Monday, July 2, 2012

Kata Prof Dr. Muhaya

Kanak kanak yg besar dgn pujian belajar yakin diri, mereka yang sering di kritik akan rendah diri dan akan menjadi panas baran kerana tidak mengasihani diri mereka dan orang lain. Kasih sayang kuasa terbesar di dunia. Penyelesaian segala masalah. Jom tingkatkan kasih sayang


Aku tak ada niat nak buka pekung kisah lama.. tapi ini utk pengajaran aku sbg ibu.. aku xnak anak2 aku mengalami kisah yg sama..


Dulu aku susah nak dpt pujian. aku selalu digelar wajah tak cantik macam nyonya jual sayur. bukan sekali tapi berkali-kali.. hingga aku rasa rendah diri sgt.. entah la.. smpi sekarang sebenarnya.. aku masak tak sedap, walaupun orang lain mengatakan sebaliknya..

kawan-kawan... seboleh-bolehnya kita selalulah puji anak-anak kita secara ikhlas.. walau sekecil mana pun kebaikkan atau kelebihan mereka.. kita harus puji. Hati anak-anak ini akan ceria & gembira bila kita puji mereka.. seperti dunia itu dia yg punya... jgn ego! kita takkan dapat apa-apa kelebihan klu kita ego. keegoan kita akan menjarakkan hubungan antara kita dgn anak-anak. Seperti kita sedang membina tembok tinggi yg tebal antara kita dgn anak-anak. Anak-anak tak pandai dari segi psikologi nak fikir apa makna perlakuan kita. mereka masih kecil. dunia mereka hanya dalam rumah. Kalau dalam rumah itu sendiri sudah ada tembok besar, tak mustahil kalau mereka lebih suka dunia luar. mencari org luar yg kita sendiri tak tau apa niat mereka. Aku sendiri, sewaktu anak dara sunti tak pernah bincangkan perihal gadis. Apa itu datang bulan. Kenapa ada berbagai jenis pad, tebal, nipis panjang pendek.. aku tak pernah didedahkan ilmu sebegini di dalam rumah. Even though i'm the only daughter in that house. hmmm... takpe la.. itu kisah lama. Aku pun dah tak nak ingat semua tu. Itu sebabnya aku takut utk ada anak perempuan. Kerana aku takut secara natural aku akan melayan anak aku sebegini... Kalau dengan anak lelaki jiwa mereka kasar sikit.

Jadi aku tak nak apa yg aku alami terjadi pada anak2 aku.. mereka memang agak 'baik' tapi masing2 ada keistimewaan yg tersendiri.. InsyaAllah..

Monday, June 18, 2012

Fuzael's speech progress




Dalam 2 3 hari ni Fuzael ada menunjukkan progress yang memberangsangkan.. dia dah boleh sebut 'dah' & 'gugu = susu' bila aku suruh.. sebelum ni dia selalu main signal & body language hehehe... syukur Alhamdulillah.. Next year aku plan nak hantar dia sek sama ngan rafael... Sbb kalau dia gi sek sesorg aku rasa dia mesti nangis tak nak kena tinggal.. dia kan 'handbag' aku.. mana2 pergi mesti kena heret sekali.. hahaha.. fuzael.. fuzael.. bertuah punya budak.. 

confius?? jangan... hehehe

usah confius.. sebab kenapa aku tukar blog.. biarlah ianya rahsia.. hehehe... InsyaAllah akan lebih banyak cerita akan menyusul yea..

Saturday, June 9, 2012

Home sweet home

setelah 2 minggu aku berkubang kat Labuan, kini aku kembali bersarang di rumah... hmm.. ada byk cerita ada byk nurkilan utk aku luahkan di sini.. tapi bg aku berehat dulu yea.. nnt aku akan cari idea2 utk berketak ketuk kat halaman ini.. pergh! ayat... hahahaha tata kawan-kawan

Monday, June 4, 2012

Travelogue Labuan - Day 8

Hari ini penuh aktiviti.. incik boss cuti!! yay!!! semua dah get ready nak pusing satu Labuan.. kekekeke..

Jam 9 bermula dgn pergi ke pusat bandar. hantar baju gi dobi.. mahal nak mampus.. baju budak je.. kena charge 38 hinggit tau.. hahaha.. kat sini semua main duit je tau.. klu duk sesorg insyaAllah boleh survive.. klu family mcm aku ni.. sakit sket la.. makan pun boleh tahan gak harga dia.. mahal.. yg murah kat sini klu ikut wikitravel  kereta, rokok, arak, perfume & chocolate.. yg lain2 mahal! huhuhuh...

lps hantar baju ke kedai dobi.. kitorg terus gi dataran Labuan gi pasar pagi.. yg aku perasan kat sini ada nasi kuning.. aku xsure rasa dia mcm mana.. aku just beli nasi lemak ngan air.. anak2 aku makan ketam ball & sosej goreng.. hmm takde benda lain nak beli..













bila dah settle beli makanan, kitorg terus bergerak dgn kereta pinjam ke destinasi seterusnya.. Pantai Layang-layang...heheheh.. legam la kulit korg.. jarak perjalanan takde la jauh.. bila dah smpi anak2 begitu gumbira hahahaha... org  bandar jarang2 dapat pijak pasir lembut tepi pantai.. so masing2 duk tepi pantai duk jerit wah.. wah.. wah bila ombak datang hahaha.. nasib baik tak ada orang.. lantak korg la.. janji enjoy!!! hehehehe

actually ada byk benda aku nak citer tp lately ni internet kat hotel ni slow.. maybe sbb aku duk download citer katun utk fuzael.. hehehe.. nnt bila dah saelamat smpi umah aku update citer la yea.. buat masa ni bg aku rileks kat sini ngan anak2 sementara ada cuti lg nih.. nnt nak shopping utk adik beradik & kawan2.. hehehe tata


