak2 & lelaki tercinta.. urgh!!!

now... 3rd July.. byk hari aku tertinggal blog aku ni. Bz... memasak, membeli dan menjaga Fuzael. hmm... bila nak pegang pc je abg dah menjeling.. aduh.. geram je rasa hati bila dia tanya tak update ke blog? lagi mau tanya! malas la nak cari pasal. rugi je merajuk2 nih. Dah la cuti tak lama.. Planning nak gi i-City tak penah jadi.. asyik hujan je.. bila abg dah naik kapal tak hujan lak! macam dah kawtim ngan bomoh hujan je laki aku nih!! mesti sengih2 je dia baca post nih..

ni aku nak upload gambar2 yg bg aku dah cun abih la... hehehe

Bunga ros yg aku borong kat Cameron Highlands..

Mamai di depan pintu rumah.. apa la..

Kasi geram sket...



Monday, June 21, 2010

Diari all-in-one

11 June 2010 - Friday

Lelaki tercinta di offshore call esok, flight pagi kul 6 lebih. So touchdown KLIA dlm jam 8 lebih am. Nak kena kejut hero2 jawabnya. Lps tu aku kena bersolek awal! Nasib baik esok. Sebab esok last day period aku... Korang fikir la sendiri. Malas aku nak taip cerita buang masa tu. Siang tu bukan main lagi aku mencari bulu mata palsu. Tapi yg nyatanya aku tak reti pakai! Macam mana tu?

Malam tu aku practice pakai make up. aku buat video call ngan abg nak bg tau bersemangat aku nak fetch dia kat KLIA esok! Sampai aku tido pun nak pakai make up! takut esok pg aku terbangun lewat tak sempat aku nak make up2.. almaklumlah amatur...

12 June 2010 - Saturday

Abg dah sampai. Fuzael tak kenal. dia takut dengan abah dia sendiri. Mula-mula macam tu la. Dah lama-lama esok... Hari ni takde apa-apa yang menarik. Just lepak2 kat rumah... huhuhu malas la aku nak layan korang... Abg bawak balik camera sempoi punya & ipod nano... aku suker!! cuma ipod ni aku tak suka sbb nak kena beli lagu.. ceh! betul2 buat duit!

13 June 2010 - Sunday

Attend kenduri kesyukuran rumah adik ipar aku di Sg Buloh. Makan kambing. Tapi aku tak makan. Aku sayg kambing. Takde apa yg menarik melainkan semua adik beradik aku & mak datang. Semua adik-adik aku dan bini-bini diorg datang. Bukan senang nak dapat keadaan mcm ni. Aku suker!! Tapi mak aku suka buat spoil!! aku nak amik gambar dia tak nak. Malu katanya.. kekadang aku bosan jugak dgn sikap mak aku ni.. tapi nak buat mcm mana.. takpe nnt family day aku akan make sure semua kena ada... yihaa!!!

14 - 17 June 2010

Takde apa yang menarik. Cuma abg janji nak tukar sofa baru! huhuhuh

18 June 2010 - Friday

Kul 10 am Bertolak balik PC. Fuzael tak berapa nak tido. Rafael tak sabar2 nak sampai umah Tok Chek dia.. asyik tanya bila nak sampai.. adeh.. Yg Kael... mcm biasa asyik nak tengok video... Perjalanan siang ni betul2 memenatkan berbanding malam. Cuma malam ni mengantuk. Siang ni macam2 hal. Nak kencing la nak berak la.. lapar la.. tak ketinggalan panas.. almaklumlah.. tinted city tu dah 4 tahun usia dia.. dah ada yg mengelupas! nak kena tinted baru. bila tu agaknya. Kalau dengan Mohd Elias tu byk kali postponed! Kul 4 pm sampai Pulai Chondong. Nampaknya kedai2 yg terbakar tu ada yg dah mula nak naik semula. Aku lupa pulak nak amik gambar..
Rafael & Kael jejak je kaki ke tanah kelantan... terus berlari mengejar ayam dan kucing! Kat KL takde. Kat kg je la boleh jumpa... lantak korang la.. janji jangan lari jauh2.. Tu la kat kg ni anak2 aku seronok sgt. bebas pergi ke mana saja asalkan di sekitar rumah. nak pulak jiran Chek (aku tak ingat nama) ada anak kecik jugak. So boleh buat kawan la..

Yg paling best kat kg ni.. tido waktu malam.. syok sgt! tak payah pakai aircond. Sedap tido sampaikan si Fuzael tak sedar langsung! tido nyenyak sampai ke pagi! aku pulak asyik2 terjaga sebab dah biasa. dgn suhu sejuk kipas atas kepala, tilam sejuk + empuk! aku sengaja tak nak pakai kelambu sbb kelambu ni block angin sejuk. Aku just sapu cream anti nyamuk kat seluruh tubuh budak2 tu.. InsyaAllah takde gigitan nyamuk.

Sedapnya tido. Ayam berkokok pun tak sedar2

Si adik nak kejutkan abg dia yg liat nak bangun

Bangun je tido terus nak keluar umah bermain. apa nak jadi la..



Ada lagi cerita tapi aku nak buat kerja dulu.. nnt aku sambung lagi.. tata..