Thursday, May 20, 2010

Fuzael reaching 10 months

Today 21st May, Fuzael 10 bulan. yay! & today aku leh rasa gigi bawah nak tumbuh.. Dugaan!
Dia merengek. takleh tido. sakit agaknya. Aku bg gripe water pun tak jalan! hah!

Less than 20 days my husband akan balik yay! lagi....

Planning nak pergi bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort. aku nampak dlm tv mcm best je water park dia.. confirm Kael & Rafael seronok! Ni nak kena beli swimming suit muslimah ni. baru leh mandi2.. heheh aku pun dah nak jd macam bebudak... hahaha...

Semenjak si Rafael boleh bercakap ni.. byk dah soalan dia memeningkan kepala aku. macam mlm semlm dia complain. dia kata Ibu sayang adik. Ibu tak sayang dia.. aduyai... jenuh jugak la aku memujuk dia.. sampai aku terpaksa biarkan fuzael sesorg dlm babycoat & aku kena peluk dia sampai dia tdo.. nasib baik si angah ni senang tdo.. huhuhu

hujung bulan depan ely nak kahwin.. sorg lagi adik aku akan bertukar status.. Tapi aku tak sure diorg ni leh lepas tak dr lingkungan Pn Normah.. Aku malas nak comment pasal tu. Nantilah aku share bila sampai masanya nnt.. ok..

Friday, May 14, 2010

I need help?

Yes! I need someone to be here with me but that person must be good listener and give me a good feedback. The best person is, Psychiatric.

Aku tak tahu emosi aku turun naik. Kejap ok, kejap nangis. Stress! aku tak tahu apa puncanya. Kebosanan? mungkin juga. Cuma lately ni aku kerap sgt stress. Bila aku memikirkan anak-anak aku, mulalah emosi aku tak tentu arah!

Aku ingat balik hari-hari yang aku lalui seorang diri. Check-in hospital sorg2. duduk dalam ward 3 hari 2 malam sorg2. Discharge hospital pun seorang diri. So... this is it... my life!

Semalam Kael merungut. Sebab parents kawan2 sekolah dia dah dtg sekolah buat occupation talk. aku nak ckp pasal apa? Housewife? or kerja aku dulu? Sorry kael.. ibu tak tau nak ckp apa klu ibu dtg nnt. Then baru aku mula nampak life aku kosong.

Susah senang aku seorg diri. Aku sakit tapi aku tak boleh rehat. Aku mengantuk tapi aku tak boleh tido. Aku nak berborak pasal isu-isu terkini tapi tak tau pada siapa. Aku nak share kegembiraan badminton Malaysia tapi dengan siapa? Aku kesunyian ke? entah lah...

aku nak belajar buat kek tapi tak leh nak attend class. takde siapa nak jaga Fuzael. Lagi pun aku mana ada ketuhar.

dah la.. Fuzael nangis.. lain kali la aku sambung

Monday, May 10, 2010

Frustnya!

AR season 16 melabuh tirai semlm di US, hari ni di Malaysia.. aduh.. My fav team Cowboys (My Gravy) kalah.. ramai mengharapkan dia menang. Tapi what can we say.. its a game.. mcm game bola jugak la.. As usual aku selalu surf internet tengok result dulu baru dpt tengok AR kat AXN's channel. cuma kali ni aku byk baca notes & comment from viewers.. Off course ramai yg kata Dan & Jordan shouldnt win. The last leg ni.. mmg menonjolkan true colors everyone. Semua mcm betul2 nak menang 1 million dolars.. Sapa tak nak? everyone willing to do anything. So same goes to the brothers..

Cuma aku takleh terima kekalahan Cowboys.. Aku suka this team beside Tyler & james. Good looking yes.. but if good looking but bad attitude! so not in my list. But the most important thing is, how they play the games. play in good manner, positif & sportmanship. I really hate the kind of people yg suka menghina org lain. Like Dan & Jordan at Shanghai. ergh!! i can see their face at all... crying like babies..

dah la.. aku mls dah nak pk pasal AR lg.. frust!

Abg dah takleh bukak blog aku.. dia lagi la frust.. hahaha.. kesian dia.. takpe la as long we still can connected via googletalk aku dah ok.. so he still can get an update from me..


Friday, May 7, 2010

Am I too fussy?

certain thing yes. Pasal susunan baju, cara lipatan baju, susunan barang dalam rumah & keadaan anak-anak. Aku paling tak suka kalau campur aduk hanger dalam almari, baju salah susun & sudu susu anak bercampur or hilang! aduh.. klu aku complain that mean aku tak hargai pertolongan org. tapi kalau dibiar aku balik yg susah & sakit mata/hati.

aku cuba terima seadanya tp bila aku start sakit hati, aku jd sakit kepala sekali. Teruk betul cerewet aku ni. Ni sekarang sudu susu anak aku dah kena buang... aduyai!! dah kena beli susu dalam tin. nak sudu punya pasal. kalau tak sukatan susu ngan air dah tak sama. khasiat susu pun dah tak berapa tepat. Aku takleh complain. org dah tolong aku, tu dah patut aku bersyukur. Aku cuba buang perasaan sakit hati ini. Beli aje susu dalam tin. Tapi ekonomi tak berapa bagus. Kena tunggu gaji ler jawabnya.. hadap je la..