Saturday, June 2, 2012

Travelogue Labuan - Day 7

Day seminggu aku kat sini.. tak banyak benda yg boleh diperkatakan.. Sbb kat Labuan ni tak ada benda yg menarik utk dilawati. Kalau nak cari ketenangan yes.. kat sini amat sesuai.. sbb life dia sgt tenang. Takde hiruk pikuk suasana bandar metropolitan.. Shopping complex ada satu je.. pagi2 lepak tepi pantai rileks tengok laut yg ada byk kapal. tak ada kereta yg exhaust kuat.. tak ada mat rempit.. tenang sgt.. life pun slow & steady. Bandar dia kecik, lps tu kul 6,7 dah byk kedai tutup. Klinik tak ada yg 24jam! huhuhu nasib baik wad emergency tak ramai org.. mmg lengang giler hospital dia.. terbukti kepadatan penduduk kat sini xramai.. tempoh masa menunggu tak sampai 15 min.. waktu rawatan tak smpi 5 min.. terus dapat ubat.. sebab apa aku gi hospital? hahaha... nnt aku bg sebab dia.. srang aku nak citer pasal life kat Labuan ni dulu..

Kat sini aku perasan bandar dia bersih.. ada gak sampah sarap tp boleh dibilang dgn jari.. aku tak sure either orang2nya bagus or pekerja kebersihannya cemerlang.. cuma sampah kat dlm laut byk.. depan hotel aku duk ni atas air byk giler sampah sarap... mentaliti tahap rendah betul org yg campak sampah tu.. pemalas! tong sampah merata2 lg mau buang dlm laut..

ok berbalik kepada kenapa aku gi hospital smlm... kul 10lebih tu.. hahaha.. mlm semlm aku ikut incik boss & kawan2 gi makan kat Anjung Ketam.. makan ketam fresh kau.. anak2 aku enjoy tengok org amik ketam hidup2 dalam akuarium.. seronok betul budak2 tu.. mcm2 lauk aku makan.. ikan masak masam manis.. ikan kukus.. ketam butter.. ketam kukus.. udang goreng tepung ... udang masak pedas.. lastly sayur kailan ikan masin...  tapi service kat sini tak bagus klu korg gi time ramai la.. lauk smpi satu2.. dah la masak lambat.. yg aku perasan dapur dia ada 3 je.. org ramai.. hehehehe.. maybe lebih elok klu buat pre-booked dulu.. baru xlama menunggu.. lps tu bila dah settle makan.. tetiba si Rafael boleh kena alergik.. maybe alergik pada embun malam.. dulu masa aku bujang dulu aku selalu kena.. klu kuar malam mesti kena.. aduhai.. tak pasal2 mencari klinik 24jam.. tp ternyata tak ada.. so itu lah sebbnya kenapa aku gi hospital Labuan.. nasib baik xramai org.. nnt ada yg meragam kat sana.. hehehehehe..... ok la itu je la cerita aku utk kali ini.. esok insyaAllah ada citer lain.. sbb incik boss cuti!!! yay!!!



Travelogue Labuan Day 6

delay sehari aku update blog aku.. Sbbnya xde aktiviti yg boleh dibanggakan.. hanya menyakitkan hati.. anak2 aku bergilir2 demam.. hari ni si rafael & fuzael plak.. mikael dah sembuh Alhamdulillah.. Aku terjumpa farmasi kat dlm Ujana Kewangan.. TAPIII.. dia bukak kul 2.30pm! kaya dah kot owner farmasi ni.. buka kul 2.30 tutup kul 7.. apahal? masa aku gi tu kul 10.30am.. aku pun blk ngan hampa.. bwk la anak2 aku blk hotel.. lps tu kul 2.30 aku gi lg sekali.. xbukak2 lg.. aku nampak ada org dlm kedai tu tp entah apa disibukkan kat dlm tu.. kul 3pm xbuka2 kedai lg.. mmg dah kaya giler agaknya tokey kedai ni.. aku nak beli cool fever utk anak2 aku.. ngan ubat demam dah tinggal sikit.. aku mls nak gi bandar sbb nak kena heret semua pahlawan aku ni.. klu masing2 baik perangai xpe.. ni asyik membebel bila nak smpi.. nak plak si Fuzael xnak berjalan.. asyik nak berdukung je.. aku dah sakit satu bdn.. lenguh tangan kaki.. huhuh... sabar je la.. 

so seharian ni anak2 aku xdpt mandi kolam.. huhuhu muka monyok sorg2.. nak kesian pun xleh.. sbb masing2 tak sihat.. tunggu dah sembuh betul2 baru aku bg mandi kolam.. cuma ada satu gambar je yg dpt aku share ari ni.. gambar keta Toyota AE86! hahaha... kali ke 2 aku jumpa keta ni.. dulu sebiji aku jumpa atas jalan kat area Puchong.. tp yg kat Puchong tu lg real.. dia siap buat tulisan jepun kedai taufu tau.. pergh! mmg die hard fan Initial D betul mamat tu.. cuma yg aku jumpa  kat Labuan ni.. dia buat kaler hitam putih... tp still terbaik! hehehe


Niat di hati nak amik gambar lg.. tp nampak owner dia dtg.. terus xjd.. huhuhu... ada rezeki kita jumpa lg ye..