Ni jap lagi aku nak kemas baju. semua baju kena lipat balik... sigh...

Wednesday, May 5, 2010

Conflict, a mess or a stress?

Can i stay numb, silent without a word?

Actually there are thousand words in my mess minded. Imaginary or reality? maybe it just a stupid thought. yes when I'm depress i can't think correctly. So better as i said earlier, stay numb. don't do dumb thing.

its not giving up. its just stress period due to loneliness, feeling in a strong sense of emptiness and solitude. Even though i'm not alone, but i have no one to talk. There is no use for me to share it. At the end, it still the same. I have to face it alone... again.

Aku selalu berdoa agar aku kuat. Sekuat Siti Khadijah. even tak cukup kuat tapi memadailah aku berusaha untuk tabah. I'm afraid that i will do silly things. i'm struggling to handle it. its not easy.

i'm crawling with tears in a dark. i'm hoping that i can stay calm.

aku harap perasaan ini bersifat sementara.

Diari hari ini - 5 May 2010

Aku sudah mencuba tp seperti biasa kena reject. aisey... takpe cuba lagi next time. hahaha

Aku tak tahu kenapa kali ini aku begitu mengharapkan sambutan hari ibu. i know nothing special for this mothers day, but now i've change. i think we need to celebrate it. do something extraordinary to "lady of the house". especially that lady is our mother. Even my mom sometime make me head ache but she is my mom. she sacrifice everything for me. hmm.. this year i hope that i can giving something special that she didnt expected it.

ok. Fuzael hari ini ok je. Dah boleh ketawa, senyum dan bermain-main seorang diri. Kael & rafael mcm biasa pg sekolah, main & tido.. cuma this friday ada sambutan hari ibu.. (hmmm) kena bg diorg duit utk beli cup cake. tak tau la cake tu sempat ke tak sampai kat umah. just wait & see... hahaha

i think dear.. err.. i cant think anymore.. i nak tido.. tp anak2 still tak tido.. mcm mana nak tido...

another thing... aku tak dpt nak cerita psl TAR. sbb aku tak tengok lg.. (sigh.. )

Saturday, May 1, 2010

Operation palate

Hahaha.. seronoknye.

Check in ward Khamis, 28th April 2010. Ok la service private wing kat HUKM ni. tak de la sakit hati dengan nurse bengong+kerja tak ikhlas. Stay dlm deluxe room. So, Anaest suruh Fuzael start puasa kul 6 pg sbb operation dlm kul 1.30pm. Sengsara jugak la sbb pg2 Fuzael dah biasa makan nestum. So jenuh la aku membawa berjalan keliling ward. Bg dia jgn rasa lapar la.. tapi bila dah dekat kul 1 dia dah takleh pujuk2 dah. Meraung-raung kat area OT. Lapar + sejuk tak pakai baju. Sampai nurse dah naik rimas cepat2 bawak kitorg masuk OT. Masa tu tuhan aje yang tahu betapa berdebarnya aku. Aku takut jd mcm 1st operation. Tak sanggup aku tengok dia masuk PICU lg. sedih rasanya. Tak putus2 aku berdoa semoga Fuzael selamat. Aku serahkan nyawa anak kesayangan aku di tangan doktor-doktor pakar. Setelah 5 jam aku menunggu dengan penuh debaran, sampai aku nak buang air kecil pun ku tahan, nurse dtg cari aku & bg tau anak aku selamat... Alhamdulillah.. aku dibenarkan peluk dia. Lama jugak la aku kena dukung dia. naik lenguh pinggang & tangan. tu tak campur aku nak kencing. takpe ku tahan jugak sbb aku nak Fuzael tahu aku sayangkan dia. Tak lama lepas tu, Fuzael membuka kelopak mata dia. dia tengok je muka aku. aku senyum kat dia, & dia balas. Tuhan aje yg tahu perasaan aku masa tu. Syukur tak terhingga dia selamat. Mcm dia nak bg tau aku, "ibu, adik dah ok. Ibu jgn risau ye".
Wajah Fuzael sebaik keluar dr OT

Tapi... ha.. bila naik je ward, bermula la mimpi ngeri aku. Ubat bius dah mula hilang. Dia dah mula rasa sakit. Masa tu la dia menangis sakit tak terkira. Nurse cucuk kat punggung dia ubat tahan sakit. dia terus tido. Tpi aku ingat lama la, sejam lepas tu dia menangis balik. sampaikan jarum kat kaki dia tercabut, darah memancut atas lantai, baju ngan seluar aku & cadar katil. Ubat tahan sakit 6 jam konon... 2 jam lps tu nurse masukkan ubat tahan sakit ikut bontot. dia tido lg. cuma kali ni lama sikit la. aku pulak takleh tido. aduh... dugaan, takpe aku redha... ada hikmah disebalik dugaan ini.
Tak pernah aku minum kopi kacip fatimah. kali ni aku kena minum. Takut aku sakit kepala mengantuk kesian kat Fuzael nnt. hari ke dua lps operation baru Fuzael dibenarkan minum susu. Menurut doktor, Fuzael hanya boleh makan nestum lps sebulan or dua bulan surgery. Mak aih! lamanya, susut la Fuzael nnt.

Takpe la. so buat masa ni ini je la yg sempat aku taip. esok aku tambah lg cerita for leisure reading